Siak Masjid Ditemui Meninggal Dalam Longkang, Kabel Elektrik Punca Terjatuh

Share

Bila telah tiba ajalnya, ianya tidak akan lambat biarpun sesaat. Semoga keluarga mangsa tabah berdepan dengan kehilangan ini.

Seorang siak masjid ditemui meninggal dunia dalam longkang dan setelah disiasat terdapat kabel tiang lampu berdekatan kaki mangsa, dikatakan punca mangsa terjatuh.

Siak Masjid Ditemui Meninggal Dalam Longkang

Seorang siak ditemukan mati di dalam longkang di kawasan Masjid Hadhari Paka, Dungun, Terengganu.

Mangsa, Abdul Hamid Mat Zahari, 45, ditemukan bilal masjid terbabit, Che Ku Mohd Fauzi Che Engku Mohd Razali, pada 12.50 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Baca Juga Di sini:

Gadis Muat Naik Status Dipinang Dengan Kain Putih, Seakan Tahu Ajal Semakin Hampir

Demi Harta RM2 Juta, Suami Buta Temui Ajal Di Tangan Isteri!

Temui Ajal Selepas Pulang Dari Masjid, Pemuda Dilanggar Kereta Hilang Kawalan

Bilal Cuba Mengejutkan Mangsa

Menurutnya, bilal terbabit yang tinggal di Kampung Batu 7, dikatakan terkejut sebaik menemui mangsa di dalam longkang terbabit sebaik keluar dari tandas masjid.

“Bilal terbabit yang terkejut dengan kejadian itu beberapa kali mengejutkan mangsa dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri.

“Bilal terbabit kemudiannya menghubungi Klinik Kesihatan Paka dan hasil pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Kabel Elektrik Punca Terjatuh

Baharudin berkata, polis yang menerima laporan pada 1.15 tengah hari bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.

“Siasatan mendapati terdapat kabel tiang lampu berhampiran dengan kaki mangsa dan kita percaya mangsa terjatuh disebabkan kabel terbabit.

“Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”

katanya.

MW: Apa yang telah berlaku ini adalah asbab kematian. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkannya di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: myMetro

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nur Syazwani Mehat