Shuib Mohon Padamkan Voice Note Viral, Siti Sarah Masih Lagi Ditidurkan

Share

Pelawak Shuib Sepahtu memohon pada orang ramai yang berkongsi voice note berkenaan isterinya, Siti Sarah Raisuddin agar padamkan voice note viral berkenaan dari media sosial.

Ini kerana, voice note yang dikongsikan itu bukanlah makluman terkini berkenaan keadaan isterinya. Sehingga ke hari ini, Siti Sarah masih lagi ditidurkan.

Ramai sebenarnya yang mendoakan isteri Siti Sarah Raisuddin agar kembali sedar. Sebagaimana, ahli keluarga Siti Sarah ramai juga yang mahu tahu perkembangan terkini ibu yang baru saja melalui pembedahan mengeluarkan bayi pramatangnya.

Namun, berhati-hatilah ketika berkongsi informasi. Agar dapat memberi sedikit ketenangan kepada Shuib, anak-anak dan keluarga mereka.

Penjelasan Shuib, Mohon Padamkan Voice Note Di Media Sosial

Assalammualaikum semua,

Berkenaan voice note yang viral tentang Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari Jumaat, 6 Ogos. Jadi saya mohon tolong hentikan share atau delete posting tersebut di mana mana platform media sosial.

Keadaan terkini Sarah masih lagi sedang ditidurkan dan saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan diberi kesembuhan kembali.

Saya juga mendoakan pada semua dilindungi dan diberkati dan dirahmati Allah SWT

.

Sejak dimasukkan ke ICU dan ditidurkan Siti Sarah masih belum sedar lebih dari 42 jam. Malah, semalam doktor memaklumkan Sarah ditiarapkan bagi membolehkan paru-paru dan oksigen bekerjasama.

Ibu anak empat ini juga baru saja melalui pembedahan mengeluarkan bayi lelaki pramatangnya dalam keadaan ditidurkan. Anak bongsunya itu, Ayash Affan dimaklumkan Shuib berada dalam keadaan stabil.

Siti Sarah, Shuib dan tiga orang anaknya disahkan positif Covid-19 selepas pembantu rumahnya dijangkiti virus berkenaan.

Mingguan Wanita : Sentiasa mendoakan agar Siti Sarah Raisuddin kembali sedar dan dapat mendakap bayi lelaki pramatangnya yang tentunya rindukan belai kasih ibu.

Sumber/Foto : Shuib Sepahtu

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer