Shiera Syukur Airell Selamat “Nasib Dia Duduk Belakang, Mak Tak Berhenti Doa Untuk Anak Anak”

Share

Shiera syukur Airell selamat. Ibu dan ayah mana yang tidak risau jika anak mereka terlibat dalam kemalangan. Terbaru anak lelaki kepada selebriti Sharifah Shahirah atau Shiera dan Ijoy terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Singapura.

Shiera rasa sangat bersyukur apabila anaknya itu selamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Shiera Syukur Airell Selamat

Hal tersebut dikongsi sendiri oleh Shiera menerusi kapsyen di Instagramnya;

“Anak aku dlm bas ni pagi tadi

Alhamdullillah ok dah ada kat umah

Dia tak nak cakap dia kata bas rosak

Nasib dia duduk blakang..mak tak renti doa untuk anak anak

Allahuakhbar

Kat jasin,” begitulah luahan Shiera.

Anak lelakinya, Airell Zulkifli antara mangsa dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dengan treler di Kilometer 179, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di Jasin, Melaka, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, Airell antara 16 penumpang yang cedera selepas bas ekspres dinaiki dari Singapura menuju ke ibu kota merempuh belakang treler berkenaan.

Terkini menerusi perkongsian di portal berita Shiera memaklumkan Airell patah gigi dan mengalami kecederaan pada bahagian dahi, hidung dan kaki.

“Saya beritahu suami untuk hantar anak pergi buat X-Ray sebab risau walaupun cuma cedera ringan. Alhamdulillah tiada apa yang serius selepas keputusan X-Ray keluar,” kongsi Shiera.

Terkejut Bila Airell Bagi Tahu Dia Kemalangan Bas

Sebelum ini seperti yang dilaporkan Harian Metro pula, Shiera memaklumkan anaknya itu berada di Singapura sejak Jumaat lalu bagi menghadiri festival animasi.

“Ariel memaklumkan bas lewat beberapa jam kerana rosak. Patutnya suami akan jemput dia jam 5 pagi semalam, tapi bila saya bangun pagi itu, tengok dia masih belum tiba di rumah.

“Petang semalam selepas saya balik kerja, saya nampak ada luka di dahinya. Mulanya dia tutup dengan rambutnya yang agak panjang itu. Bila saya tanya kenapa, dia kata itu jerawat, tapi saya tengok macam luka. Itu saya bertanya sama ada dia bergaduh dengan sesiapa, sudahlah ke Singapura tidak maklumkan kepada saya atau Ijoy.

“Bila kena paksa tanya, saya terus terkejut bila dia bagi tahu bas kemalangan. Terus dia buka cerita sebenar bas bukan rosak tapi kemalangan. Mengucap panjang saya waktu dengar tu.

“Alasan dia tipu saya sebab tak nak risaukan saya. Saya faham walaupun tak cedera parah tapi kenapa kena tipu saya.

“Saya korek juga cerita daripada dia, rupanya lepas kemalangan terus dibawa naik ambulans ke hospital dengan kawan-kawan dia. Dia kata dah buat x-ray semua baik saja. Alhamdulillah, saya bersyukur dengar,” sambungnya.

Baca Disini : Usia 48 Tahun Shiera Terima Menantu Sulung “Tahniah. Mak Pengantin Berseri-Seri”

Shiera Terkejut Keputusan SPM Anak Dapat A Subjek Matematik, Cemerlang Bahasa Inggeris

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Mingguan Wanita : Semoga semuanya dipermudahkan buat anak Shiera.

Sumber : Harian Metro 

Sumber Foto : Instagram Shiera Ijoy

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

 

Published by
Norhayati Suboh