Sebelum ini tular di media sosial tentang penyanyi barat yang cukup popular, Justin Bieber mengalami sindrom Ramsay Hunt. Sekaliguskonsert yang bakal diadakan nanti dibatalkan.
Ramai yang tidak tahu tentang sindrom ramsay hunt ini. Adakah ia sama dengan Bell’s palsy yang dialami oleh sesetengah orang. Sudah tentulah untuk pulih pun ia mengambil masa yang agak lama.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan turut memberi penjelasan tentang sindrom ramsay hunt ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sindrom Anak Kedua, Patutlah Suka Buat Perangai Pelik-Pelik
Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) Wanita Tetap BOLEH Hamil Dengan Panduan Doktor
Info Lebih Menarik DI SINI
Justin Bieber(JB) umumkan dia terpaksa tangguh konsert jelajah dunia yang sedang berlangsung. JB sebenarnya mengalami kelumpuhan di sebelah mukanya, akibat kondisi yang dinamakan sindrom Ramsay Hunt.
Sindrom ini hanya berlaku kepada orang yang pernah mengalami cacar air (chicken pox). Ini kerana ia disebabkan oleh jangkitan virus varicella-zoster, iaitu virus yang sama yang menyebabkan cacar air dan kayap (shingles).
Selepas seseorang pulih dari cacar air, sebahagian virusnya akan kekal di saraf. Ia kemudian boleh aktif kembali. Jika ia berlaku di saraf rusuk, maka ia menjadi kayap, manakala di saraf muka pula menjadi sindrom Ramsay Hunt.
Baca Artikel Menarik Di Sini : Sakit Kepala 3 Malam, 2 Minggu Tak Cukup Tidur Petanda Terkena Bell’s Palsy
Secara teori, pengaktifan virus itu semula berlaku kerana penurudan sistem imun.
Sistem imun boleh menurun pada individu yang kurang zat, stress, warga emas, wanita hamil, serta penghidap kanser, serta penyakit kronik.
Sindrom Ramsay Hunt kelihatan yang hampir serupa dengan Bell’s palsy, tetapi gejalanya lebih banyak, iaitu:
1. Sakit telinga
2. Pendengaran terjejas
3. Kelumpuhan sebelah muka
4. Ruam berlepuh (seperti kayap)
5. Vertigo (pening berpusing)
6. Kering mata dan mulut
Rawatan untuk sindrom ini adalah sama seperti rawatan untuk cacar air dan kayap:
1. Ubat antiviral
2. Ubat kortikosteroid
3. Analgesik(tahan sakit)
4. Terapi(fisioterapi dan carakerja)
Lebih cepat dapat rawatan, lebih tinggi peluang pulih. Pemulihan boleh memakan masa berbulan-bulan. Sebahagian besar pesakit pulih sepenuhnya, manakala selebihnya lagi mengalami kelumpuhan muka dan masalah pendengaran yang kekal.
Semoga bermanfaat!
Mingguan Wanita : Paling penting, cepat-cepat dapatkan rawatan untuk kembali pulih seperti sedia kala.
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita