Shuhada tidak bersalah. Pelbagai dugaan yang melanda diri isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Terbaru dia mengesahkan tidak bersalah atas dakwaan suaminya bahawa dia sengaja menggugurkan kandungan anak ketiga mereka.

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Shuhada berasa sangat bersyukur apabila siasatan polis terhadap kes itu selesai.

“Hasbunallah wanikmal wakeel 🤍🥹🤲🏻 Shu tahu, nikmat di depan ni manis sangat sangat Allahuakbar, sama sama nanti senyum dengan Shu ye 😘🤍” itulah antara bait ayat yang dikongsikan oleh Shuhada untuk tatapan pengikutnya di laman sosial.

Shuhada Tidak Bersalah

Malah dia juga menyatakan rasa kesyukuran dek keran siasatan polis terhadap perkara itu sudah selesai dan tidak ada sebarang pertuduhan terhadapnya.

Perkara itu juga membuktikan segala tuduhan Hafidz terhadapnya adalah tidak benar.

“Alhamdulilah. Siasatan dah selesai. Tak ada kes. Ada beberapa laporan polis dibuat terhadap saya untuk isu keguguran ni. Biasanya orang buat laporan tujuannya hendak polis ambil tindakan dan tangkap.

Ads

“Bila tak ada kes, maknanya tuduhan Hafidz kata saya tak jaga baik-baik (kandungan) dan konon-konon sengaja adalah tak betul dan tak tepat.

“Bukan takat satu laporan, lebih. Entah apa niatnya? Saya ni dah sampai tahap reda saja.

“Tak apa. Ada laporan doktor yang saya keguguran akibat tekanan. Saya ada bukti laporan perubatan keadaan saya dan macam situasi yang dia letakkan sebabkan saya alami tekanan. Biar bukti yang sokong saya dan bukan skrip yang dia reka,” tulis Shuhada.

Hafiz Buat Laporan 

Sebelum ini Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan menerima dua laporan daripada Hafidz berhubung dakwaan keguguran kandunganShuhada pada April lalu.

Hafidz membuat laporan pada 17 April dan 6 Mei lalu dan mendakwa menerima mesej WhatsApp daripada Shuhada yang meminta izin untuk menggugurkan kandungannya.

Shuhada Punya Bukti Kukuh

Shuhada pula mendakwa dia mempunyai bukti kukuh iaitu laporan doktor yang mengesahkan keguguran yang dialaminya itu disebabkan oleh tekanan.

Ads

Seperti yang diketahui ramai sebelum ini, Hafidz Shuhada hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam untuk sebutan pengesahan lafaz cerai tetapi ia ditangguhkan ke 20 Jun depan.

Shuhada Tidak Bersalah, Keguguran Akibat Tekanan “Alhamdulilah. Siasatan Polis Selesai”

Baca Disini : Shuhada Tepis Fitnah & Tuduhan Sengaja Menggugurkan Kandungan “Yakin Allah Mempunyai Aturan Lebih Baik”

Shuhada Gelisah Terima Surat Saman,“Saya Baru Mula Hendak Mencari Pendapatan Sendiri”

Ads

Shuhada Anggap 10 Jahitan Di Pipi ‘Hadiah’ Hari Jadi “Nasib Baik Tak Kena Dekat Mata, Nanti Buta Sebelah Lagi Susah”

Mingguan Wanita: Semoga Shu bertabah ya! Tak mudah menjadi seorang wanita memang banyak dugaannya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber/ Sumber Foto : Instagram Shuhada

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI