Hiburan

Shuib Menang Kes Saman, “Ini Pengajaran Untuk Kaki Fitnah…”

Share

Shuib menang kes saman, “ini pengajaran untuk kaki fitnah. Menulis sesedap rasa di media sosial tanpa memikirkan perasaan orang lain harus menjadi pengajaran buat semua.

Menjadi mangsa fitnah dituduh freemason dengan mendakwa Shuib memujuk allahyarham isterinya untuk ditidurkan selepas dijangkiti Covid-19  kerana Shuib ingin membuktikan pada ibu mengandung mengenai risiko tidak mengambil vaksin membawa padah kepada seorang pengguna media sosial, John Dihani apabila kalah dalam saman fitnah tersebut.

Shuib Menang Kes Saman

Dalam satu kenyataan di instagramnya, @shuibsepahtu mengucapkan syukur di atas kemenangan diperolehnya.

“Fitnah kamu John Dihani adalah langsung tak berasas dan tak masuk akal!!!! Tetapi atas dasar ikhsan dan profesional, saya  maafakan kamu dan halalkan segala fitnah terhadap saya.

“Semoga ini juga menjadi pengajaran pada semua supaya lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial dan jangan suka-suka menabur fitnah tanpa usul periksa. Jangan jadikan fitnah satu perkara normal. Ini bukan budaya kita orang Malaysia,” tulisnya.

“Ini Pengajaran Untuk Kaki Fitnah…”

Tambahnya lagi, hari ini dirinya berasa lega dengan kemenangan ini.

“Alhamdulillah harini 10 Januari 2024 selesai sudah kes fitnah terhadap diri saya dan arwah @sitisarahraissuddin

.  Hampir 5 bulan dan hari ini semuanya telah pun terjawap.

“Untuk saman ini, ada jumlah yang perlu di bayar cuma saya tak boleh jelaskan berapa jumlah yang perlu dibayar. Hasil duit saman semua akan disalurkan ke Tabung Palestin di bawah Yayasan Nurjiwa.

Seorang lagi individu yang memfitnah Shuib iaitu Zulhairi Abu Othman, 35, telah bersemuka dan tampil membuat permohonan maaf.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Watie Dituduh Mandul, Baru 3 Bulan Kahwin Shuib & “Akui Merancang Keluarga Buat Masa Ini…”

Walau Penat.. Jam 2 Pagi, Shuib Bangun Masak Telur Mata Untuk Arwah Sarah

Arwah Sarah Selamanya Istimewa Di Hati Shuib “Watie Pun Tahu. Perbandingan Tak Patut Berlaku, Kena Terima Realiti”

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.

 

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros