Shuib Reda “Duit Banyak Sekalipun Belum Tentu Dapat Kembalikan Isteri Saya..”

Share

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tak boleh bayangkan bila orang yang selalu hidup susah senang bersama tiada lagi di dunia ini. Datanglah duit banyak sekalipun, ia tidak akan dapat mengembalikan orang yang kita kasihi.

Inilah yang berita yang cukup mengejutkan tanahair hari ini. Pemergiaan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, isteri kesayangan Shuib Sepahtu yang dikatakan pasangan yang romantik dan cukup bahagia.

Malah, perkongsian dari artis-artis lain turut melahirkan rasa sedih dengan kehilangan Allahyarham Siti Sarah yang menyebut satu persatu kebaikan dirinya. Malah, boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia turut merasai kesedihan atas pemergiannya.

Dia bukanlah sesiapa tapi mungkin kebaikan yang tersembunyi sebelum ini. Sementelah, sebelum ini orang ramai sentiasa ternanti-nantikan perkembangan terkini selepas Allahyarham disahkan positif covid ketika sarat mengandung anak keempat.

Setelah beberapa hari dengan keadaan kritikalnya dan perasan yang berdebar menanti berita perkembangannya, akhirnya isteri kesayangan Shuib kembali kepada Penciptanya. Anak keempatnya selamat dikeluarkan secara pembedahan. Allahyarham Siti Sarah Raissuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu pada jam 1.37 tengah hari pada hari Isnin.

Selesai pengebumian, wartawan dan orang ramai masih ingin mengetahui perkembangan selanjutnya, lebih-lebih lagi tentang anaknya dan apa yang akan dilalui oleh Shuib dan anak-anaknya.

Sehingga pada petangnya, Shuib membuat siaran secara ‘live’ di Intagram miliknya dengan menceritakan detik-detik yang berlaku sebelum ini, kenangan bersama Allahyarham dan memberitahu hal yang sebenar pada anak-anaknya.

Sekuat mana sekalipun reda dengan pemergiaan isteri tercinta, air mata seorang seorang suami tumpah. Tujuannya dia buat Live IG untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pengikutna di media sosial.

Perkongsian kisah daripada Shuib ini telah membuatkan ramai pengikutnya sebak dan mengalirkan air mata.

“Isteri saya bukan milik saya, dia milik Allah. Allah pinjamkan sekejap je buat saya dalam 11 tahun. 11 tahun yang luar biasa untuk saya. Saya dengan tak ada apa-apa. Saya tak ada kereta pun.

“Saya duduk dengan isteri saya atas surat khabar buka puasa. Tapi dia cakap, l akan ada dengan you, akan s.upport you kat mana pun you berada’. Dia sentiasa menyokong saya, doakan untuk saya.

Kini, segalanya ada pada pasangan ini. Tapi, pasangan yang sentiasa berkongsi susah senang bersama tidak lagi ada di depan mata Shuib. Duit banyak sekalipun pun, ia tak mampu kembalikan bidadari syurganya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: SITI SARAH, Ikon Cerita Pengorbanan Ibu-Ibu Yang Biasa Kita Terlepas Pandang

Shuib Tunai Hasrat Allahyarham, Siti Sarah Ingin Dikebumi Sebelah Arwah Ibu

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

Duit Banyak Sekalipun, Saya Tumpang Tuah Dia

Selama 11 tahun, saya tumpang tuah dia. Selama 11 tahun saya kahwin dengan dia, dia tak pernah tanya duit saya. Saya tak pernah gaduh dengan dia nak balik kampung. Dia tak kisah pun. Yang penting dia happy, mak saya happy.

Dia tak pernah tanya duit dalam akaun saya, dia tak pernah tanya pun duit saya pergi mana. Dia yang mengajar saya untuk tidak berkira-kira dengan duit.

Dia nasihat saya untuk tidak berkira-kira dengan duit, bila kita berkira-kira dengan duit, kita akan berkira-kira dengan sedekah. Dia orang yang suka bersedekah. Kat sini saya nak bagi tahu, saya memang tak ada apa-apa. Saya tumpang tuah dia.

Hari ni saya turunkan dia ke dalam liang. Saya yang turunkan dia, saya pegang pinggang. Dia cukup ringan. Saya tengok liang dia tak besar, dia turun ke liang tanpa sangkut. Dengan senangnya. Saya masih rasa lagi kebesaranNya.

Selesai pemergian dia yang cukup biasa bagi saya. Orang ramai masih tunggu dia sampai habis. Saya tak sangka, saya tak boleh tengok senyuman dia lagi.

“Ibu Tidak Akan Kembali Lagi”

“Saya beritahu pada anak-anak bahawa ibu mereka tidak akan kembali lagi kerana Allah lebih menyayanginya.”

Paling pilu, Shuib memberitahu momen untuk memaklumkan perkara sebenar kepada tiga anaknya merupakan detik paling sukar yang perlu dilaluinya semalam.

Bagaimanapun menurut Shuib, Tuhan telah mempermudahkan urusan tersebut walaupun ada di antara anaknya yang masih kurang faham tentang situasi sebenar.

“Apabila saya balik ke rumah. Saya minta diri dengan anak-anak nak mandi. Hari ini, saya mandi lama sangat sebab memikirkan bagaimana caranya untuk saya beritahu perkara sebenar kepada tiga anak saya yang masih belum tahu bahawa ibu mereka sudah tiada lagi.

“Kemudian, ibu mentua minta saya terus-terang dengan anak-anak kerana mereka sudah menonton berita tentang kematian Siti Sarah dalam YouTube.

“Ini dugaan paling berat saya kena buat. Saya cekalkan hati, panggil anak-anak dan terangkan dalam keadaan TV terbuka yang tertulis Siti Sarah sudah tiada.

“Saya cakap pada mereka bahawa ibu tak akan balik lagi. Matin menangis teresak-esak, teruk dia menangis dan saya cakap kita berdoa tetapi ibu milik Allah dan tidak akan dikembalikan kerana Tuhan sangat sayangkan dia,” ujarnya dalam InstaLive hari ini.

Salah satu perkongsian Shuib, dia bercadang untuk menghantar isterinya untuk di rawat di hospital swasta. Saat itulah dia terfikir, duit banyak sekalipun belum tentu boleh menyembuh dan kembalikan isterinya.
Malah, dia menasihatkan orang ramai supaya menjaga diri, ambil vitamin untuk kesihatan diri dan ambillah vaksin seperti yang disarankan oleh kerajaan. Difahamkan Allahyarham Siti Sarah tidak sempat mengambil vaksin. Inilah menyebabkan virus covid -19 cepat menyerang paru-paru dan anggota badan isterinya.

Selain Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin, Shuib dan arwah Siti Sarah turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Ayash Affan kini sedang dirawat di hospital selepas dilahirkan pramatang secara pembedahan pada 6 Ogos lalu.

Di akhir perkongsian tersebut, Shuib memohon agar kekuatan untuk keluarganya dan mendoakan juga anak keempat Shuib dan Allahyarham Sarah, Ayyash Affan terus menunjukan perkembangan yang baik di hospital.


Mingguan Wanita : Semoga roh Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di tempatkan di kalangan yang beriman. Diharapkan Shuib dan anak-anaknya tabah mengharungi hari-hari mendatang tanpa orang tersayang.

Kredit KOSMO, OB

Baca Menarik Lagi DI SINI: RESIPI ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Air Tangan Terakhir Siti Sarah

Allahyarham Siti Sarah Berkali Tanya, Nak Bayarkan Sewa Rumah Orang Miskin

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

 

#bangkitwanita

#langkahyakinlakarkejayaan

#bisnesdarirumah

#mingguanwanita

 

 

Published by
Nora