Siapa MAHSA AMANI? Namanya Trending Selepas Kematian & Jadi Punca Protes Besar-Besaran Di Iran

Share

Siapa MAHSA AMANI? Namanya trending selepas kematian & jadi punca protes besar-besaran di Iran. Kala ini negara Iran mengalami protes besar-besar selepas tiga tahun hidup bertenang.

Berita melaporkan setakat hari ini 17 orang terkorban dalam proses besar-besaran ini tetapi pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di Oslo, Hak Asasi Iran (IHR), mendakwa ada 31 kematian membabitkan orang awam di mana lima orang darinya adalah anggota keselamatan Iran sendiri. Tidak hanya di Iran, protes ini berjangkit ke New York dan Dublin bahkan mula menular ke seluruh dunia

Siapa MAHSA AMANI? Namanya Trending Selepas Kematian

Kes ditangap kerana tidak mengenakan hijab dengan sempurna menjadi punca kematian Mahsa Amani yang kemudian menjadi punca rusuhan di seluruh Iran
Gadis 22 tahun ini ditahan di tepi lebuhraya oleh polis moral etika sebelum dibawa ke pusat tahanan. Kematiannya terjadi selepas koma tiga hari

Siapa MAHSA AMANI? Kenapa namanya menjadi sebutan?

Mahsa Amani berusia 22 tahun, hanya seorang gadis biasa dari bandar Saqqez di Wilayah Kurdistan di barat Iran. Dia bersama abangnya, Kiaresh Amini dalam perjalanan menziarahi keluarga di bandar Tehran pada 13 September lalu.

Namun ketika berada di tepi lebuhraya Haqqani, kenderaan dinaikinya telah ditahan oleh polis peronda sebelum diserahkan kepada polis etika moral kerana dikatakan tidak MEMAKAI HIJAB DENGAN SEMPURNA ditetapkan oleh pemerintah setempat.

Dari CCTV yang diedarkan oleh polis Iran selepas isu kematiannya menerima protes besar-besaran, kelihatan Mahsa Amini terjatuh ke atas tanah semasa penahanannya itu. Dikatakan polis telah memukul mereka termasuk Mahsa.

Menurut Kiaresh, adiknya dan seorang perempuan lain dibawa ke pusat tahanan Vozara untuk “briefing class” dan akan dibebaskan jika berjanji mengenakan hijab dengan sempurna walau dia tidak bersetuju dengan tindakan itu.

Namun ketika menunggu adiknya di luar pusat tahanan itu, dia terlihat ada ambulan masuk sebelum keluar dengan cepat. Dari pencarian matlumat, akhirnya dia mendapat tahu adiknya jatuh sakit, koma selama tiga hari sebelum meninggal dunia.

Menurut doktor, Mahsa Amini mengalami serangan jantung sampai mati otak dan itu menjadi punca utama kematiannya.

Ramai menganggap pemerintah kejam dan lakukan jenayah terhadap wanita
Kisah kematiannya jadi punca protes seluruh Iran. Ramai menyokongnya
Protes di bandar Tehran di mana rakyat membakar apa yang ada selepas 3 tahun duduk bertenang
Protes jalanan besar-besaran yang sudah mengakibatkan 17 orang maut dan 5 darinya polis Iran. Hak Asasi Iran dakwa 31 orang awam meninggal dalam protes ini, bukan 17
Wanita memotong rambut mereka tanda protes dan menyokongnya
Polis mengenakan semburan air, gas pemedih mata dan peluru logam dalam hadapi protes ini

Protes besar-besaran di Iran terjadi

Saat berita itu tersebar, terjadi gelombang kebangkitan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa Iran menangani isu pemakaian hijab ini. Bahkan mereka menuntut pembelaan bagi pihak gadis ini kerana isu hijab itu masih boleh diperbaiki dan bukannya menjadi punca kematian.

Video yang dikongsi dalam talian menunjukkan orang ramai menjerit “kematian untuk diktator” dan “wanita, hidup, kebebasan”.

Protes besar-besaran ini turut menyaksikan ada wanita Iran membakar hijab dan secara simbolik memotong rambut sebagai tanda protes terhadap kod berpakaian yang ketat, dan solidariti ini ditunjukkan menerusi demonstrasi dari New York ke Istanbul.

Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Trending ‘Pengantin Malu-Malu’ Gores Maruah, Tak Selesa Tangguhkan Acara Jadikan Sesi Tertutup!

Mak Ayah Sila Pantau Gajet Anak Perempuan Anda, Sebab Apps Trending Ini Akan Bawa ‘Predator’ Ke Kamar Mereka

Masih Cantik Bergaya, Umur Baru 36 Sudah Punya Anak 11 Orang

Akibat protes ini, polis Iran melepaskan tembakan dengan peluru penabur logam, gunakan gas pemedih mata selain meriam air terhadap peserta tunjuk perasaan, menurut Amnesty International dan kumpulan hak asasi manusia lain.

Peserta tunjuk perasaan membaling batu terhadap pasukan keselamatan, membakar kenderaan polis dan melaungkan slogan antikerajaan, menurut agensi berita rasmi, Irna.

Apa yang pasti, nama Mahsa Amani menjadi gelombang pemecah tindakan kejam Iran terhadap golongan wanita hinggakan kehadiran presiden mereka, Ibrahim Raisi ke PBB turut menerima protes besar-besaran di New York. Bahkan kematiannya trending dan tanda pagar namanya menjadi sebutan

Ayahnya, tidak boleh menerima alasan pihak berkuasa yang mengatakan anaknya ada serangan jantung kerana selama 22 tahun menjaga, anaknya itu sihat segar dan tiada masalah kesihatan langsung. Sesuatu yang mengejutkan, masyarakat yang protes turut membakar potret gambar pemimpin agung, Ayatollah Ali Khamenei dan komander Pengawal Revolusi yang sudah meninggal dunia, Qasem Soleimani, hal yang tidak pernah terjadi sebelum ini di Iran.

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG


Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Published by
almaswa Haji Che Ros