Shiera syukur Airell selamat. Ibu dan ayah mana yang tidak risau jika anak mereka terlibat dalam kemalangan. Terbaru anak lelaki kepada selebriti Sharifah Shahirah atau Shiera dan Ijoy terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Singapura.
Shiera rasa sangat bersyukur apabila anaknya itu selamat dan hanya mengalami cedera ringan.
Shiera Syukur Airell Selamat
Hal tersebut dikongsi sendiri oleh Shiera menerusi kapsyen di Instagramnya;
“Anak aku dlm bas ni pagi tadi
Alhamdullillah ok dah ada kat umah
Dia tak nak cakap dia kata bas rosak
Nasib dia duduk blakang..mak tak renti doa untuk anak anak
Allahuakhbar
Kat jasin,” begitulah luahan Shiera.
Anak lelakinya, Airell Zulkifli antara mangsa dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dengan treler di Kilometer 179, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di Jasin, Melaka, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, Airell antara 16 penumpang yang cedera selepas bas ekspres dinaiki dari Singapura menuju ke ibu kota merempuh belakang treler berkenaan.
Terkini menerusi perkongsian di portal berita Shiera memaklumkan Airell patah gigi dan mengalami kecederaan pada bahagian dahi, hidung dan kaki.
“Saya beritahu suami untuk hantar anak pergi buat X-Ray sebab risau walaupun cuma cedera ringan. Alhamdulillah tiada apa yang serius selepas keputusan X-Ray keluar,” kongsi Shiera.
Terkejut Bila Airell Bagi Tahu Dia Kemalangan Bas
Sebelum ini seperti yang dilaporkan Harian Metro pula, Shiera memaklumkan anaknya itu berada di Singapura sejak Jumaat lalu bagi menghadiri festival animasi.
Ads
“Ariel memaklumkan bas lewat beberapa jam kerana rosak. Patutnya suami akan jemput dia jam 5 pagi semalam, tapi bila saya bangun pagi itu, tengok dia masih belum tiba di rumah.
“Petang semalam selepas saya balik kerja, saya nampak ada luka di dahinya. Mulanya dia tutup dengan rambutnya yang agak panjang itu. Bila saya tanya kenapa, dia kata itu jerawat, tapi saya tengok macam luka. Itu saya bertanya sama ada dia bergaduh dengan sesiapa, sudahlah ke Singapura tidak maklumkan kepada saya atau Ijoy.
“Bila kena paksa tanya, saya terus terkejut bila dia bagi tahu bas kemalangan. Terus dia buka cerita sebenar bas bukan rosak tapi kemalangan. Mengucap panjang saya waktu dengar tu.
“Alasan dia tipu saya sebab tak nak risaukan saya. Saya faham walaupun tak cedera parah tapi kenapa kena tipu saya.
Ads
“Saya korek juga cerita daripada dia, rupanya lepas kemalangan terus dibawa naik ambulans ke hospital dengan kawan-kawan dia. Dia kata dah buat x-ray semua baik saja. Alhamdulillah, saya bersyukur dengar,” sambungnya.
Urusan jodoh semuanya ketentuan yang maha Esa. Siapa sangka anak murid yang diajar di sekolah kini telah selamat menjadi menantu sendiri. Malah lebih istimewa pada hari pernikahan, pengantin sendiri yang membaca khutbah nikah di hadapan para tetamu yang hadir.
Ini yang dikongsikan dalam video ringkas oleh fadhilah_nfiyang merupakan sepupu kepada pengantin perempuan iaitu Ummu Sakinah.
Majlis ijab dan qabul pasangan pengantin baru ini diadakan pada 5 Ogos lepas dengan bertemakan Melayu Klasik. Majlis diadakan dengan sangat meriah dengan mengumpulkan seluruh keluarga dan sanak saudara.
Pengantin Baca Khutbah Nikah
Malah turut mencuri tumpuan, apabila pengantin lelaki sendiri Luqman Aiman, berkesempatan membaca khutbah nikah sendiri disaksikan oleh jurunikah, wali dan tetamu yang hadir pada majlis pernikahan tersebut.
Ramai yang mengusik dan tumpang gembira apabila anak murid berpeluang menjadi menantu cikgu sendiri.. Tidak kurang ramai yang turut mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin baru ini.
@fadhilah_nfi 5 Ogos 2023 | Ijab & Qabul Aiman & Sakinah Alhamdulillah, tahniah sepupu @ummusakinahh telah melangkah ke fasa kehidupan yang baru. Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fil kheyr. Semoga pernikahan dilimpahi sakinah,mawaddah dan rahmah. #AimanForSakinah#akadnikah @ummusakinahh ♬ Mimpi – Aisyah Aziz
Mingguan Wanita:Alhamdulillah, siapa sangka daripada anak murid kini dah jadi menantu sendiri. Apapun tahniah buat kedua-dua cikgu dan anak murid ini. Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
Personaliti terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar, 39 berkongsi di instagramnya yang dirinya sudahpun menjadi isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei lalu bersamaan 15 Syaaban 1439H iaitu jatuh pada hari Nisfu Syaaban.
Beliau yang juga bekas pembaca berita TV3 dan pernah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini turut memaklumkan yang suaminya, Fairos adalah sahabat yang dikenali sejak 20 tahun yang lalu. Cuma setahun yang lalu, hubungan antara mereka mula menjadi rapat.
“”Setelah mengenali hati budi, pasangan bujang bernama Fairos Khan Abdul Hamid menjadi ‘mangsa’. Beliau yang memahami rentak kehidupan dan kehendak saya berlatarbelakangkan TV penyiaran sebagai pekerjaan.
Maklum beliau lagi majlis pernikahannya diadakan di kediaman pengantin perempuan secara tertutup dihadiri keluarga terdekat dinikahkan oleh ketua Pendaftar nikah, cerai dan rujuk Jawi Wilayah Persekutuan, Ustaz Hazman Hashim berwalikan bapa beliau.
“Dengan pernikahan ini, saya berharap semua pihak berilah ruang untuk memahami naluri saya yang juga manusia biasa mempunyai kehendak dan perasaan. Izinkan saya untuk hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi meniti hari tua.”
Takkan Sesaat Melupakan 2 Orang Anaknya
“Tidak pernah sesaat sekalipun saya melupakan atau akan melupakan kedua-dua anakanda saya. Malah jika diberi peluang dan kesempatan, tanggungjawab dan kasih sayang sebagai ibu sentiasa sedia dicurahkan. “
Akui Azrinaz jujur, “Bukan material yang dicari, cukuplah seorang insan yang dapat membimbing, menemani, menyayangi, menghargai, menghormati dan menyanjungi diri ini dikala susah senang, cerdas dan sakit, sewaktu kepala masih diliputi rambut mahupun sehelai dua.
“Kami bukanlah sempurna, dengan ketidaksempurnaan inilah yang melengkapi kami berdua. Dari lubuk hati, maaf dipohon, 10 jari disusun kerana berita ini tidak dikongsi dengan rakan2 media terlebih dahulu mahupun sahabat handai.”
Memilih Untuk Lebih Privacy
“Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan tiada kena mengena semata-mata. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih ‘privacy’ begitu juga dalam melayari alam rumahtangga nanti.
“Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan IzinNya segala usaha telah dipermudahkan dalam setiap perancangan yang hanya memakan masa 2 bulan.”
“Akhir kata, tiada siapa yang lebih pakar, lebih pintar, lebih arif, lebih mahir dalam masa depan seseorang. Terimalah ketentuan jodoh seperti yang telah ditentukan Yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia yang lebih mengetahui. Assalammualaikum.”
Musim durian dah tiba, banyak durian dijual dengan harga yang cukup murah .Jika dah jemu makan buah durian begitu sahaja, mak-mak sebenarnya boleh olah jadikan kuih pula. Selalu buah durian dibuat bubur,tempoyak, serawa, pengat dan sebagainya, tapi kali ni mak-mak boleh cuba buat resipi Kuih Seri Muka Durian sedap yang dikongsikan oleh Puan Mariani Said ini.
“Pagi-pagi dah berseri muka.Malam tadi buat,pagi ni potong-potong je. Alhamdullilah cantik kejadian nya.Musim yang ditunggu-tunggu..jemu makan buahnya kita olah menjadi kuih.”
Bahan-Bahan:
2 cawan pulut (basuh,rendam selama 2 jam)
2 cawan santan cair
Sedikit garam
Lapisan Atas
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 sudu besar tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat
1 cawan gula
Garam sedikit
Perwarna kuning sedikit
Cara Membuat:
1.Tapis pulut dan kukus bersama santan cair yang diisi garam sedikit.
2.Kukuskan selama 20 minit.
3.Blend semua bahan, masukkan ke dalam periuk dan masak diatas api kecil.
3.Kacau, agak-agak panas periuk.
4.Angkat dan curahkan ke atas pulut tadi.
4.Kukus selama 40 minit.Siap!Sejuk kan baru la dipotong-potong.
Info Ekstra!
Alaskan loyang dengan plastik atau oleskan dengan sedikit minyak supaya pulut tidak melekat.
Selamat mencuba!
Cukup mudah! mak-mak boleh buat sendiri di rumah kuih seri muka durian ini untuk kelaianan.Memang puas hati buat kuih seri muka durian ini sendiri, sebab kalau dibeli boleh tahan jugak harganya.Baunya yang semerbak dan rasa lemak manis durian, amat sesuai juga dibuat untuk hidangan minum petang buat keluarga.
Lala Menyapa, Halia Terpaku! Ramadan ke-23 mak-mak masih tak jemu memasak untuk keluarga tersayang.Hari ini apa kata mak-mak cuba masak menu Lala Menyapa, Halia...