Shahir kini suami orang. Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon Shahir Zawawi, 34, yang kini sah bergelar suami kepada pasangannya, Jaskin Jaludin, 33.
Shahir yang juga Juara Akademi Fantasia Musim Ke-8 sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 16 Julai lalu di kediaman keluarga Jaskin di Tawau, Sabah.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Shahir seperti mana dilaporkan menerusi Berita Harian akui dirinya berdebar tatkala tibanya hari bersejarah.
Pasangan mempelai telah disatukan sebagai suami isteri di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Center.
“Tatkla tibanya hari bersejarah, bertambah debaran di hati.
“Namun, jujurnya, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga sebaik dipertemukan dengan Jaskin,” kongsi Shahir.
Dalam majlis yang berlangsung 2 September, Shahir menyerahkan hantaran berjumlah RM20,000, manakala mas kahwin sebanyak RM300.
“Alhamdulillah, syukur segalanya sudah berjalan lancar.
“Terima kasih kepada semua pihak yang terbabit.
“Sebelum bernikah memang ada rasa gementar, tetapi selepas semuanya selesai saya kini berasa lega.
“Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat,” sambungnya.
Baca Disini : “Berjuang Abang Hadiah Terbesar Buat Sayang. Teruskan Perjuangan ”Sebaknya Jawapan Isteri Ebit Lew
Diuji Sewaktu Pandemik COVID-19, 25 Tahun Kahwin, Afdlin Shauki & Isteri Bercerai
Menerusi komen dibanjiri ucapan tahniah buat Shahir dan isteri.
Mingguan Wanita : Selamat Pengantin Baru Buat Shahir dan pasangan. Semoga berbahagia hingga ke jannah.
Sumber : Berita Harian
Sumber Foto : Instagram Shahir Zawawi
Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery