
Isi Kandungan
ToggleSiapalah yang tak kenal dengan pasangan usahawan jenama kosmetik D’Herbs Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman, 30 dan Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid,32. Rupanya selain hebat berbisnes, pasangan bahagia ini juga pandai memasak di dapur, malah turutk memiliki restoran sendiri iaitu Romah Makan Terlajak Laris.
Semalam, Dato’ Sri Aliff Syukri atau lebih dikenali dengan tagline ‘abang terlajak laris’ ada berkongsi video resipi Siakap Stim Limau Ala Thai dilaman instagramnya.Menu tersebut disediakan bersama isteri tersayang untuk hidangan berbuka puasa.
Berikut cara-cara untuk masak Ikan Siakap Stim Limau Ala Thai yang dikongsikan oleh beliau;
Bahan-Bahan:
Ikan Siakap
Daun limau purut
serai
halia
bawang putih
sos ikan
cili padi
garam
limau nipis
serbuk pati limau
Cara Membuat:
1.Kukus ikan siakap dalam periuk pengukus.
2.Masukkan daun limau purut,serai dan halia, biarkan selama 15 minit.
3.Kemudian cincang bawang putih, cili padi.
4.Masukkan bahan-bahan yang dicincang tadi kedalam sos ikan.
5.Masukkan pula serbuk pati limau kedalam sos tadi dan kacau sebati.
6.Perahkan pula dengan limau nipis dan masukkan sedikit garam.
6.Akhir sekali masukkan kedalam ikan yang telah dikukus dan letak sekali hirisan limau nipis.
Siap!
Selamat Mencuba!

resepi ikan stem siakap ala thai.. boleh oder maknan sedap di restoren saya @romahmakanterlajaklaris
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Jadi kalau mak-mak nak rasa Ikan Siakap Stim Limau Dato’ Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Shahida ni,bolehlah cuba resipi ini untuk hidangan berbuka puasa nanti.Tak perlu dah makan dekat restoran ala thai, boleh buat sendiri di rumah je!
Sumber: aliffsyukriterlajaklaris
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Tahun Jaga Suami Terlantar Parah Akibat Kemalangan, Isteri Diuji Pasangan Berkahwin Lain

Isi Kandungan
Toggle6 tahun jaga suami terlantar parah akibat kemalangan, isteri diuji pasangan berkahwin lain. Pengorbanan seorang isteri menjaga suami yang terlantar akibat kemalangan jalan raya enam tahun lalu berakhir dengan kesedihan apabila selepas sihat, suami bertindak berkahwin lain.
Luahan seorang isteri, Nurul Syazwani di media sosialnya meraih perhatian ramai apabila berkongsi kisah bekas suaminya, Muhammad Syahmi bin Yusof bertindak berkahwin lain selepas sembuh dari kecederaan parah di kepala selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Terengganu enam tahun lalu.
6 Tahun Jaga Suami Terlantar Parah Akibat Kemalangan
Menulis caption, “Tahniah suami. Moga bahagia dengan pilihan hati awak. Effa Ezan, jagalah dia baik-baik sebagaimana saya pernah jaga dia. Alhamdulillah saya dah selesai dengan dia, sekarang masa untuk awak ambil alih tanggungjawab saya” katanya yang memaparkan gambar persandingan suaminya dan perempuan lain.
Dan selepas kisahnya terkongsi, Nurul Syawani menulis ” terima kasih ada yang masih sudi baca cerita kami. Sekarang hanya sejarah yang tercipta setelah bertungkus lumus selama 6 tahun + 2 tahun PJJ sebelum accident. Alhamdulillah puas hati dah jaga dia, sampai masa serahkan satu tanggungjawab besar pada orang baru.
Kini Isteri Ditinggal Demi Perempuan Lain
Dari perkongsian ini ramai menzahirkan rasa geram dan ada yang bersedih tentang pergorbanan isteri yang disia-siakan. Isteri yang sanggup menjaga hingga suami pulih, isteri yang sanggup meminta ditukarkan untuk menjaga suami yang sakit namun akhirnya selepas sembuh,suami memilih perempuan lain untuk bahagia.
Mingguan Wanita cuba untuk menemuramah Nurul Syazwani namun dirinya menolak dengan baik. Mereka baru saja berpisah minggu lalu dan minggu ini, suaminya bertindak berkahwin lain.
Tidak mahu menyalahkan sesiapa, dirinya memohon agar tiada kecaman dibuat kerana bekas suaminya seorang yang baik sebelum ini.
Tulisnya, Assalamuaikum. Saya minta maaf terpaksa tolak untuk di interview kerana saya perlukan masa bertenang. Untuk makluman, suami menjalankan tanggungjawab dengan baik & saya juga telah buat yang terbaik untuk rumahtangga kami.
“Keluarga kami berdua juga memberi sokongan penuh kepada saya & anak. Jodoh, rezeki, ajal maut Allah dah tetapkan dan Allah sudah tetapkan jodoh kami setakat itu. Ujian ini bukan hanya untuk saya tapi juga dia juga.
Mohon jangan kecam yer kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Untuk pengetahuan semua, Ahad minggu lepas (6/10/2024) kami sah berpisah secara baik di mahkamah dan kami tetap sama-sama menjalankan tanggungjawab untuk besarkan anak kami. Saya sangat berbesar hati kerana ramai yang mendoakan kami.Semoga kisah ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada orang lain.Doakan yang terbaik untuk kami, Salam sayang buat semua♥️♥️♥️


BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Isteri Sedih Suami Berkira, Pisang Goreng RM6 Suruh Bayar Separuh Sebab Dah Beri Nafkah RM400 Sebulan
Isteri Sedih, Suami Sanggup Tak Mengaku Anak Sebab Tak Mahu Bayar Nafkah
Bekas Suami Buruk Siku, Tuntut Barang Kemas Hadiah Kahwin Bengang Gaji Kena Potong Nafkah Anak
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alahai Sweetnya Ucapan Engku Aleesya Untuk ‘Mom’ Erra Fazira Sempena Hari Ibu

Isi Kandungan
ToggleDiam tak diam dah 9 tahun usia puteri tunggal Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek. Engku Aleesya Engku Emran ini bukan saja mewarisi kecantikan ibunya, malah cukup aktif dalam sukan dan bijak dalam pelajaran. Bila mana, Aleesya menyediakan video ucapan untuk ‘mom’ sempena hari ibu, ramai yang jatuh hati.. sebab sweetnya alahai!
Aleesya sediakan 3 video klip pendek beserta ucapannya yang ikhlas dari hati. Memang boleh jatuh hati siapa yang tengok ni. Lagi-lagi bila tengok muka Aleesya yang saling tak tumpah macam ibunya, Erra Fazira.
Video Ucapan Engku Aleesya Yang Sweet Tu..
“New style of wishing HAPPY MOTHER’s DAY katanya. Alahai.. Gigih shayang mom buat presentation and cipta lirik. Thank you so much my little bunny!! You know how much mom love you right sayang.. No one else will ever know the strength of my love for you.. after all, you’re the only one who knows what my heart sounds like from the inside.” Kata Erra tentang video ucapan anaknya itu.
“Happy mother’s day to all mothers out there.. it’s definitely not always the easiest job but it is the most rewarding.”
Erra Sentiasa Mendoakan Kebaikan Untuk Aleesya
Ketika Aleesya menginjak usia 9 tahun, Erra menyediakan sebuah ucapan yang cukup indah untuk satu-satunya puteri tercinta. Katanya, “Syukur kehadrat Ilahi kerana dikurniakan cahayamata seperti mu sayang. Tidak dapat mom ungkapkan kebahagiaan dan kesyahduan bila pertama kali menatap wajah mu 9 tahun yang lalu.
“Kini Aleesya semakin besar. Jadilah hamba Allah yang taat dengan suruhanNya. Anak yang solehah dan insan yang baik budi pekerti. Sebagai ibu, mom tidak pernah lupa untuk titipkan doa buat mu saban waktu.”
“Mom sentiasa doakan agar Aleesya berjaya dan bahagia zahir batin, dunia dan akhirat sayang. Semoga kita bersama di syurga kelak. Amin.”
“Sayang mom, Aleesya.. when u entered my life. Everything became simply wonderful. We have made many beautiful memories together and cannot wait to create even more in the years to come. Love you forever!” Moga apa yang Erra doakan ini Allah makbulkan. Amin.
Mak Cun 4 Buat Erra Jadi Orang Negeri Sembilan
Nampaknya dalam drama bersiri Mak Cun 4, Erra Fazira kena bercakap dalam loghat Negeri Sembilan. Bergandingan pula dengan Datuk Awie, Ziana Zain dan Datin Seri Umie Aida. Memang gamatlah jadinya. Mak-mak yang rindu dengan lakonan kelakar Erra ini kenalah tonton ya.

Erra Ajak Peminat Berdiet, Follow Che Det
Dalam instagramnya, Erra juga berkongsi satu video temuramah wartawan dengan Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang rahsia beliau nampak muda. Jawapannya, Tun Mahathir ikut pesan ibu, “Jangan makan berlebihan dan berhenti bila rasa makanan tu sedap.”
“Haa.. ni dia! Petua orang lama. Pesan bunda sampai sekarang Che Det amalkan. So amacam semua? Boleh tak kita try? Moh ler kita cuba diet ni. STOP bila tengah makan sedap. laling-laling semua, apa lagi? Lets..” Apa lagi, Erra dah ajak tu mak-mak. Tak nak sahut cabaran ke?
“Boleh ke? Mampu ke idok?”
Sumber/Foto : Instagram Erra Fazira
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Pahala Ekstra, Lewatkan Waktu Bersahur Sejurus Sebelum Azan Subuh!

Amalan bersahur menjadi suatu kelaziman ketika didalam bulan Ramadan.Alang-alang dah berniat untuk bangun sahur, rebut ganjaran extra ikut sunnah nabi dengan melewatkan waktu bersahur ini.Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk malas bersahur kerana sahur dapat membantu memberikan tenaga dalam mengerjakan ibadat puasa pada siang hari.Bahkan,banyak hikmah yang menanti buat orang bersahur ni.
Antara Kelebihan Bersahur:
1. Sahur Itu Adalah Sunnah
Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun ia amat-amat digalakkan. Bahkan ia membezakan antara puasa orang muslim dan puasa Yahudi.
Sabda Nabi s.a.w :
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.
2. Allah Berikan Keberkatan Dalam Bersahur
Sabda Nabi s.a.w :
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencari keberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya.Bahkan, waktu sahur juga adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.
3. Bersahur itu terhasil dengan memakan apa-apa makanan yang halal, atau meminum apa-apa minuman yang halal. Malah Sahur itu juga boleh dilakukan walaupun cuma seteguk air.Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar/ kurma.
Sabda Nabi s.a.w :
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan.
4. Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar, namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Maka, apabila seseorang bangun bersahur dan didapati waktu subuh belum masuk sekalipun hanya tinggal beberapa minit, dia tetap boleh memakan sahurnya sehinggalah masuknya waktu subuh.
5. Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itu sendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.

Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”.
Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”.
Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya Nabi s.a.w. bersahur. Jika 50 ayat dibaca, kadarnya lebih kurang beberapa minit. Di tempoh itulah Nabi s.a.w menghentikan sahur untuk bersiap menuju solat.
6. Bersahur di samping membantu kita untuk lebih cergas semasa berpuasa, ia juga mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga yang akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar.
Sumber: Blog Minda Tajdid, Prof Madya
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI