Sharifah Syahirah Tak Malu Mengaku Dirinya ‘Queen Control’ Tapi…

Share

Dalam rumah tangga, pasti adal salah seorang  baik suami atau isteri yang banyak dominasi pasangan dan rumah tangga. Tapi, kalau isteri yang dominasi, dikatakan ‘queen control’ pula dan sudah tentulah suami pula dikatakan ‘takut bini’.

Orang cakap raja dalam rumah tangga, bukan hanya pada suami tapi boleh jadi juga pada isteri. Tapi tak semestinya, isteri ‘queen control’. Mungkin ada sesetengah perkara yang mengkehendaki isteri dalam keadaan begini. Contohnya dalam urusan kewangan.

Berbalik kepada ‘queen control’ ini, Borak Kelamin telah membincangkan topik yang cukup hangat dan boleh dikatakan sensitif iaitu ‘Dominasi Kelamin’ yang menjadi ‘raja’ dalam rumah tangga.

Bagi pasangan selebriti yang tidak asing lagi dan cukup bahagia ini, Syarifah Shahirah dan Ijoy Azhari telah dijemput untuk mengulas lebih lanjut dalam membincangkan isu ini.

Queen Control’ Tapi Keputusan Dipersetujui Bersama

Apa yang dikatakan oleh Elly Mazlein dan Awal Ashaari sebagai pengacara ‘Borak Kelamin’, Syarifah Syahirah turut mengakui dirinya ‘queen control’ dalam dalam.

“Tak kisah orang cakap kerana itu adalah rumah tangga saya, saya yang mencari rezeki lebih. Tapi ‘queen control’ tidak berlebihan, sebaliknya, saya berikan suami  saya ‘leasure’ dengan caranya tersendiri.

“Dalam rumah tangga, bila saya diberi rezeki lebih, saya akan belikan keperluan rumah, begitu juga dengan Ijoy. Malah, kalau sebarang keputusan yang ingin dibuat, kami pastikan ia persetujui bersama,” kata Syarifah Syahira.

Dominasi Pasangan Ada Peringkat

Salah satu tetamu dan pakar motivasi yang dijemput untuk mengulas lebih lanjut tentanag topik ini, Dr Norwati Mansor.

Katanya, ‘queen control’, boleh terjadi dengan beberapa peringkat.

  1. 100 peratus mengawal pasangan
  2. Pertengahan
  3. Sedikit sahaja

Apa yang ditekankan dan paling dirisaukan adalah pada peringkat 100 peratus yang mana pasangan mengawal sepenuhnya. Keadaan inilah membuatkan pasangan mula tertekan, stres, terkongkong. Akhirnya, mulalah mencari ‘lompomg-lompong’ kekurangan itu di luar rumah.

Walau bagaimanapun, isteri yang dominasi keluarga bukanlah dianggap kehidupan keluarga dan rumah tangga itu tidak sihat. Jangan sentiasa mencari ruang untuk mengawal sepenuhnya. Kebiasaan isteri dominasi bila suami lambat membuat keputusan atau sebarang tindakan.

Apa yang menarik daripada perkongsian Dr Norwati ini:

Wanita ini berfikir secara mikro – perkara yang sekecil-kecil dan remeh.

Lelaki pula melihat secara makro – dia memikirkan tentang apa yang akan berlaku pada lima tahun akan datang.

Begitulah.

 

Borak Kelamin yang dihoskan oleh Awal Ashaari dan Elly Mazlein memaparkan isu-isu rumah tangga yang berlaku sekarang ini. Setiap masalah ini dijelaskan secara terperinci oleh pakar motivasi atau kaunseling dalam menyelesaikan masalah rumah tangga.

Bagi yang ketinggalan untuk menonton sebelum ini, saksikan siaran ulangan pada setiap Jumaat jam 12.00 tengah hari di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 124.

Jangan lupa saksikan Borak Kelamin yang disiarkan pada setiap hari Isnin, jam 9,00 malam di Astro Ria 104 dan Ria HD 124. Episod menarik pada minggu hadapan: Cinta Luar Biasa

 

Published by
Nora