Shuib Niat Kahwin Watie Pertengahan Tahun “Pesan Jangan Ambil Pusing Komen. Kasihan Dia Bukan Selebriti”

Share

Shuib Niat Kahwin Watie Pertengahan Tahun. Akhirnya duda popular, Shuib membuka mulut akan mengahwini kekasihnya Watie.

Sejak Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia kerana wabak COVID-19. Shuib sering mendapat perhatian ramai dan ramai yang tertunggu-tunggu bila bapa tunggal kepada empat orang anak, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan ini bakal berkahwin semula.

Rupanya hati Shuib telah dimiliki oleh wanita yang bernama Watie Watie Hanafiah.

Shuib Niat Kahwin Watie Pertengahan Tahun

Seperti mana yang dilaporkan Harian Metro, Shuib menerangkan jika tidak ada aral melintang dia merancang  mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun ini.

Pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad ini juga menyatakan segala perancangan masih dalam proses.

“Saya berniat mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun ini. InsyaAllah yang terperinci saya akan kongsikan nanti,” luahnya.

Watie Sering Curi Perhatian Warganet

Menyentuh tentang kekasih hatinya itu, Shuib turut menerangkan dia juga akan membimbing Watie kerana sering mencuri perhatian warganet di media sosial.

“Saya selalu beritahu dia jangan ambil pusing atau baca komen. Kadang-kadang kasihan juga sebab dia bukan selebriti.

“Setakat ini semuanya baik dan saya ada memberitahunya tidak mengapa (jadi perhatian netizen), tetapi saya bimbing awak,” sambungnya.

Watie Jaga Anak Bongsu Shuib Ketika Ibunya Mengerjakan Umrah

Shuib juga meluahkan kelegaan apabila ibu kesayangannya Salamiah Jalani dapat menerima kehadiran Watie.

Malah anak bongsunya juga turut menerima Watie.

“Ayash hanya mahu tiga orang wanita saja iaitu mama, pembantu dan Watie. Sekarang pun Watie yang menjaga Ayash kerana mama kini mengerjakan umrah,” akhirnya.

Menarik Juga Disini : “Anak-Anak Bertanya, Kenapa Ramai Tidak Suka Auntie?” Masih Berkawan Dengan Watie

 

Baca Disini : “Emak Menilai Yang Baik-Baik Mengenai Watie” Shuib Dapat Restu Ibu

Sumber : Instagram Shuib Sepahtu

Sumber Foto : Harian Metro

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!

Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2

atau imbas QR code pada poster.

 

 

Published by
Norhayati Suboh