Shakila saman bekas mentua kali kedua, “mak saya gadai emas bayar peguam, tiada kaitan bantuan Mufti Perlis. Bekas ratu cantik, Shakila Saiful menghantar surat saman kali kedua buat bekas bapa mentuanya, Ustaz Engku Ahmad Fadzil  yang juga Tokoh ASWAJA ekoran difitnah menggunakan bantuan dari Mufti Perlis pada saman kali pertama dia memenangi kes fitnah terhadap bekas bapa mentuanya itu.

Shakila Saman Bekas Mentua Kali Kedua

Menurut pelakon yang pernah menggugurkan kandungan kembar luar nikahnya selepas diyakinkan bahawa Islam membenarkan pengguguran, mengakui begitu terkilan apabila dikaitkan dengan Mufti Perlis yang didakwa telah membiayai kos peguamnya, Faizal Rahman yang mewakili dirinya dalam saman fitnah yang dikemukakan oleh Engku Fadzil terhadapnya sebelum ini.

Shakila Saman Bekas Mentua Kali Kedua, “Mak Saya Gadai Emas Bayar Peguam, Tiada Kaitan Bantuan Mufti Perlis”
Shakila pernah muncul dalam podcast Mingguan Wanita segmen Sembang Wanita Xtra bulan lalu

“Mak Saya Gadai Emas Bayar Peguam, Tiada Kaitan Bantuan Mufti Perlis”

Dalam satu kenyataan kepada Mingguan Wanita, Shakila Saiful memaklumkan, “ekoran hantaran Facebook Ustaz Engku Ahmad Fadzil meminta derma untuk rayuan, peguam saya telah pun mengeluarkan LOD bagi pihak saya terhadap Engku Fadzil atas cerita “Mufti Perlis membiayai peguam Shakila melalui dana peribadi dan/atau dana zakat” kerana ia merupakan satu tohmahan jahat dan fitnah beliau. LOD tersebut telahpun diterima dan ditandatangani oleh pihak beliau pagi tadi.

Shakila Saman Bekas Mentua Kali Kedua, “Mak Saya Gadai Emas Bayar Peguam, Tiada Kaitan Bantuan Mufti Perlis”
Shakila bersama peguamnya, Faizal Rahman selepas diumumkan menang dalam saman dikemukankan bekas mentuanya, Tokoh ASWAJA Engku Ahmad Fadzil

Jelasnya yang pernah melalui detik terburuk dalam kehidupan di mana dirinya bukan saja pernah diminta menggugurkan kandungan tetapi juga kandungannya gugur semasa dalam perkahwinan.

“Bila saya baca kenyataan dikeluarkan di facebooknya, jujurnya saya terkejut dan terkilan. Bagi saya kalau nak minta sedekah dari orang ramai untuk membiayai kekalahannya dalam saman sebelum ini iaitu RM105,000, saya tak kisah, tak ada masalah. Tapi tak perlu fitnah saya lagi dengan mengaitkan dengan Mufti Perlis.

Ads

“Bagi saya dia memuat naik satu kenyataan tak benar sama sekali. Saya dan mak sangat kecewa dengan kenyataan disiarkannya.  Kami menggadai emas untuk biayai kos peguam. Selepas Engku memuat naik kenyataan minta bantuan orang ramai selepas kalah saman itu, emak saya memberi komen di hantaran facebooknya tapi ianya telah di hidekan.

Shakila Saman Bekas Mentua Kali Kedua, “Mak Saya Gadai Emas Bayar Peguam, Tiada Kaitan Bantuan Mufti Perlis” Shakila Saman Bekas Mentua Kali Kedua, “Mak Saya Gadai Emas Bayar Peguam, Tiada Kaitan Bantuan Mufti Perlis”

“Bagi saya, saya percaya bagaimana dia saman saya pada kali pertama di mana dirinya berfikir tindakannya betul. Tapi kali ini saya menyamannya kembali atas fitnah dia lakukan ini. Kata orang, what goes arround, comes arround.Kata orang kifarah. Peguam saya dah hantar surat tuntutan kepadanya atas saman fitnah ini. Cukuplah apa saya alami sebelum ini namun jangan sesekali memfitnah hal yang tak betul,”kata Shakila ketika dihubungi.

Ads

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Isteri Sedih Suami Berkira, Pisang Goreng RM6 Suruh Bayar Separuh Sebab Dah Beri Nafkah RM400 Sebulan

Isteri Sedih, Suami Sanggup Tak Mengaku Anak Sebab Tak Mahu Bayar Nafkah

Ads

Bekas Suami Buruk Siku, Tuntut Barang Kemas Hadiah Kahwin Bengang Gaji Kena Potong Nafkah Anak

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI