Hiburan

Shu Shukri “Sekolahkan” Hafidz Roshdi, “Dah Kalah Tu Kalahlah, Nafkah Anak Sesen Tak Bagi…

Share

Shu Shukri “sekolahkan” Hafidz Roshdi, “dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat Shukri yang kini menetap di Australia selepas perceraian dengan pelakon Hafidz Roshdi dilihat melepaskan geram dan menyindir bekas suaminya itu.

Dilihat meletup di IGS, Shu Shukri telah menulis kenyataan bahawa selepas bercerai, nafkah untuk dua orang anaknya, Umar dan Humairah tidak pernah dihulur walau sesen pun.

Shu Shukri “Sekolahkan” Hafidz Roshdi

“Nafkah anak tak bayar, kalau bukan kau bayar lawyer tu pun suruh keluarga kau bagi.Semua cerdik pandai agamakan. Aku diam bukan sebab aku bodoh. Aku diam sebab nak jaga mental health aku dengan anak-anak.

“Jangan sampai aku buka kes di Australia, sampai mampus kau buang duit bayar lawyer kau kang. Sekali lagi aku cakap, JANGAN BAGI AKU MULA, AKU PUN BOLEH BUAT GILA AKU, kongsinya di instagram stories sebentar tadi.

“Dah Kalah Tu Kalahlah, Nafkah Anak Sesen Tak Bagi…

Dalam satu luahan panjang dan lantang, Shu dilihat menyelar tindakan bekas suaminya yang didakwa memutarbelit fakta berhubung hak lawatan anak-anak dan menghantar surat tuntutan (LOD) walaupun menurut Shu, tanggungjawab nafkah masih gagal dilunaskan.

“Tiba-tiba hari ni dapat LOD , weh lawak weh… dari kau dok hantar LOD segala bagai tu, kau lunaskan segala tanggungjawab dekat anak-anak,” tulis Shu.

Isu di antara bekas suami isteri ini meletup apabila di Hafidz Roshdi yang hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memaklumkan, dirinya memperoleh hak lawatan hadanah interim terhadap dua anaknya,  Humairah dan Umar sepanjang tempoh cuti sekolah bermula 29 Mei sehingga 9 Jun depan.

Peguam yang mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, keputusan itu ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini sebagai perintah interim sebelum perbicaraan penuh mengenai hak jagaan kekal (hadanah) yang dijadualkan berlangsung pada 29 Julai.

“Mahkamah menetapkan ini sebagai keputusan sementara sebelum perbicaraan penuh berlangsung. Anak-anak akan berada bersama Hafidz sepanjang cuti sekolah dan Nurul Shuhada perlu membawa mereka pulang ke Malaysia serta menyerahkan kepada Hafidz,” katanya.

Bagaimana pun hal ini dibalas oleh Shu Shukri di media sosialnya yang mengatakan Hafidz Roshdi sebagai sembang kari, cakap berbelit dan cara bercakap seperti tiada ilmu. Memaklumkan yang anak-anak kini bersekolah di Australia, dirinya menjelaskan kalau mahu bertemu anak-anak boleh datang ke Australiaa.

Beliau turut menyindir tindakan Hafidz Roshdi yang dilihat cuba ‘berdrama’ kononnya beliau perlu membawa anak-anak pulang ke Malaysia sebaliknya jika benar mahu melihat anak-anak usahakanlah datang ke Australia.

“Dah kalah tu kalah lah! Acah-acah Nurul Shuhada kena balik Malaysia bawa anak jumpa dia… eh nak cover malu pun jangan la sampai twisted facts!”

Hafidz dalam satu kenyataan kepada Harian Metro selepas ditemui di mahkamah tadi memaklumkan, dirinya tak akan sesekali terbang ke Australia sebaliknya berkata Nurul Shuhada perlu menghantar dua anaknya balik ke sini mengikut perintah mahkamah yang baru diberikan kepadanya.

Ditanya sekiranya bersedia untuk terbang ke luar negara sekiranya bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, tidak menghantar anak-anak pulang, Hafidz menegaskan bahawa itu bukan tanggungjawabnya.

“Saya tidak akan ke sana. Itu sudah pasti. Dia yang perlu membawa anak-anak kembali ke sini kerana itu adalah perintah mahkamah. Anak-anak memang sepatutnya bermastautin di sini dan tidak sepatutnya dibawa ke luar negara.

“Jadi, dia perlu bawa mereka balik dan menyerahkan Umar dan Humairah kepada saya,” katanya.

Menjawab kemungkinan alasan diberikan bahawa waktu di luar negara tidak jatuh pada musim cuti sekolah, Hafidz menegaskan, ketetapan mahkamah adalah berdasarkan kalendar cuti sekolah Malaysia.

“Kita ikut cuti sekolah Malaysia, bukan negara lain,” katanya.

Dalam pada itu, Nurul Shuhada turut berkongsi bahawa dirinya sebenarnya yang telah memenangi kes penjagaan anak-anaknya dan berjanji akan menjaga dua cinta hatinya itu dengan sebaiknya mengikut ajaran agama Islam.

Terdahulu, kes pasangan ini meraih tumpuan ramai apabila rumahtangga mereka runtuh kerana kehadiran orang ketiga iaitu kekasih pertama Hafidz Roshdi yang kini menjadi isteri pelakon ini. Shu pernah dicederakan dan dirinya membawa diri ke Australia dan dilihat semakin cantik serta berbahagia bersama anak-anak di luar negara.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

Published by
Almaswa Haji Che Ros