Siapa PM makin panas, Hishamuddin rela dipecat dari Umno. No Anwar & no DAP tegasnya. Nampaknya semakin menghampiri jam 2 petang, kemelut perlantikan calon Perdana Menteri Malaysia semakin panas.
Di saat Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan dirinya mendapat sokongan parti dari Sabah dan Sarawak dirinya dilihat yakin dengan apa disuarakannya. Namun Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan Harapan juga begitu yakin mendapat sokongan dari parti yang tidak dinyatakan namanya. Namun dia menyerahkan kepada parti berkenaan untuk mengumumkannya sendiri.
Seperti diketahui, PH hanya bersandar kepada Barisan Nasional untuk mendapatkan 112 kerusi kerana seperti diwarkan di media sosial, parti GPS dan GRS seakan menolaknya (hanya sebaran di media sosial).
Masa yang sama, situasi semakin panas di mana Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi menegaskan akan memecat mana-mana ahli yang menyatakan sokongan terhadap mana-mana parti kerana jelasnya itu kuasa di bawah Presiden.
Kenyataannya seakan menunjukkan dirinya bakal membuat satu kejutan dan masa yang sama, dengan kelebihan 30 undi, BN adalah bidak yang akan menentukan siapa Perdana Menteri Malaysia ke 10 iaitu di antara Abah atau Anwar Ibrahim.
Namun nampaknya kemelut pemilihan PM semakin panas berikutan sebentar tadi, Datuk Seri Hushamuddin Tun Hussein Onn dengan tegas menyatakan pendiriannya menolak Anwar dan menolak DAP dan rela dipecat dari Umno.
Dikongsi dari fbnya, Hishamuddin menulis :-
Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi – tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.
Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.
No Anwar, No DAP – pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan.
Berdasarkan kenyataannya ini, jika benar dirinya dipecat, sokongan pembentukan antara PH dan BN akan musnah kerana ia tidak mencukupi membentuk kerajaan di mana 112 kerusi diperlukan.
Wah, nampaknya kemelut kerusi PM semakin panas. Siapa bakal terpilih semakin mendebarkan.