Shima Anuar berasa sangat bersyukur tatkala memaklumkan dia sudah bebas daripada jangkitan virus Covid-19 selepas menjalani ujian calitan kedua pada Jumaat lalu.
Menerusi hantaran sebuah video di akaun Instagramnya, Shima berasa sangat lega apabila memperoleh keputusan pada Sabtu selepas seminggu menjalani kuarantin di rumah.
Menambah lagi perasaan lega dan syukur, Shima menerangkan keluarganya iaitu suami dan dua anaknya bebas virus pandemik itu.
Ujian calitan terhadap suaminya, Mohd Solih Toha dan dua orang anaknya, Mariam Sophia dan Mikhael Imaan didapati negatif.
“Selepas hampir seminggu disahkan positif, saya ada baca jika CT value tinggi maknanya virus tak kuat jadi saya terus buat swab test lagi.
“Hari ini (Sabtu) keluar keputusan negatif, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,” ujarnya menerusi perkongsian di Instagram.
Shima juga turut berpesan kepada mereka yang masih positif agar sentiasa bersabar dan mengamalkan pengambilan vitamin C serta minum air panas bersama lemon.
“Terima kasih kepada yang mendoakan… Kepada yang baru sahaja dijangkiti Covid-19 atau masih dijangkiti, banyakkan bersabar, bertenang.
“Makan vitamin C, minum air panas bersama lemon banyak-banyak. Cuba untuk kuatkan imunisasi badan. Insya-ALLAH semuanya baik-baik nanti.
“Saya juga doakan pesakit Covid lain cepat sembuh seperti sedia kala,” luahnya.
Sebelum ini, Shima memaklumkan dia membuat keputusan untuk membuat swab test setelah mengalami kesukaran bernafas dan sakit kepala.
Baca Disini Juga:
Sesak Nafas, Sakit Kepala Shima Anuar Positif Covid-19 “Berdoa Anak-Anak Tidak Dijangkiti”
Mawar Karim Yakinkan Diri Perlu Kuat Semangat & Terus Sihat Menentang Covid-19
Emma Maembong & Suami Positif Covid-19 Tiada Sebarang Simptom, Syukur Baby Negatif
Biarpun tidak mempunyai kontak rapat dengan mana-mana individu yang positif Covid-19, dia bagaimanapun disahkan dijangkiti virus itu sehari selepas membuat ujian.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Shima Anuar
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita