Berita

Siakap Rebus Ala Stim Lemon Terpaling Padu, Masak Campak-Campak Cepat Siap! Tapi Rasanya Memang Sedap

Share

Siakap Rebus Ala Stim Lemon Terpaling Padu! Mak-mak yang sampai ke rumah lepas pulang dari pejabat sudah pasti nak masak menu yang ringkas dan cepat. Kali ini bolehlah cuba Siakap Rebus Ala Stim Lemon Terpaling Padu

Siakap Rebus Ala Stim Lemon Terpaling Padu 

Hari ini sudah masuk hari keempat kita berpuasa. Makin hari makin pening mak-mak nak fikir idea apa untuk berbuka petang ini. Jom kita sama-sama masak menu Siakap Rebus Ala Stim Lemon Terpaling Padu.

Menerusi video memasak kali ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini? sediakan menu paling ringkas, tak renyah dan cepat masak. Bak kata orang, masak campak-campak kemudian siap! Tapi rasanya memang sedap.

nak pesan pada mak-mak Kalau tak ada pengukus  jangan risau, rebus saja. Selamat mencuba!

Bahan-Bahan

1 ekor Ikan Siakap Saiz Sederhana

2 batang serai – dipotong kecil

halia

Daun limau perut – hiris kasar

4 ulas bawang putih -dikisar

6 tangkai cili padi – dikisar

Daun ketumbar

Akar ketumbar

Sos ikan

1 kiub pati ayam

2 biji lemon (diperah ambil air saja)

1 biji lemon (dipotong)

Cara Memasak :

  1. Ikan yang telah disiang dibersihkan kemudian masukkan serai, halia, daun limau ke dalam ikan yang telah disiang.
  2. Rebus air ke dalam kuali.
  3. Kemudian bawang putih, cili padi, daun ketumbar, akar daun ketumbar.
  4. Masukkan juga air lemon, sos ikan, serbuk perasa, daun limau,
  5. Letak Ikan Siakap dan aturkan lemon yang dihiris ke atas ikan.
  6. Tutup kuali biarkan hingga mendidih.
  7. Kemudian masukkan kiub pati ayam kacau dan jika air kurang tambahkan sedikit air.
  8. Bolehlah dihidangkan.

Menarik Disini : Asam Pedas Ikan Kembung, Kuah Pekat, Cukup Rasa, Nah Ini Resipinya

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

 

Published by
Norhayati Suboh