Sememangnya pemergian Siti Sarah diratapi seluruh negara, paling hiba apabila Raisuddin Hamzah diberitahu oleh menantunya, Shuib yang anaknya Siti Sarah sudah kembali ke ramahtullah.
Kehilangan orang yang kita sayang sangatlah pedih. Apatah lagi seorang bapa terpaksa berhadapan dengan pemergian anak tercinta ke negara abadi.
“Saya rasa dunia ini macam sesepi-sepinya”,”itulah ungkapa yang diluahkan oleh bapa kepada Almarhumah Siti Sarah seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro Online.
Begitulah perasaan yang begitu sedih dinyatakan oleh Raisuddin ketika majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk anak arwah anaknya malam tadi.
“Shuib datang berjumpa saya. Dia datang dengan senyuman. Dia melutut di depan saya dan dia kata, Siti dah tak ada.
“Apabila berlakunya perkara ini, saya tak berkata apa-apa. Saya tak tahu nak kata apa,” sambung Raisuddin yang baru saja menamatkan proses kuarantin kendiri pada semalam.
‘Bergembiralah Di Syurga Bidadariku Siti Sarah’ Rezeki Solat Ghaib Di Makkah
Reda dengan ketentuan Ilahi, Raisuddin anggap apa yang terjadi merupakan takdir.
“Apa yang berlaku adalah satu ketentuan yang ditetapkan oleh Allah. Bukan rancangan kita atau sesiapa. Ini yang dikatakan takdir.
“Marilah kita sama-sama doakan dia. Doakan agar dia tenang di sana. Kita cuma hanya dapat mengenang, tapi dia takkan kembali,” akhiri Raisuddin yang hilang kata-kata saat mengetahui anaknya sudah tiada.
Sumber : Harian Metro Online
Sumber Foto : Instagram Siti Sarah Raisuddin
Mingguan Wanita : Semoga keluarga Arwah Siti Sarah bertabah menghadapi kehilangan insan yang disayangi.