Kebiasaannya kembar adalah seiras.Jika tidak seiras dari segi raut wajah pun, selalunya mempunyai warna kulit yang sama. Namun kes yang agak unik berlaku apabila si kembar dilahirkan berbeza warna kulit dan mata.Seorang aak gelap dan seorang lagi berkulit cerah.
Seorang wanita telah melahirkan sepasang kembar yang berlainan warna kulit dan anak mata sehinggakan ramai yang bertanya sama ada kedua-duanya adalah anak angkat, lapor akhbar The Sun UK.
Setelah melalui komplikasi kehamilan, dua kali keguguran dalam masa enam bulan sebelum disahkan mengandung kembar. Sarah Jones sangat gembira mengandungkan anak kembarnya dan sama sekali tidak menyangka kembarnya kelihatan sangat berlainan.
“Bila pertama kali saya melihat si kembar, saya tidak mengambil perhatian pada warna kulit kerana saya hanya melihat mereka sangat berlainan dan menjadikan ia unik” jelas Sarah
Sarah Jones memberikan nama Malaysia kepada bayi perempuan berkulit putih dan bermata biru sementara kembar lelakinya yang berkulit gelap dan mata perang diberi nama Malachi. Fenomena itu jarang berlaku tetapi kebarangkaliannya lebih tinggi bagi pasangan kembar tidak seiras.
Perkara itu bagaimanapun bukan sesuatu yang pelik bagi Jones kerana dia sudah mempunyai seorang anak berusia enam tahun berkulit gelap dan seorang lagi berusia dua tahun berkulit cerah.
“Semua empat anak saya jauh berbeza tetapi mereka bergaul dengan baik. Ramai yang bertanya sama ada Malaysia dan Malachi anak angkat atau mempunyai ayah kandung berlainan, malah mereka tidak menyangka kedua-duanya kembar,” kata Jones.
Pakar genetik Universiti Edinburgh, Jim Wilson memberitahu rangkaian berita BBC bahawa warna kulit banyak bergantung kepada variasi genetik dengan sekurang-kurangnya 20 warna kulit berbeza untuk manusia.
MW: Tak kisahlah walaupun kembar tapi berlainan warna kulit pun, yang penting dilahirkan dengan sihat dan membesar dengan sempurna. Comel juga letak nama anak Malaysia dan Malachi.