Alhamdullilah dah hampir dua minggu berpuasa, kehangatan nak raya semakin dirasai. Rata-rata umat Islam sedang sibuk buat persiapan raya. Walaupun sedang asyik membuat persiapan raya jangan pula lupa untuk terus menggandakan ibadat dalam bulan yang mulia ni. Tambah-tambah pada 10 malam terakhir nanti. Moga kita diberi peluang untuk bertemu Malam Seribu Malam iaitu Malam Lailatul Qadar. InsyaAllah Amin.
Saya seperti juga umat Islam yang lain teruja nak menyambut Syawal yang bakal tiba. Saya memang dah buat senarai awal-awal apa yang nak dibeli supaya tidak terlalu mengikut hawa nafsu dan tidak membeli secara berlebihan.
Hari minggu baru-baru kebetulan gaji pun dah masuk, Saya dan kakak sepupu serta keluarganya sempat berkunjung ke salah satu pusat membeli belah yang sering menjadi tumpuan warga kota terutamanya ketika musim perayaan. Hajat dihati nak keluar awal sebelum pasaraya berkenaan dibuka, tapi bila dah terlelap selepas sahur dan solat Subuh tak dapek la nak nolongnya.
kalau ikutkan saya, dah tengah hari menjelang ke petang saya malas dah nak pergi, mengenangkan orang ramai dan jalan jem, tapi kami ambil keputusan untuk menaiki LRT sahaja. Sampai sahaja ke destinasi yang dituju, orang memang sesak tapi masih terkawal. Sampai di sana kami berpecah dan mencari apa yang masing-masing hajatkan. Barang kat pasar raya biasalah ada yang murah dan ada yang mahal. paling penting pandai pilih dan ikut citarasa masing-masing. Soal harga ikut kemampuan, kalau ada bajet lebih apa salahnya berbelanja lebih sikit untuk raya.
Selesai dapatkan apa yang dihajati, sedar tak sedar dah hampir jam 6 petang. Punyalah kusyuk memilih sampai tak sedar hari dah petang. Alhamdullilah semua dah lengkap, tunggu nak raya sahaja. Bagi yang belum Shopping raya, selamat bershopping untuk semua. Ini antara tip saya bila tiba masa nak shopping raya:
1. Pergi awal ke destinasi pilihan untuk membeli persiapan raya supaya tidak terlalu bersesak dengan orang ramai. Orang lain baru nak sampai mungkin kita dah siap shopping. Lebih selesa dan kurang sesak.
2. Buat senarai apa yang hendak dibeli supaya tidak terjadi pembelian tanpa dirancang. Memang perkara biasa kalau beli benda yang tak dirancang, tapi dengan adanya senarai, kita lebih fokus untuk mendapatkan apa yang telah disenarai daripada membeli benda lain yang tiada dalam senarai.
3. Beli ikut bajet yang telah ditetapkan supaya tak over spend. Bukan apa persiapan untuk tunggu gaji bulan depan yang mungkin memakan masa yang lama. Bagi yang dapat bonus atau ada pendapatan lain oklah tapi bagi yang tak dapat bonus sebaiknya berbelanja mengikut kemampuan sahaja.
4. Beli barang yang praktikal. Selalunya baju raya yang dibeli hanya dipakai sekali kemudian tersimpan rapi dalam almari. Sebaiknya kelengkapan raya seperti baju raya dan lain-lain yang boleh anda pakai juga pada hari biasa. Barulah berbaloi beli walaupun agak mahal.
5.Kalau destinasi yang dituju itu mempunyai kemudahan pengangkutan awam seperti LRT sebaiknya gunakan sahaja pengangkutan tersebut. Tak sangkut jem dan lebih jimat kalau anda hanya berdua atau bertiga.