‘Sewa Katil Saja Cecah RM1,200’ Apabila Ditakdirkan Mencari Rezeki Di Singapura

Ternyata pandemik Covid-19 memberi kesan yang cukup hebat buat para pekerja Malaysia yang ditakdirkan mencari rezeki di Singapura. Apabila pintu sempadan masih lagi ditutup, lelaki ini, Eddie Dieana kongsikan apa yang terpaksa mereka hadap.

Sungguh, memberi komen itu semudah menaip di keypad phone. Namun, hadap ujian hidup hari-hari ada ketikanya berlinang air mata ‘lelaki’ dibuatnya. Tak mudah, lagi-lagi bab penginapan. ‘living cost’ sangat tinggi hingga mereka cuma mampu menyewa katil saja dengan kadar sewa mencecah ribuan ringgit.

Semoga urusan Eddie dan warga Malaysia yang bekerja di Singapura ketika ini dipermudahkan.

‘Sewa Katil Saja Cecah RM1,200’ Apabila Ditakdirkan Mencari Rezeki Di Singapura

Apabila Syarikat Tak Lagi Menyediakan Penginapan

Allahuakbar.. berlinang air mata.
Di saat aku rasa jatuh dengan segala cabaran yang harus aku tempuh.
Terpaksa berjauhan dengan keluarga lebih dari 6 bulan.
Rupanya aku masih ada bantal dan tilam yang selesa untuk tidur.
Aku masih ada bilik air yang selesa untuk mandi.
Aku masih ada bilik yang selesa untuk simpan segala keperluan aku.
Aku masih ada rumah yang selesa untuk didiami dan masih ada ruang untuk menunaikan solat tanpa gangguan.

Mereka di dalam gambar ini ialah mereka yang bekerja di Singapura.
Dan tiada tempat tinggal untuk tidur mungkin kerana company mereka tidak sediakan penginapan atau mereka sendiri yang tidak mampu untuk membayar segala kos untuk menyewa di Singapura ni.
Selama ini mereka ulang alik dari JB ke Singapura.. Tapi sejak sekatan perjalanan ulangalik ni mereka terpaksa menetap di Singapura dan tiada tempat tinggal.
Ada mulut-mulut yang cakap,
Kalau tak mampu kenapa tak balik..”
Ada jugak yang cakap kalau tak mampu kerja di Malaysia je lah..”
Ada jugak yang cakap..
Merosakkan imej pekerja Malaysia di sana.”
Ye, sebab anda tidak duduk dalam kasut mereka.
Kos sara hidup di Malaysia makin lama makin tinggi.
Mereka terpaksa berkorban apa sahaja demi untuk kelangsungan hidup dan demi keselesaan keluarga mereka di kampung.
Sedangkan ada di antara keluarga mereka yang langsung tidak tahu mereka hanya tidur di kaki lima.
Tidak tahu betapa bebanan yang mereka terpaksa tanggung demi sesuap nasi dan demi keluarga mereka di kampung.

IKLAN

Sewa Katil Di Singapura Boleh Cecah Ribuan Ringgit

Tahukah anda..
Sewa katil di Singapura sekarang boleh dianggarkan bernilai SGD 300-500 1 kepala.
Kenapa saya cakap sewa katil dan bukannya bilik?
Sebab di Singapura ni sewa bilik tinggi harganya.
Kebanyakan bernilai SGD 700-1200 untuk 1 bilik.
Bilik tau..
Bukan rumah..
Kalau 1 rumah boleh jadi $2000-3000
Satu rumah..
Ini harga standard untuk yang terkini..

Saya jugak terpaksa menyewa katil kerana company sudah tidak lagi tanggung penginapan seperti sebelum ini..
Katil yang saya sewa sekarang $400 sebulan.
Bayangkan jika mereka bekerja dan hanya bergaji $800-1000.
Dah tolak duit sewa katil $300
Berapa balance yang tinggal?
Berapa mereka nak hantar ke kampung?
Berapa mereka nak guna untuk perbelanjaan seharian mereka.
Saya anggarkan perbelanjaan untuk makan dan minum seharian di sini ialah sekitar $15 sehari X 30 hari lebih kurang $450 sebulan..
Kemungkinan besar mereka pasti ikat perut semahunya demi memenuhi kehendak dan keperluan keluarga mereka di sana.

Bila Lama Di Atas, Terlupa Orang Yang Di Bawah

Bersyukurlah..
Bersujudlah..
Barangkali kita dah lama sangat di atas.
Sehingga terlupa ada orang lain di bawah kita.
Dan tanpa orang di bawah kita.
Siapalah kita untuk kekal berdiri di atas..
Kereta mewah seperti BMW juga masih memerlukan tayar untuk bergerak.
Masih memerlukan stereng untuk mengawal halatuju.
Masih memerlukan tempat duduk untuk membawa penumpang.
Masih memerlukan enjin untuk menggerakkkan semuanya.
Ini bermakna kehidupan kita saling berkait.
Tanpa orang lain kita juga bukan sesiapa.
Pasaraya yang besar tanpa pelanggan siapalah mereka.
Kedai makan tanpa pengunjung apalah maknanya.
Pengurus kilang tanpa pekerjanya tidak berjalan semua mesinnya.
Pengurus syarikat tanpa orang bawahan dia terpaksa melakukan segalanya.
Menjadi Wakil rakyat tapi tidak berkhidmat untuk rakyat apalah ertinya.
Menjadi seorang guru tanpa murid di dalam kelasnya apalah gunanya.

IKLAN

Sentiasalah Bersyukur..

Beringatlah..
Barangkali kita bernasib baik sekarang ni.
Lain kali belum tentu.
Sentiasalah hulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Mungkin dengan bersujud.
Kita akan sedar yang tangan kaki dan kepala kita semuanya 1 level.
Dan semuanya berfungsi dan ada kepentingan masing-masing.
Tanpa otak kita tidak mampu berfikir.
Tanpa telinga tidak mampu mendengar.
Tanpa hidung kita tidak mampu bernafas.
Tanpa mata tidak mampu melihat.
Tanpa mulut kita tidak mampu bercakap.

Dan beringatlah..
Semua tu hanya pinjaman Allah untuk kita guna.
Sentiasa mengucapkan rasa syukur.
Dengan pemberianNya.

Baca sini : ‘Setiap orang pinggannya lain-lain’ demi rezeki, 6 bulan ayah jauh dari anak-anak

IKLAN

Semoga Pintu Sempadan Malaysia-Singapura Dibuka

Semoga Covid19 ni cepat berakhir dan sempadan Singapura – Malaysia dapat dibuka dengan segera.
Supaya kami semua boleh ulang alik dan lihat keluarga kami di sana.
Saya jugak sudah alami sakit rindu yang mendalam.
Rindu yang tak tertanggung.
Hanya tuhan yang tahu.
Setiap manusia kemahiran mereka tak sama..
Ada yang bijak matematik.. sesuai kerja Cashier atau yang melibatkan kira-kira.
Tapi kalau yang tidak bijak.
Mesti agak stress bila duduk di bahagian Cashier.
Ada yang mempunyai kemahiran bawak lori.
Tapi jika yang tak berkemahiran.
Takkan nak paksa bawak lori jugak.
Ada yang bijak dalam sales dan marketing.
Sesuai untuk kerja jual beli dan promosi.
Tapi bagi yang kurang arif dalam berbual dan tidak biasa berhadapan dengan orang lain.
Takkan nak paksa mereka kerja sebagai Salesman..
Jadi kita tak boleh paksa orang untuk kerja ikut acuan kita.
Komitmen dan kemahuan masing-masing berbeza.
Mungkin mereka selesa kerja di Singapura.. Atau mereka sudah ditakdirkan untuk mencari rezeki di sini..
Allah takdirkan setiap manusia tu berbeza-beza.
Kalau semua jadi doktor.
Siapa nak jadi lawyer.
Akhir kata..
Terima kasih saya dahulukan kepada warga Singapura berbilang bangsa yang banyak membantu rakyat Malaysia yang terkandas di sini sejak 13 March 2020.
Kita bersaudara..

Ini Yang Perlu Dibayar Jika Berhenti Kerja Di Singapura

Jika mereka ingin berhenti kerja di Singapura dan pulang ke Malaysia,
mereka perlu bayar RM2100 untuk kos kuarantin 14 hari di hotel yang ditetapkan kerajaan dan RM180 untuk swab test.
Mungkin sebabtu mereka masih bertahan sehingga sekarang.

*Tukaran mata wang terkini SGD 1 : RM 3.03*

Sumber : Eddie Diena Foto : Gilbert Goh

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI