Sherie Terharu “Hati Senang Bila Adik Ke Pusat Kuarantin, Hanya Allah Saja Mampu Membalas Semua Kebaikan”

Share

Sherie terharu bantuan segera dihulurkan kepada keluarganya. Malah dirinya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan selebriti Datuk Fizz Fairuz dan pasangan suami isteri dari Kumpulan Megaklinik Zafran yang disapa dengan panggilan Abang Long dan Kak Long.

Sebelum ini tular, pelakon Sherie Merlis, 48 telah merayu orang ramai untuk membantunya mencari jalan keluar bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu keluarganya yang terperangkap di dalam rumah, apabila adik perempuannya positif Covid-19.

Pada video yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, Sherie menjelaskan, apa yang membuatkan dia buntu apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta adiknya pulang ke rumah dalam keadaan positif Covid-19, sedangkan di rumah mereka turut dihuni 10 ahli keluarga lain, termasuk ibu bapanya yang sakit dan bayi berusia 10 bulan.

Sherie Terharu Bantuan Segera

Dek kerana rayuan itu juga Fizz Fairuz dan Nafidz Razak dari Kumpulan Megaklinik Zahran telah sudi menghulurkan bantuan dengan kadar segera. Malah adiknya juga telah dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Royal Chulan, Kuala Lumpur untuk tempoh 10 hari.

“Selepas menjalani ujian calitan, ahli keluarga lain termasuk saya menjalani kuarantin kendiri di rumah sahaja. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan pada abang long dan kak long dari Kumpulan Megaklinik Zafran, Allah sahaja maha baik balasannya. Terima kasih juga pada Datuk Fizz Fairuz.

“Adik saya rasa bersalah sebab suami dan anaknya dijangkiti. Selepas ujian calitan mereka terus dihantar ke pusat kuarantin. Segala proses dan kerja dipermudahkan, dan saya tenang bila adik pergi ke pusat kuarantin di Royal Chulan, selama 10 hari. Hanya Allah Saja Mampu Membalas semua kebaikan. Alhamdulillah, terima kasih sangat-sangat bila semua dipermudahkan. Terima kasih sangat-sangat.

“Setiap ahli keluarga saya juga ucapkan terima kasih atas tindakan pantas yang diambil. Dan penerangan dari Kumpulan Megakinik Zafran cukup jelas untuk kami disini menjaga diri  kitorang.

“Saya Ingatkan Tak Ada Kawan”

“Saya juga ingin minta maaf tak dapat layan menjawab panggilan telefon sebab saya sangat sibuk memandangkan saya seorang yang kena buat kerja. Dari memasak, sanitasi rumah, uruskan mak dan anak-anak.

“Saya juga rasa sangat terharu, saya ingatkan tak ada kawan, saya tak jangka akan ada orang ambil berat tentang saya. Saya cuma nak tahu saja ke mana saya boleh mendapatkan rujukan. Alhamdulillah terima kasih sangat-sangat dan kepada siapa yang menghubungi saya nanti saya akan baca dan balas, tunggu saya tenang,” ungkapnya.

Kuku Tangan Mempunyai Garis Putih Melintang Yang Ketara, Petanda Dijangkiti Covid-19

Hantar Mesej Tak Berjawab, Rupanya Suami Meninggal Dunia Selepas Dijangkiti Covid-19

12 Ahli Keluarga, Ibu Ayah Yana Samsudin Positif Covid-19, “Semoga Mereka Kuat, Kami Jauh”

Kini Dipantau Rapi –  Nafidz Razak

Menurut Nafidz Razak kini keluarga Sherie dipantau rapi oleh pasukan Megaklinik Zahran.

“Bila ramai yang tag tentang @sheriemerlis , abglong dan pasukan @kumpulan_megaklinik_zahran terus bergegas untuk melihat sendiri keadaan keluarga sherie. Alhamdulilah semua telah menjalani ujian saringan covid19 dan kini dipantau rapi oleh pasukan Megaklinik Zahran.

“Adik sherie juga telah dibawa ke pusat kuarantin & rawatan covid19 bersama suami dan anak-anak yang positif kerana keadaan rumah yang tidak berapa sesuai untuk kuarantin kendiri.

“Terima kasih pada Dato’ @fizzfairuzofficial yang pantas menghubungkan abglong dan sherie. Terima kasih juga kepada pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan @kementeriankesihatanmalaysia yang telah memudahkan segala urusan tadi.

Terima kasih Dr @sazarulzafirah , Dr @muazmahmudm , Matron @ilhamsofiyyah & MA @amirul.aimannn,” tulis Nafidz Razak.

Sumber/Sumber Foto : Instagram Sherie Merlis & Instagram Nafidz Razak

Mingguan Wanita : Semoga semuanya dipermudahkan buat keluarga Sherie Merlis.

 

Published by
Norhayati Suboh