Shiela Rusly Kongsi Resipi Mudah ‘Masak Taucu Ikan Ayam’, Menu Favourite Tok Sidang Ketika Berbuka!

Share

Bagi yang mengikuti laman instagram milik Sheila Rusly,46 pasti biasa melihat perkongsian air tangan oleh Penerbit JS Pictures ini yang rajin berkongsi resipi hasil masakan dilaman sosial tersebut untuk rujukan pengikut akaunnya. Shiela Rusly diakui merupakan antara selebriti yang hebat memasak didapur dan mempunyai program rancangan memasak sendiri seperti “Ketuk-Ketuk Ramadhan” yang telah 14 tahun menghiasi kaca tv.

Sempena kedatangan Ramadan ini, Sheila Rusly ada kongsikan video resipi ‘Masak Taucu Ikan Ayam’ yang menjadi menu kegemaran suaminya, Pengarah Azman Hj Yahya atau lebih dikenali dengan nama Jinggo atau Tok Sidang ketika berbuka puasa.

Bahan-Bahan:

Ikan Ayam (Digoreng)
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Pes Taucu
Air
Asam keping
Timun
Serbuk Perasa
Cili Padi
Sedikit Gula
Minyak Masak

Cara Membuat:

1.Panaskan minyak dalamm kuali, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar tumis sehingga naik bau.
2.Masukkan 2 sudu pes taucu, tumis seketika dan masukkan segelas air.
3.Masukkan asam keping dan timun.
4.Kemudian masukkan serbuk perasa dan sedikit gula.
5.Kemudian masukkan cili padi dan ikan ayam yang telah digoreng serta bawang merah.

Siap! Selamat mencuba!

Wah, menarik kan resipi ni, simple sangat. Mak-mak boleh cuba buat sendiri untuk hidangan waktu berbuka nanti.Sesungguhnya air tangan isteri itu adalah pengikat kasih sayang suami.Rajin-rajinkanlah diri, masak menu kegemaran suami selalu.

Kredit: Instagram sheilarusly_jspictures

Published by
Suhaidah Abd Wahab