Setiap kali melihat gelagat pelakon, penerbit dan pengarah terkenal, Sheila Rusly memuat naik video memasak, pasti ia membangkitkan selera dan keinginan membuak-buak untuk mencuba menu yang dimasaknya.
Mana tidaknya, baik dari aspek penyediaan bahan hinggalah proses memasak nampak mudah dan menyelerakan. Tidak hairanlah mengapa Sheila Rusly diangkat sebagai Ikon Masakan dan Duta Jenama Maggi Cukup Rasa.
Setiap kali isteri kepada Azman “Jinggo” Yahya memuat naik video masakan, pasti ianya mendapat jumlah tontonan yang tinggi dan pujian para netizen yang mengagumi masakan Sheila Rusly yang enak dan menyelerakan.
Ads
Apatah lagi apabila anak-anak berkumpul di kediamannya, pasti meja makannya akan dipenuhi dengan pelbagai menu kegemaran anak-anak hasil air tangannya yang menjadi salah satu rahsia mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Tidak kiralah sama ada masakan ala kampung mahupun hidangan barat, Ikon Masakan dan Duta Jenama Maggi Cukup Rasa ini tidak lokek berkongsi informasi mengenai hidangan yang dimasak untuk keluarga.
Malah, hidangan ringkas yang disediakan olehnya seperti mee segera juga tampil menyelerakan dengan olahannya yang tersendiri mengikut citarasa masyarakat Malaysia.
Ads
Meskipun meletakkan keluarga sebagai keutamaan bagi dirinya, Sheila yang juga bertindak sebagai Mentor Keusahawanan Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi ini meletakkan air tangan wanita bergelar ibu dan isteri sebagai acuan utama dalam kebahagiaan rumah tangga. Menurutnya, rajin memasak untuk ikat perut suami.
Malah Sheila Rusly mendedahkan pernah memberi tiga tips untuk kekal bahagia dalam perkahwinan kepada menantu kesayangannya, pelakon Elisya Sandha.
“Tiga perkara itu sahaja. Jaga hati dia, jangan buat benda yang suami tak suka. Rajin memasak untuk ikat perut suami. Barulah buat hubungan intim sekali atau dua kali seminggu,” katanya dengan nada tegas namun sempat berseloroh.
Ads
Sejak bergelar ibu mentua, Sheila Rusly sememangnya bersyukur mempunyai menantu seperti Elisya Sandha yang dilayan bagaikan anak sendiri. Malah Sheila berkata dia memuji kerajinanmenantunya itu yang tidak henti mencuba menu baharu untuk menambat hati suaminya, Uzair Haqimy.
Jadi, tak salah lagilah rahsia kebahagiaan rumah tangga tetap terletak di air tangan seorang isteri dan ibu, setuju tak?
“Mohon Doakan Keselamatan & Kesihatan Bayi Pra Matang Kami. Moga Mampu Membesar Sihat Seperti Anak Lain” Julfekar dan Min Yasmin. Begitulah doa yang dipohon oleh pasangan selebriti yang baru saja menimang cahaya mata sulung mereka 16 September lalu.
Dek kerana masalah tekanan darah tinggi, Min Yasmin yang tidak terkawal dan perlu menjalani pembedahan segera apabila degup jantung bayi semakin lemah terpaksa akur melahirkan bayi sulung walaupun tidak cukup bulan.
“Mohon Doakan Keselamatan & Kesihatan Bayi Pra Matang Kami
Selepas 10 tahun menanti, komposer, Julfekar Ahmad Shah dan isterinya yang juga penyanyi, Min Yasmin dikurniakan bayi lelaki yang dilahirkan pada 16 September lalu di Sabah.
Julfekar dan Min mendirikan rumah tangga pada April 2014 dan ini menjadi perkahwinan kedua buat Julfekar.
Menerusi perkahwinan pertama, dia dikurniakan empat cahaya mata.
Seperti mana mesej yang dikirimkan, pasangan itu memaklumkan mereka telahpun menimang cahaya mata sulung.
“Assalamualaikum… Min & Abang Julfekar nak berkongsi…
“Allahuakbar.. Alhamdulillah.
“Penantian cahaya mata setelah 10 tahun Min & Abang Jul mendirikan rumahtangga bersama.
“Syukur, Min telah selamat melahirkan seorang Bayi Lelaki pada Hari Malaysia 16 September pada jam 7.49 malam baru-baru ini
“Min telah dikejarkan ke Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah dengan ambulans kerana tekanan darah tingginya yang tak terkawal.
“Setelah berbincang, untuk mengelakkan keadaan semakin buruk memandangkan detak jantung bayi yang mula semakin lemah, Min terus dibedah dengan serta merta.
“Mohon doakan keselamatan & kesihatan sepenuhnya bayi Pra Matang kami yang berusia 30 minggu (7 bulan ½) ini.
“Moga anak kami ini mampu membesar sihat seperti anak-anak yang lain. Moga anak ini menjadi seorang anak yang Soleh & membawa kebaikkan kepada agama, bangsa & keluarga.
“Bertambahlah seorang lagi anak Bro Jul sekarang. Terima Kasih semua atas doanya & Syukur kehadrat Ilahi atas kelahiran seorang lagi Umat Muhammad SAW dibumi ini. Alhamdulillah.” kongsi mereka.
Usia 51, Supermodel Nasha Aziz tak pernah rehat jaga pemakanan, nak langsing terpaksa korbankan nafsu makan. Aura pelakon dan supermodel tersohor, Nasha Aziz setiap kali muncul di pentas peragaan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Setiap langkah dan aksinya begitu mencuri tumpuan lensa kamera dan mata yang melihat.
Walaupun sudah menjangkau usia 51 tahun namun wanita ini cukup jelita ditambah badannya yang begitu langsing.
Usia 51, Supermodel Nasha Aziz Tak Pernah Rehat Jaga Pemakanan
Sewaktu bertemu dengan pelakon yang pernah popular menerusi filem Laila Isabella ketika memperagakan busana Muslimah menawan pada pertunjukan fesyen jenama Muslimah tempatan, Munawwareen yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota baru-baru ini, Nasha sempat berkongsi rahsia awet mudanya.
Rupanya banyak yang terpaksa dikorbankan bagi menitikberatkan soal pemakanan.
“Saya tak pernah rehat jaga pemakanan. Saya ambil makanan tanpa garam dan gula. Bukan itu saja saya juga kawal pemakanan yang sangat clean samaada ambil makanan bersayur seperti salad atau apa saja tanpa di masak adalah sangat baik.
“Dalam sehari saya akan ambil lima atau enam mangkuk sayur. Nasi pula saya akan ambil beras perang, namun jarang saya ambil nasi. Beras perang ni bila maka buat perut kita kenyang, kadang tu boleh buat saya tak berapa selesa.
“Pada masa sama saya kena ambil banyak banyak kalsium dan protein.
“Saya pilih makan ikan dan ayam. Daging ayam saya cuma makan bahagian isi tanpa kulit. Sememangnya banyak yang terpaksa saya korbankan,” kongsi Nasha.
Selain itu, Nasha juga menerangkan dia juga akan minum kopi selepas jam 1 tengahari.
“Saya akan minum kopi pula selepas jam satu. Saya tahu kopi sangat baik untuk minda namun tak berapa baik untuk kulit, terutamanya kulit yang sudah berumur akan nampak cepat kusam. Jadi saya akan hadkan pengambilan kopi,” sambung Nasha tentang tip pengambilan makanan yang diambil setiap hari.
Muncul pada segmen kemuncak pertunjukan fesyen Munawwareen, Nasha tampil anggun berhijab sambil menggayakan rekaan jubah khas rona hijau zamrud bertatahkan jemeki sebagai perincian pada busana.
Walaupun menerima jemputan dalam masa yang singkat, selebriti popular itu mengakui berbesar hati apabila terpilih untuk membuat penampilan khas sempena pelancaran koleksi terbaharu jenama fesyen Muslimah tersebut yang bertemakan Sempurnakan Hijrah Cinta.
“Saya bersyukur dengan rezeki yang ALLAH SWT bagi dan berterima kepada pihak Munawwareen terutamanya Datin Hajah Aliza kerana memberi kepercayaan kepada saya.
“Saya hanya melakukan tugas dengan sehabis baik apabila diberikan tanggungjawab. Apa sahaja rezeki yang datang, saya terima.
“Bagi saya, dalam apa sahaja yang kita lakukan, buatlah sepenuh hati. Hargailah setiap momen, kreativiti, keindahan dan usaha masing-masing.
“Saya percaya rezeki tidak pernah salah alamat. Walaupun dijemput dalam masa satu minggu, saya bersyukur dapat bersama pasukan yang hebat ini,” ujar bintang filem Talbis Iblis itu ketika ditanya tentang penglibatannya dalam pertunjukan fesyen tersebut.
Pada acara yang diadakan penuh gilang-gemilang dengan kehadiran 300 tetamu itu, sebanyak 21 rekaan dengan jumlah 36 pakaian diperagakan penuh elegan merangkumi segmen Hawa 1 (koleksi telekung), Hawa 2 (koleksi jubah dan abaya), Rijal (jubah dan kurta lelaki) dan Hawa 3 (koleksi jubah dan dres eksklusif).
Kesemua rekaan daripada koleksi Munawwareen itu akan dilancarkan secara berperingkat bermula Oktober 2022 sehingga Mac 2023.
Mengutamakan pakaian patuh Syariah, variasi pakaian jenama initu direka dengan potongan longgar dengan pemilihan fabrik yang tidak menampakkan bentuk badan pemakai.
Pengasas dan Pengarah Urusan Munawwareen Holdings Sdn Bhd, Datin Aliza Abu Bakar, berkata, terdapat banyak pakaian Muslimah yang dipasarkan tetapi konsep Muslimah sejati itu tidak sepenuhnya dipraktikkan.
“Munawwareen mahu dikenali dengan identiti fesyen Islamik yang berusaha mengikuti landasan Syariah. Sekarang kita dapat lihat lebih ramai wanita bijak berfesyen meskipun menutup aurat dengan sempuma.
“Jadi Munawwareen ingin menjadi sebahagian daripada gerakan fesyen Islamik yang sentiasa menampilkan rekaan-rekaan segar serta mengikut arus semasa tanpa mengetepikan kewajipan memelihara aurat,” katanya.
Mingguan Wanita : Suka tengok penampilan Nasha yang sentiasa mesra dan manja.
Sumber Foto : Ihsan MUNNAWARREN HQ
Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!
Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nonny dakwa dirinya disihir sejak 3 tahun lalu. Pelakon dan penyanyi yang lahir dari rancangan realiti TV Akademi Fantasia yang juga pemilik nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin mendakwa dirinya telah menjadi mangsa sihir seseorang sejak tiga tahun lalu.
Malah dek kerana itu juga dirinya tidak lagi mampu menanggung kesakitan. Paling ketara wajahnya turut mengalami perubahan.
Nonny Dakwa Dirinya Disihir Sejak 3 Tahun Lalu
“Maaflah muka sudah senget disebabkan sihir ‘syaitan’ ini.
“Tiga tahun sampai dah tak larat nak menangis.
“Saya kena bangkit sendiri. Sangat menghargai sekiranya anda semua boleh memberi sokongan kepada saya.
“Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua.
“Kalau solat tolong doakan saya sekali tau,” kongsi Nonny menerusi Insta Storiesnya.
Terus Lawan & Tidak Simpan Dendam
Walau menanggung kesakitan selama bertahun-tahun namun Nonny tetap terus tabah melawan kesakitan yang dialami.
“Mari kita lawan sampai mati.
“Tunduk hanya pada yang satu dan tetap berpegang pada kalimah tauhid.
“Aku maafkan mereka semua di dunia dan di akhirat. Menyerah? Tidak sama sekali.
“Aku tidak berdendam tapi hanya ingin berkongsi rasa. Kau tahu apa yang aku rasa?,” luahnya lagi.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.