Hiburan

Sharifah Shahirah Bulatkan Hati Teruskan Niat Berhijab, Masih Dalam Proses Perbaiki Diri

Share

Tahniah Mingguan Wanita ucapkan kepada pelakon, pengacara dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah atau lebih popular dengan gelaran Shiera, 46 yang kini sudah mengenakan hijab sepenuhnya.

Isteri kepada pelakon, Ijoi Azhari dan juga ibu kepada lima orang anak ini menyatakan dia mengenakan tudung sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

https://www.mingguanwanita.my/pkp-diteruskan-atau-tidak-kerajaan-buat-keputusan-ikut-situasi-semasa-covid-19/

Niat Terus Berhijab

Foto: Instagram Shieraijoi

Seperti mana yang dilaporkan Harian Metro Shiera juga berkongsi tentang niat mengenakan hijab timbul apabila dia sedari wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan dari Allah SWT.

“Ditambah pula apabila PKP dilaksanakan. Pada mulanya saya bernazar, jika wabak ini ada penawar saya nak pakai tudung. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang. Tapi, saya fikir semula kalau tak ada penawar, takkan saya tak pakai tudung. Jadi, saya bulatkan hati dan berniat untuk terus pakai,” ulas Shiera yang mengakui dirinya masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri.

Foto:Instagram Shieraijoi

Berhijab Dapat Sokongan Keluarga

Shiera juga turut menyatakan sebelum ini kadangkala dia ada juga mengenakan hijab.

“Lagipun, sebelum PKP saya memang pakai ‘on-off’ dan suka-suka saja. Sekarang, saya sudah pakai dengan betul. Tapi, saya tidak boleh terus menjadi sempurna,” katanya.

Shiera juga rasa sangat gembira dan bertuah kerana keputusannya itu mendapat sokongan suami, anak-anak, ahli keluarga dan rakan.

“Suami tak cakap apa. Dia sentiasa menyokong saya. Walaupun ada ketika dia terlupa saya sudah bertudung. Macam anak perempuan pun, dia siap cakap nak pakai tudung juga,” sambung Shiera.

Pelakon yang terkenal dengan sikapnya yang ramah ini mengakui ramai rakan-rakan yang memberi galakan dan memberikan hadiah tudung kepada dirinya.

Sumber: Harian Metro

https://www.mingguanwanita.my/hijab-adalah-pilihan-saya-luahan-rasa-cinta-pada-tuhan-mizz-nina/

Published by
Norhayati Suboh