Anzalna Luah Rasa Kesal “Siapa Anak Kena ‘Chicken Pox’ Tolonglah Duduk Rumah Jangan Selfish!”

Share

“Siapa Anak Kena ‘Chicken Pox’ Tolonglah Duduk Rumah Jangan ‘Selfish!,” Anzalna. Dalam perkongsian terbaru pelakon cantik Anzalna Nasir, 35 ini di Instagram ada berkongsi luahan rasa kesal kepada mak ayah yang bersikap pentingkan diri dan tetap membawa anak-anak pergi beraya meskipun anak tidak sihat dan menghidap demam campak (Chicken pox). Bukan apa, penyakit seperti demam campak ini boleh berjangkit pada orang lain pula.

Jangan Bersikap Pentingkan Diri

Ia susulan anak-anak saudaranya berjangkit penyakit demam campak ini sewaktu hari raya.

“Missing @diananasir86 sebab anak-anak dia berjangkit chicken pox! Kesian @the_angguns.”

“Siapa anak yang kena chicken pox can try dan siapa yang kena tu tolong la duduk rumah jangan selfish!” ujarnya.

Tip Hilangkan Gatal & Kesan Parut

Disamping itu, ibu kepada dua orang cahayamata ini juga ada berkongsi tip bagi mengurangkan kegatalan dan kesan parut akibat demam campak. Iaitu dengan berendam di dalam air Soda Bikarbonat.

“Tiba-tiba teringat waktu kami empat beradik (@nazirahnasir97 dalam perut mama) kena chicken pox serentak kat Canada. Doktor kat sana suruh berendam air Bicarbonate of soda dalam bathtub untuk kurangkan gatal dan tak tinggalkan kesan,” ujar pelakon ini.

Hasil perkahwinan dengan Hanif Zaki pada 2016, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang comel bernama Mohamad Eidress,4 dan Mohammad Emirhan, 11 Bulan.

 

Mesti Baca:Bonda Rozita Kongsi Petua Kurangkan Gatal Demam Campak & Rawat Bengkak Susu Dengan Daun Pisang
Baca Lagi Di Sini:“Dalam Masa 2 Hari Boleh Jadi Teruk Macam Ini!” Kena Jangkitan HFMD Masa Pergi Open House Beraya
Artikel Menarik:Cara Nak Jaga Anak Kena Chicken Pox, Mak-mak Jangan Terlepas 7 Tip Ini

Mingguan Wanita: Memang ada benarnya apa yang dikongsikan oleh Anzalna ini. Jadi mak ayah jangan pentingkan diri, bawa anak-anak yang berpenyakit demam campak pergi beraya. Penyakit sebegini memang berjangkit dan boleh menjangkiti anak orang lain pula.

Sumber: Instagram Anzalna Nasir

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab