Shuib tidak teragak-agak lepaskan tanggungjawab sebagai duta KK Mart. Itulah antara luahan selebriti dan juga usahawan terkenal, Shuib apabila mengulas jika kedai serbaneka itu terbukti bersalah dalam kontroversi penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’ dalam tulisan rumi dan jawi.

Seperti yang diketahui umum, baru-baru ini telah tular dalam media sosial stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna. Berikutan itu, timbul gesaan agar rangkaian kedai serbaneka itu diboikot.

KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dilaporkan telah memohon maaf berhubung video dan gambar tular berkaitan penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu. Malah dilaporkan juga jualan stoking berkenaan dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal. Dek kerana isu itu, pengendali rangkaian kedai serbaneka terbabit turut meminta supaya tidak memboikot perniagaan mereka.

Shuib Tidak Teragak-Agak Lepaskan Tanggungjawab Sebagai Duta KK Mart

Untuk pengetahuan, Shuib  merupakan Duta KK Mart sejak empat tahu lalu dan baru memperbaharui kontraknya.

Shuib Tidak Teragak-Agak Lepaskan Tanggungjawab

Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online, Shuib menerangkan penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’ tidak sepatutnya berlaku.

“Saya sentiasa percaya kepada rezeki. Kalau memang tiada rezeki saya, maka tiadalah. Kalau ada rezeki saya, adalah.

“Tetapi macam mana pun, saya tetap kena letak pendirian bahawa saya adalah seorang Islam,” ujar Shuib tegas.

Sangat Terkesan

Bapa kepada empat orang anak itu juga menganggap, tindakan menjual stoking tertera kalimah ‘Allah’ sebagai keji.

Ads

“Apa yang berlaku itu sangat keji . Sebagai umat Islam, saya sangat terkesan dan ia tidak sepatutnya berlaku dalam perniagaan atau apa juga situasi.

“Kita akan marah kerana isu kalimah Allah ini sangat besar,” luahnya lagi.

Sebagai Duta KK Mart dirinya perlu menunggu hingga siasatan selesai sebelum membuat tindakan lanjut berhubung kontrak sebagai duta.

“Kalau benar, saya tidak akan sokong, saya tidak akan mengiyakan langsung. Ini tanggungjawab saya sebagai seorang umat Islam.

“Perkara ini masih belum selesai dan siasatan sedang dilakukan. Jadi, saya tidak boleh hendak ulas lanjut kerana ini melibatkan perniagaan dan sensitiviti masyarakat.

Ads

“Saya akan berdiri sebagai seorang umat Islam di mana apabila perkara itu tidak betul, salah, dan melanggar peraturan, saya tidak akan sokong,” sambungnya.

Baca Disini : Shuib Menang Kes Saman, “Ini Pengajaran Untuk Kaki Fitnah…”

Shuib Tidak Teragak-Agak Lepaskan Tanggungjawab Sebagai Duta KK Mart

Sumber : Berita Harian

Sumber Foto : Instagram Shuib Sepahtu

Ads

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.

Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI