‘Sheikh Eusoff, Sophea Emelia’ Masuk Hari Ketujuh, Bayi Kembar Sepasang Diberi Nama Indah

Share

Masuk hari ketujuh, pasangan bayi kembar Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina Mohd Yunos dilahirkan, nama mereka akhirnya diumumkan ayahnya. Indah pilihan nama kedua ibu bapa ini. Eusoff dan Emelia itulah nama diberi untuk kedua-dua kembar ini.

Sama sebagaimana abang dan kakak yang lain, ‘Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia’ diletakkan melengkapi nama keluarga.

Pemilihan kedua nama yang bermula dengan huruf E, membawa simbolik makna yang indah-indah untuk kedua-dua bayi bongsunya.

Pilih Nama Eusoff Dan Emelia Kerana..

Kongsi ayah ini di laman instagramnya,

Kami memutuskan untuk memilih E & E
Enchanting – mempesonakan
Excitement – keterujaan
Empathetic – berempati
Ebullient – cemerlang
Effervescent – ceria dan aktif
Efficacious – bermanfaat
Embellish – menghiasi
Emancipate – membebaskan
Endearing -menawan
Enrapture – memikat

Ianya Sheikh Eusoff & Sophea Emelia, sama seperti anak-anak yang lainnya,
Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff, Sophea Isabella, Sophea Natasha, Sophea Emelia.”

Doa Untuk Anak-anak Jadi Soleh Dan Solehah

Bapa ini juga memohon doa agar keenam-enam orang anaknya itu akan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Dalam pada itu, ayah ini juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantunya untuk mendapatkan nama indah untuk anak kembar bongsunya.

Semoga menjadi anak anak yang Soleh & Soleha
Berkehendak & Bertuhan kepada Allah
Berbakti kepada IbuBapa
Berilmu & Beriman
Berpaksi kepada Kebenaran
Berbakti kepada Ummah
Berjaya Dunia Akhirah

Amiinn Amiinn Amiinn Ya Rabb
Sebagai AYAH kupohon Doa
Makbulkan Doaku
Di Hari Baraqah ini
Salam Jumaat Everyone
Love As Always
PS – TQ Everyone for guiding us with beautiful names”

Lahir selang seminit, teruja Dr Sheikh Muszaphar timang kembar sepasang.

Sepasang bayi kembar ini merupakan kembar kedua dalam keluarga Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina. Sebelum ini, isterinya itu pernah melahirkan bayi kembar Adam dan Noah. Sepanjang mengandung, Dr Halina banyak berkongsi perjalanan kehamilan bayi kembarnya di laman instagramnya.

Kedua-dua bayi ini dilahirkan secara pembedahan pada 20.11.2020. Semoga mereka membesar sihat dan menjadi anak yang membanggakan kedua ibu ayahnya.

Sumber/Foto : Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer