Sewakan Bilik “Sebesar Tandas”, DBKL Larang Binaan Dinding Baru Mulai 1 Ogos Untuk Bangunan Kediaman & Komersial

Share

Sewakan bilik sebesar tandas, DBKL larang binaan dinding baru mulai 1 Ogos untuk bangunan kediaman dan komersial. Isu mencari rumah sewa yang agak selesa pada hari ini antara masalah  dihadapi anak muda yang bekerja di bandar besar.

Bukan tidak ada tapi kosnya mungkin terlalu mahal hingga suku dari gaji diperuntukkan untuk membayar sewaan rumah. Banyak juga pemilik rumah kediaman membuat bilik-bilik kecil di rumah kediaman  dan kemudian menyewakan pada harga tinggi yang dilhat tidak masuk akal dan tidak selesa didiami. Namun adakalanya tanpa ada pilihan, penyewa   terpaksa juga menyewa walau bilik sebesar tandas.

Sewakan Bilik Sebesar Tandas

Namun mulai 1 Ogos lalu, pemiilik kediaman adalah dilarang menambah dinding baru untuk rumah kediaman dan komersial (Apartment Servis & SOHO).

Dalam satu pekeliling dikeluarkan dan ditandatangani oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur merangkap Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur, Datuk Sr Haji Kamarulzaman Mat Salleh, penguatkuasa larangan binaan dinding baru bagi rumah kediaman pada  21 Julai lepas telah berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2023 lalu.

Dalam pekeliling yang dikeluarkan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melarang bangunan strata di Kuala Lumpur daripada menambah dinding dalaman bagi tujuan membuat bilik tidur baharu.

DBKL Larang Binaan Dinding Baru Mulai 1 Ogos Untuk Bangunan Kediaman & Komersial

Larangan itu yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2023, diumumkan dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) DBKL pada 21 Julai lepas.

Pekeliling itu berkata, larangan itu perlu bagi menghalang penukaran ruang tamu dan ruang makan kepada bilik tidur baharu, yang bercanggah dengan Perintah Pembangunan (DO) asal yang telah diluluskan DBKL.

Pekeliling itu juga mengatakan bahawa larangan itu perlu untuk memastikan bangunan berstrata mempunyai cahaya semula jadi dan pengudaraan yang mencukupi, dan untuk mengelakkan bilangan penduduk dalam sesebuah unit daripada meningkat. Masa yang sama dengan penambahan dinding ruang tamu tidak mendapat pencahayaan semulajadi.

“Unit petak kediaman, seolah-olah akan disewakan menyebabkan tukar kegunaan (kediaman ke komersial) dengan pertambahan bilik tidur selain mengakibatkan pertambahan bilangan penghuni,” katanya dalam pekeliling yang dikeluarkan.

Jadi bagi pemilik kediaman, menambah ruang petak ini adalah satu kesalahan dan ia jelas tidak dibenarkan. Masa yang sama, penyewa juga akan mendapat keselesaan dan bukan seperti tinggal dalam sarang burung merpati.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Letak Diri Sebagai ‘Owner’, Plot Twist Posting ‘Penyewa Dari Neraka’ Rupanya Penyewa Sebenar!

‘Penyewa Pindah, Tinggalkan Sampah Berterabur..’ Sewa Rumah Orang Tapi Tak Pandai Jaga

Sudahlah Tidak Bayar Sewa Enam Bulan, Penyewa Dari Neraka Tinggalkan Lautan Sampah, Najis

Elak Penyewa Tak Bayar, CARA Tukar Nama Pada Bil Elektrik Secara Online!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Kalau ditakdirkan, biar saya pergi dulu..” kata Zarina Zainuddin. Kasih ibu yang tidak pernah ada hujungnya.

Published by
Almaswa Haji Che Ros