Shuhada Sudah ‘Terlampau Move On’, Tak Pernah Terfikir Teringat Hafidz “Patutnya Dia Membantu Senangkan Anak-Anak”

Share

Shuhada sudah ‘terlampau move on’. Terbaru ibu Tunggal kepada dua orang cahaya mata yang juga bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada didakwa tidak boleh ‘move on’ dek kerana masih memuat naik gambar bersama bekas suaminya.

Hafidz sebelum ini telah menegur bekas isterinya untuk tidak lagi menggunakan gambarnya lama ketika mereka bersama sebelum ini. Malah pelakon itu juga dengan tegas minta segera dipadam sebelum tindakan diambil.

Shuhada Sudah ‘Terlampau Move On’

Menurut Shuhada pula, sebagai duta produk kelangsingan badan tujuan memuat naik gambar tersebut adalah kerana pihak syarikat mahu menunjukkan lemak di bahagian belakang tubuhnya.

“Saya nak jelaskan dan bagi keterangan, saya sebagai duta produk kelangsingan badan, saya memang sudah tandatangan kontrak dengan mereka. Segala konten, gambar itu memang semua daripada dia (produk) dan saya muat naik sahaja selesaikan kerja.

“Perjanjian memang saya akan ada posting secara berjadual. Saya cuma buat kerja saya. Saya memang tiada kena mengena dengan gambar dan sebagainya.

“Saya tidak tengok (bahan yang disediakan).. Saya post sahaja.

“Mereka guna gambar itu sebab nak tunjuk lemak belakang badan saya. Kalau nak buang gambar dia, takkan saya nak terapung, macam pelik pula kan?

“Saya memang tiada niat lain. Bukan tak move on ya, saya dah terlampau move on dah… tak terfikir nak ingat dekat dia,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi mStar Online.

Jadi Ketua Keluarga

Ibu Tunggal itu juga berasa sedih apabila diminta untuk memadam foto tersebut.

“Mungkin betul apa yang orang cakap, untuk jaga hati orang lain kot.

“Agak sedih la sebab saya sekarang ini dah jadi ketua keluarga. Cari rezeki dan dan jaga anak tapi pihak sana buat macam itu.

“Patutnya dia membantu senangkan anak-anak. Tidak sangkalah macam itu sekali (perangai) dia,” kongsinya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Nurul Shuhada Minta Talak 2, Mahkamah Putuskan Pasangan Ini Sah Cerai Talak Satu

Shuhada Tepis Fitnah & Tuduhan Sengaja Menggugurkan Kandungan “Yakin Allah Mempunyai Aturan Lebih Baik”

Mingguan Wanita :  Semoga semua urusan Shu dipermudahkan. 

Sumber : Instagram Shu Shukri

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Peluang mengalunkan surah Al -Asr di Festival Sunnah 6.0 tanggal 12-14 Okt ini di Alor Setar, Kedah adalah satu debaran buat Azza Elite. Mengakui masih banyak dipelajari, kata Azza dia bersyukur dengan peluang ini.

 

 

Published by
Norhayati Suboh