Pesakit kanser payudara ditinggalkan kerana enggan letakkan nama suami sebagai pemegang amanah harta. Terkontang-kanting sang isteri meneruskan hidup. Di mana nilai kemanusiaan suami?
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sudahlah menghidap kanser payudara tahap 4, ditimpa pula dugaan ditinggalkan suami yang tidak mahu hidup susah senang bersama wanita berasal dari Kedah ini.
Anak-anak masih kecil terpaksa menanggung sengsara. Si abang bersekolah darjah 6, terpaksa ponteng sekolah kerana perlu menemankan ibu mendapatkan rawatan ke hospital. Anak yang bongsu pula bagai tidak tertanggung kedukaannya, kini mendapatkan kaunseling kerana murung dan tertekan.
Suami yang dianggap ketua dan pelindung keluarga rupanya lebih selesa menikmati kehidupan bersama isteri baharu. Sampainya hati sang suami. Sampainya hati sang ayah membiarkan anak-anak tertekan.
Hidup Perlu Diteruskan
Namun hidup perlu diteruskan walau apa pun situasinya. Dalam keadaan serba kekurangan, tidak mampu berjalan dan hanya berkerusi roda sahaja, apalah yang mampu dilakukan oleh anak-anak yang masih kecil.
Masalah bertambah apabila terpaksa membayar tunggakan TNB berjumlah RM2000. Dalam keadaan begini, hanya bantuan NGO, jiran-jiran dan keluarga terdekat dapat dipinta. Tapi sampai bila?
MW terpanggil untuk berkongsi kisah duka pesakit dari Kedah ini yang telah mendapatkan pertolongan NGO yang aktif membantu para pesakit dan penjaga iaitu Canser Survivors Malaysia.
Di sini kami paparkan posting ringkas berkenaan kes memilukan ini daripada FB pengasas NGO terbabit iaitu Puan Zuraini Kamal yang juga merupakan bekas pesakit kanser serviks atau endometrium.
Saya telah mendapat keizinan utk share this story. Kes ini pernah kita bantu bayarkan Kos Rawatan Kimoterapi.
📌Wanita ini, ibu kepada 2 orang anak. Seorang anak dijaga bekas suami pertama. Beliau telah berkahwin baru dan mempunyai seorang anak berusia 12 tahun. Sedang belajar Darjah 6.
📌Tahun 2022, wanita ini disahkan Menghidap Kanser payudara tahap 4. Sekarang sedang menjalani Rawatan Kimoterapi di Hospital Sultanah Bahyah. Beliau kini berkerusi roda kerana masalah kesihatan. tidak mampu menguruskan diri sendiri.
📌Kelmarin beliau ditinggalkan Suami. Kerana Suami mintak Beliau Pindahkan NAMA Hak Milik Rumah kepada Nama anak dan meletakkan Suami sebagai Pemegang Amanah. Apabila Wanita ini enggan berbuat demikian, beliau “ditinggalkan” suami
📌Puan, saya takut Suami akan Jual Rumah ini. Anak2 saya Tak ada Rumah Kediaman. Lagi pon ini rumah Hadiah dari mak ayah angkat kepada saya. mereka dah meninggal dunia. saya kini sebatang kara
Mingguan Wanita : Semoga ada insan dan pihak berwajib membantu beliau. Kepada para pembaca yang ingin menyumbang derma untuk para pesakit kanser, anda boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun CSM iaitu : MAYBANK : 552068522859
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kaum wanita apatah lagi yang telah berkahwin dan melahirkan anak, jangan sesekali ambil mudah dengan cara penjagaan dan tahap kesihatan rahim anda. Ini kerana sikap tidak prihatin dan sambil lewa mungkin akan mengakibatkan anda mengalami masalah rahim yang serius seperti prolaps atau rahim jatuh.
Sebaiknya jika anda mempunyai tanda-tanda ini, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengenalpasti tahap kesihatan rahim sekaligus mendapatkan rawatan segera.
Melalui perkongsian Puan Nurul Diyana Kamaludin yang juga merupakan perunding jamu kesihatan dan pengamal perubatan tradisional, beliau berkongsi mengenai 9 tanda-tanda jika seseorang wanita memiliki rahim yang tidak sihat.
Antaranya:
1.Sakit Tumit
Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ini lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.
2.Sakit Telapak Kaki
Rasa sengal-sengal dan bisa-bisa urat pada tapak kaki. Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.
3.Sakit Pinggang
Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ini lebih kurang seperti lenguh dan rasa senggugut tapi ia berlaku di luar waktu datang bulan.
4.Sakit Bahagian Ari-Ari
Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.
5.Kerap Kencing atau Kencing Tak Lawas
Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga dijangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.
6.Sakit Ketika Bersama
Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ini juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.
7.Kentut Vagina
Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah dan vagina kembang.
8.Selalu Kembung Perut
Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.
9.Miss V ‘Basah’ & Berbau
Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.
Cara Merawat Rahim (peranakan) Jatuh
Peranakan jatuh boleh terjadi kepada wanita selepas bersalin yang tidak mengikut pantang larang terutamanya apabila membuat kerja yang agak berat semasa dalam pantang. Untuk merawatnya, hendaklah kecutkan rahim dengan meminum ramuan berikut:
“Air rebusan dengan bahan-bahan seperti kayu sepang, kayu kederang, kulit kayu serapat, manjakani, pati kunyit dan air perahan daun inai perlu disediakan dan di minum.”
Apabila peranakan sudah kecut, bolehlah diurut dan disengkak untuk memasukkannya kembali. Wanita yang jatuh peranakan mesti berpantang seperti wanita selepas bersalin.
Sentiasa mendisplinkan diri sepanjang tempoh merawat peranakan jatuh ini. Amatlah penting untuk mengikut segala prosedur mahupun larangan yang dimaklumkan kepada anda. Insya-Allah masalah ini akan selesai dan tidak memberi kesan besar dalam hidup anda lagi. Berusaha, berdoa dan bertawakal adalah kunci segala kejayaan
Telah sampai ajalnya. Seorang remaja yang berjaya selamatkan dua rakannya akhirnya lemas selepas rakannya dapat dibawa ke tebing.
Mulianya pengorbanan remaja ini, dia pergi buat selamanya selepas menggadaikan nyawanya untuk orang lain.
Ketika kejadian menurut saksi kejadian, mangsa tak menjerit meminta tolong, hanya tangan saja kelihatan melambai-lambai sebelum dia tenggelam. Setelah selamatkan rakan, semoga syurga jadi balasan.
Tak Menjerit, Tangan Melambai Sebelum Tenggelam
“Mudin (mangsa) tak menjerit minta tolong, tapi kami nampak tangannya melambai-lambai sebelum perlahan-lahan tenggelam dalam sungai,” kata saksi kejadian lemas, Mohd Amirul Adam Mohd Zaid.
Dalam kejadian 5.15 petang hari ini, mangsa, Wan Mohd Azamudin Wan Aznan, 16, ditemukan lemas dalam sungai di Kampung Perupok, Tikat, Kota Bahru, Kelantan ketika cuba menyelamatkan dua remaja lain.
Mohd Amirul Adam, 12, berkata sebelum tragedi itu, dia bersama tiga rakannya bermain bola di padang tidak jauh dari sungai itu sebelum dia tersepak bola ke dalam sungai itu.
Menurutnya, seorang rakannya, Adam turun ke dalam sungai untuk mengambil bola, namun lemas dan meminta tolong sebelum seorang lagi rakan iaitu Arif cuba menyelamatkannya.
Cuba Selamatkan Rakan, Semoga Syurga Jadi Balasan
“Arif turut lemas seperti Adam dan apabila melihat keduanya dalam keadaan tercungap-cungap di dalam air, Mudin (mangsa) yang berada tidak jauh dari lokasi segera terjun ke dalam sungai.
“Mudin berjaya menyelamatkan dua rakan saya dengan memikul keduanya di belakang, namun sebaik hampir ke tebing, dia (mangsa) kelihatan tidak berdaya sebelum lemas.
“Dua rakan diselamatkan penduduk kampung, namun Mudin yang masih dalam sungai kelihatan melambai-lambai tangan dan semakin lama semakin tenggelam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Jenazah mangsa ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai dan ahli keluarga serta rakan tidak dapat menahan tangisan sebaik mangsa dibawa ke darat.
Situasi menjadi semakin sebak apabila bapa mangsa, Wan Aznan Wan Ibrahim, 52, membacakan doa sebaik anak sulungnya itu ditemui.
Selain itu, sahabat karibnya, Wan Mohd Shahiran Wan Mohd Shahriman, 15, beberapa kali dilihat menangis di hujung kaki mangsa yang sudah dibawa ke dalam trak polis.
Ditemui Di Dasar Sungai
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.23 petang.
Beliau berkata, seramai 19 anggota termasuk lima PPDA daripada BBP Kota Bharu terbabit dalam operasi berkenaan.
“Mangsa ditemui pada 6.38 petang di dasar sungai yang agak berselut pada kedalaman kira-kira 3.3 meter dan jenazah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk proses bedah siasat,” katanya.
MW: Al-Fatihah. MW merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Tinggi sungguh budi pekertinya hingga sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan nyawa orang lain. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Wan Mohd Azamudin Wan Aznan dan menempatkannya di kalangan orang beriman. Amin.
Berdepan anak-anak zaman sekarang cabarannya memang lain macam. Bukan semua, segelintir mak ayah berdepan dengan masalah anak ponteng sekolah. Di mata mak ayah anak ke sekolah. Hakikatnya, bila mak ayah jauh dari pintu pagar, anak melencong ke tempat lain.
Tahu-tahu dapat panggilan dari pihak sekolah menyatakan anak tidak hadir untuk sekian-sekian hari. Permasalahan ini sememangnya berlaku dan Guru Bimbingan dan Kaunseling di SMK Sungai Besar, Abdul Muiez Ruslee berkongsi info untuk mak ayah.
Apa perlu dibuat untuk memantau kehadiran anak-anak di sekolah.
Tahu-tahu Dah 3 Hari Anak Ponteng Sekolah
Isu ponteng adalah isu global sejak zaman tok kaduk lagi. Lebih dahsyat, bila anak pergi sekolah dengan memakai pakaian seragam tapi tak sampai ke sekolah. Melencong ke tempat lain.
Mak ayah mati-mati ingat anak ke sekolah. Rupanya tidak.
“Tuan. Anak tuan dah 3 hari tak sekolah. Tuan tahu tak?”
“Eh, cikgu. Anak saya pergi sekolah lah. Saya yang hantar dia setiap hari. Macam mana cikgu boleh kata dia tak datang sekolah?”
“Macam ni lah tuan. Apa kata kalau tuan datang sekolah. Kita bincang.”
Portal Semak Kehadiran Anak Ke Sekolah
Itulah antara dialog yang kerap kedengaran bila ada kes ponteng. Lebih perit, bila mak ayah hanya tahu anak tak datang sekolah bila dapat surat amaran pertama. Sedih betul.
Tapi sekarang, jangan risau. KPM telah memberi satu solusi kepada ibu bapa untuk menyemak kehadiran anak-anak di sekolah. Kiranya, anak tak boleh tipulah.
Kemudian pilih kehadiran. Nah. Semua nama anak tuan-tuan dan puan-puan yang bersekolah di sekolah kerajaan akan tersenarai. Pilih, dan semaklah kehadiran mereka.
Tolong cakna ya mak ayah. Kalau tak nak menyesal satu hari nanti.
“Walaupun masih tidak diberikan rezeki anak” itulah antara luahan pelakon Siti Elizad ketika ditemubual di Forum Berbahagi Suami sempena drama Berbahagi Suami.Elizad juga memberitahu...