Shila Amzah Titip Rasa Sedih Pemergian Bakal Mentua, “Lagi Seminggu Je Mak Majlis Ubai & Sha…”

Share

Shila Amzah titip rasa sedih pemergian bakal mentua, lagi seminggu je mak majlis ubai dan sha. Pemergian ke negeri abadi ibunda tercinta pempengaruh media sosial, Ubai MZ semalam akibat kanser rahim hal yang sangat menyedihkan dirinya dan juga tunangnya, Shila Amzah.

Lebih menyentuh hati, keduanya bakal melangsungkan perkahwinan seminggu lagi  namun berhadapan dengan ujian yang menyedihkan ini.

Shila Amzah Titip Rasa Sedih Pemergian Bakal Mentua

Luahan ini dikongsi di instagramnya petang semalam memaklumkan pemergian bakal mentuanya, allahyarham Rohani Jamal.

Mak, Terima Kasih Atas pinjaman Waktu ini mak.

Lagi seminggu je mak, Selamat Majlis ubai Dan sha.

Mak adalah mak yang baik Dan penyayang, isteri yang sangat baik,anak yang baik, kakak yang baik, Sahabat yang baik kepada semua yang sayangkan mak.

Sha sayang mak lillahitaala. Selamat pergi ke negeri Abadi .Al-Fatihah.

“Lagi Seminggu Je Mak Majlis Ubai & Sha…”

Dalam pada itu, Ubai turut memuat naik coretan kesedihan hatinya atas dugaan diterimanya dan ia ternyata sesuatu yang amat berat baginya.

“Salam semua, mak saya baru menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.45 petang tadi.

“Hilangnya doa seorang ibu. Beratnya dugaan ni untuk Ubai, tapi Ubai redha. Berehatlah mak. Mak seorang ibu yang baik, semua orang senang dengan mak. Ubai ingat semua pesan mak. Ubai tak pernah lupa.

“Terima kasih mak sebab jadi tempat untuk Ubai mengadu, untuk Ubai minta nasihat. Ubai janji akan jaga adik-beradik semua. Terima kasih mak. Ubai sayang mak sangat-sangat. Al Fatihah,” tulisnya.

Kehilangan insan tersayang ini adalah  kali kedua dialami Ubai sekeluarga pada tahun ini.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– “Dia Bukan Kawan Baik Saya Tapi Memang Lebih Rapat Dengan Mak” – Shila Amzah

Farah Fauzana & Zara Zya Bersahabat Biar Sampai Hujung Nyawa

Tunang Syukur, Persoalan Selama 10 Bulan Terjawab. ‘Dua Kali Mimpi, Arwah Beritahu Balik Hari Ni.’

“Semakin Hampir Hari Pernikahan, Semakin Berat Ujian.” Dugaan Bertunang! Duit Hilang, Jatuh Sakit

Terdahulu,  pada 4 Mei lalu, Ubai kehilangan adik lelakinya, Allahyarham Muhammad Azrullah Mohd Zulkefli yang meninggal dunia akibat kemalangan. Terdahulu, ibu Ubai hadir ke majlis pertunangan anaknya dalam keadaan bersemangat walau pun kurang sihat.

Moga Allah menempatkan dirinya di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Figura watak mak-mak dalam drama mahupun filem Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros