Shuib, anak-anak ziarah pusara arwah isteri, Siti Sarah Raisuddin. Tiada kata yang mampu dilafazkan, hanya doa yang mampu dititipkan buat arwah.
Shuib, Anak-Anak Ziarah Pusara
Ya Allah sayunya apabila melihat hantaran video perkongsian pelakon, pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu tatkala menziarahi pusara arwah isteri kesayangan. Bukan itu saja, malah tiga Shuib turut membawa tiga anaknya Uwais, Talita dan Matin bersama ke pusara.
Terpancar di wajah anak-anak kecil ini kerinduan terhadap ibu yang telah pergi ke negara abadi.
Tanggal 15 September genaplah usia Siti Sarah 37 tahun, namun pemergian Allahyarham sebulan yang lalu dek kerana Covid-19 begitu sayu, apatah lagi sebelum meninggal dunia arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.
“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
“Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-37 sayang.
“Harini saya dengan anak-anak sambut birthday awak dekat rumah baru awak.
“InsyaAllah, walaupon berbeza keadaan, saya tahu awak ada saja dengan kitorang, rasa cinta yang tetap sama InsyaAllah.
“Semoga Allah Satukan Kita Semua Di Syurga”
“Semoga Allah ampunkan segala dosa, dan Allah letakkan awak disyurga tertinggi. InsyaAllah, semoga Allah satukan kita semua di syurga.
“Amin, Al-Fatihah Siti Sarah bt Raissuddin #15sept1984-09ogos2021” luah Shuib.
Sebelum ini Shuib menerusi perkongsiannya di Instagramnya juga berasa bersyukur dan menyifatkan Ayash merupakan hadiah hari jadi dari arwah isteri.
“Alhamdulilah,,,
“Hadiah Hari Jadi Ibu…Daripada Ibu…Selamat Hari Jadi Ibu.
“AL FATIHAH,” tulis Shuib.
Terdahulu Shuib menitipkan rasa gembira apabila anak bongsunya yang juga bayi pramatang, Ayash Affan sudah dibenarkan pulang. Malah dia juga berjanji akan menjaga anak-anaknya dengan didikan agama yang sempurna seperti mana Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin harapkan.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Shuib Sepahtu
Ads
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Hidup berjiran ini kenalah saling sepakat, bertegur sapa. Biar pun berbeza bangsa, jangan sampai tak kenal siapa jiran sebelah rumah kita.
Sebab bila kita bercuti panjang atau balik kampung, jiranlah orang paling dekat dengan kediaman kita. Bila kita tiada, dialah nanti yang boleh kita minta bantuan untuk tengok-tengokkan rumah.
Indahnya hidup berjiran ini, ditunjukkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Apabila beliau sendiri meraikan jiran cina dengan memberikan buah tangan berupa sebiji kek.
Tiada batasan bangsa, keharmonian hidup bermasyarakat dapat dinikmati dengan aman jika kita sendiri mencorak pemikiran kita ke arah yang positif.
Inilah yang cuba disampaikan oleh Mufti Wilayah dalam perkongsiannya di laman facebook miliknya.
Meraikan Jiran Berbangsa Cina Dengan Kek
Hidup beragama ini sebenarnya indah dan sudah jika kita memahami kehendak agama, juga batasannya.
Islam meraikan kepelbagaian agama dan keberagaman bangsa. Betapa sejarah kehidupan Rasulullah SAW sendiri membuktikan bahawa tembok bangsa dan agama boleh diketepikan dengan akhlak dan kesantunan.
Hari ini saya meraikan jiran-jiran saya yang berbangsa Cina dengan kek sempena Tahun Baru Cina.
Mungkin ini hanya hadiah tahunan yang kecil, namun saya amat berharap ianya mampu menyumbang sesuatu kepada keharmonian rakyat Malaysia berbilang bangsa.
Marilah kita kembali kepada asas yang hakiki bahawa kita sebenarnya satu keluarga besar yang bernendakan Adam dan Hawa.
MW : Jika Mufti Wilayah pun boleh menghulurkan salam silaturahim dengan jiran cina nya, mengapa kita tidak usahakan ke arah yang sama. Semoga Malaysia jauh dari sengketa.
Pulut kuning memang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari.Selalunya pulut kuning disediakan pada majlis kenduri kendara, majlis hari lahir, khatam quran, kesyukuran dan sebagainya.
Menurut perkongsian Puan Unaizah Azhar, ada petua dan tip yang dia gunakan agar pulut kuning tang dihasilkan nampak cantik berkilat, tidak patah dan tahan lebih lama. Iaitu dengan cara memasukkan cuka ke dalam air rendaman beras pulut tersebut. Jadi buat mak-mak yang nak cuba buat pulut kuning sendiri bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.
Bahan-Bahan:
1kg beras pulut
1 kg beras pulut
4-5 sudu makan cuka
1 sudu besar serbuk kunyit
Sedikit pewarna kuning jenama (Star Brand)
Air ( Anggaran 2 inci dari permukaan beras pulut)
Cara Membuat:
1.Basuh pulut hingga betul-betul bersih dan jernih airnya (untuk mengelakkan cepat basi)
2.Toskan airnya kemudian masukkan serbuk kunyit dan pewarna.
3.Gaul beras pulut tadi hingga warna kuning sekata.
4.Masukkan Air dan cuka kemudian kacau bagi rata cukanya.
5.Rendam semalaman.
Bahan-Bahan: (Untuk Mengukus)
300 gram santan pekat.
1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Gula (bergantung pada citarasa masing-masing)
Cara Membuat:
1.Semua bahan diatas dimasak sekejap(jangan sampai mendidih)
Sejukkan Seketika.
2.Kukus Beras pulut lebih kurang 1/2 jam atau hingga masak.
3.Bila dah masak, masukkan dalam bekas dan curahkan santan yang dimasak tadi.
4.Gaul hingga rata dan kalau nak manis sikit boleh taburkan gula semasa proses ni.
5.Bila dah sekata santan tadi, biarkan lebih kurang 10 minit (untuk mesrakan santan dengan pulut).
6.Kemudian kukus balik pulut tadi hingga naik wap lebih kurang 1/2 jam juga.
Info Ekstra!
Tip Agar Pulut lebih cantik dan berkilat.
Setelah rendam beras pulut lebih kurang 3 jam, kacau-kacau sikit beras tadi dan biarkan.Kalau rajin lebih kurang 2 jam selepas tu kacau-kacau lagi. Tujuannya nak bagi rata cuka dalam air.
Pulut juga tak perlu bilas dengan air biasa semasa nak kukus.
Selamat Mencuba!
Sumber: Unaizah Azhar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jika dekat rumah ada lebihan duit syiling yang disimpan dalam tabung, bekas mahupun letak bersepah dan merata-merata, ada baiknya simpan duit tersebut dalam akaun bank.Meskipun duit syiling, bila dikumpulkan boleh tahan juga banyaknya.
Sebenarnya ada cara mudah untuk mak-mak simpan duit syiling tersebut dengan menggunakan mesin deposit syiling yang ada di bank.Cara ini lebih mudah, tak perlu asingkan duit syiling mahupun kira satu persatu.
Berikut merupakan perkongsian dan tunjuk ajar oleh Anan Adli cara untuk menggunakan Mesin Deposit Syiling ini sebagai panduan;
Assalamualaikum! Saya nak share tentang mesin deposit syiling. Korang ada banyak siling tak kat rumah? Dalam tabung ke, dalam bekas ke. Kalau ada, korang boleh masukkan syiling-syiling tersebut ke dalam mesin deposit syiling. Maybe ada yang tak tahu lagi kan. Mudah sangat! Ok yang ni saya share kan menggunakan Maybank ye. Bank lain saya tak cuba lagi.
Ini Cara-Caranya:
1.Pergi ke cawangan yang ada mesin ni. Tak semua cawangan Maybank ada. Untuk cawangan yang ada mesin ni, anda boleh rujuk kat bawah nanti.
2.Masukkan syiling anda. Tak perlu asingkan pun duit syiling tu. Mesin ni intelligent untuk asingkan setiap syiling. Hehe. Syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit baru dan lama dia terima. Tapi duit negara lain dia tak terima tau.
3.Tekan butang ‘A’ untuk start. Mesin akan start masukkan syiling. Setelah seketika mesin akan stop. Tekan balik butang ‘A’ untuk continue. Duit-duit yang tak diterima ketika itu akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Ambil dan cuba masukkan balik.
4.Setelah selesai, tekan butang ‘B’. Mesin akan keluarkan 2 resit. Satu untuk anda simpan, satu lagi pihak bank akan ambil. Anda kena isikan nama, no acc dan juga no telefon.
5.Tunjukkan resit tersebut kat kaunter khidmat pelanggan. Anda akan diberikan form untuk diisi. Isi nama, no acc dan jumlah wang syiling yang dah di deposit tadi.
6.Beri form dan resit tersebut ke kaunter khidmat pelanggan. Siap! Wang anda akan masuk ke acc petang nanti (kalau pergi pagi la).
Sedikit Info dan Peringatan :
Sebelum pergi, cuba call dulu cawangan tersebut untuk check availaibility of the machine. Kot-kot tengah maintenance ke kan. Kot-kot dah takde ke kan. Buang masa je datang.
Waktu operasi bank ialah 9.15am – 4.30pm. Mesin ni ikut waktu operasi bank. Dia bukan macam cash deposit machine mcm biasa tu. Sebab resit tu kena bagi balik kat kaunter khidmat pelanggan.
Resit tu valid SATU HARI je tau. Lepas dapat resit kat machine, terus ke kaunter khidmat pelanggan. Jangan gatal pegi esok pulak. Haha.
Kira betul-betul jumlah syiling tu. Make sure jumlah sama dgn yang dikira di mesin.
Maybank Coin Deposit Machine: (list diambil dari website M2U):
KL Main Branch
Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
Shah Alam Main Branch
USJ Subang Jaya Branch
Seremban Branch
Jelapang Branch
Melaka Main Branch
Johor Bahru Main Branch
Jelutong Branch
Alor Star Branch
Taman Tas Branch
Kuala Terengganu Branch
Kota Bharu Branch
Wisma Satok Branch
Kota Kinabalu Branch
Rawang Branch
Bandar Baru Selayang Branch
Bandar Sunway Branch
Equine Park Branch
Station 18, Ipoh Branch
Skudai Branch
Batu Pahat Branch
Prai Industrial Estate Branch
Legenda Heights Branch
Pulau Langkawi Branch
Paka Branch
Tanah Merah Branch
Mutiara Damansara Branch
So jangan letak merata rata duit syiling tu. Kumpul dalam tabung, dah banyak boleh masukkan dalam mesin tadi. Selamat menabung!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.