Campuran Bawang Putih, Cili Padi, Minyak Masak & Sabun Mampu Jadi Racun Berguna

Share

Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.

Baik ulat, semut, kerengga, anai-anai, lipas, belalang, kumbang, siput atau apa sahaja yang merosakkan tanaman boleh dihapuskan dengan racun organik ini.

Bukan itu sahaja, semburan racun ini juga boleh digunakan pada tempat kucing suka membuang najis mahupun tempat tikus bersarang.

Menariknya lagi bahan-bahan yang digunakan mudah didapati dan biasanya ada di dapur kita. Cukup bermanfaat dan paling penting tanpa bahan kimia. Jom kita cuba.

Bahan-bahan:

5 ulas bawang putih

5 biji cili padi.

Secawan air

1 sudu minyak masak

Sesudu serbuk sabun pencuci

Botol ‘Spray’

Cara Membuat:

Tumbuk bawang putih dan cili padi.

Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan satu cawan air kemudian tapis.

Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.

Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.

Goncang bancuhan tadi hingga larut dan semburkan pada pokok, pada waktu pagi atau petang.  Seminggu sekali atau mengikut suka.

Selamat mencuba!

Sumber: Kebun bandar: Jom Tanam sendiri

Published by
Netty Ah Hiyer