Tidak dinafikan setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak dan bahagian orang lain yang perlu dikongsi. Ia bukanlah milik kita seorang. Barangkali ia milik mak ayah, adik beradik, orang susah dan golongan yang memerlukan. Jika inginkan keberkatan dalam setiap rezeki yang diperolehi, jangan lokek untuk berkongsi, bahkan pahala tersebut kekal di akhirat nanti.
Malah amalan berkongsi rezeki atau bersedekah merupakan salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya.
عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Maksud hadis :
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
(HR Muslim)
Jemput baca perkongsian oleh Muhammad Hassan ini sebagai renungan buat kita;
Hari jumaat tempoh hari saya kerja separuh hari. Ada pakcik pesakit dialysis nak tumpang balik,kebetulan rumah satu jalan dengan saya.
Dalam perjalanan beliau minta saya berhenti masjid sekejap nak solat dhuha. Dah alang-alang dia solat saya join sekaki.
Masuk masjid ada satu keluarga dalam masjid. 2 orang kanak-kanak main kejar kejar dalam masjid. Dari jauh anak-anak ini datang kat saya dan pakcik dan salam. Bapanya sedang solat dhuha saf pertama.
Ads
Sebelum solat pakcik tu keluarkan duit kertas Rm50 terus bagi kat anak yang paling besar. Terkejut juga saya. Banyak betul pakcik tu bagi.
Berkat Solat Dhuha
Selesai solat baru nak melangkah keluar masjid kami di sapa oleh bapa anak-anak tadi. Tuan terima kasih sedekahkan kami duit. Saya cakap bukan saya bagi,pakcik ni bagi.
Banyak kali dia ucap terima kasih sambil sebak menangis. Saya cakap jangan menangis bang,itu rezeki abang dan anak-anak. Dia terus cakap. Saya dah tak ada duit langsung bang.
Dalam bank pun ada RM30 je tak boleh keluarkan. Saya tak sangka berkat solat dhuha Allah beri rezeki kat saya. Saya dah tak ada kerja bang. dah 2 minggu cari kerja takda. Kedai makan tempat saya kerja sebelum ini dah tutup. Terima kasih pakcik sedekah kami duit.
Pakcik terus pelawa. Jika begitu kerja dengan pakciklah. Hantar dan ambik pakcik di pusat dialysis. Tapi pakcik kereta saya tak ada air cond. Takpa pakai kereta pakcik ada air cond. Jika awak nak kerja hari-hari pun boleh jadi driver pakcik nak?
Ads
Lagi pun pakcik taknak menyusahkan anak-anak,diorang semua kerja pejabat. Jika kamu bersetuju nanti ikut pakcik ke rumah kita bincang pasal gaji.
Tanpa fikir panjang terus abang itu bersetuju dengan sebak, berkali kali dia ucap terima kasih. Paling saya terharu anak-anak beliau terus berlari cakap kat ibu yang menunggu di garaj letak kereta.
Setiap Rezeki Kita, Ada Hak Orang Lain
Dalam kereta pakcik cakap kat saya. Pakcik tak lama dah,esok lusa mungkin akan mati. Kawan-kawan pun semua dah mati. tinggal pakcik je. Dulu hidup banyak lupa tuhan,tak banyak sedekah, jarang solat,hidup hanya untuk kerja, perniagaan. Anak-anak membesar pun tanpa kasih sayang dari pakcik.
Sekarang sebelum mati Allah dah tarik nikmat supaya pakcik ingat dia. Matt kena ingat. Setiap rezeki yang kita dapat itu ada hak orang lain. Kita kena kongsi. Yang kita kongsi itulah akan kekal di akhirat nanti.
Selesai semua.
Ads
Dari Pasir gudang ke pontian tak henti henti saya berfikir apa Allah nak tunjuk kat saya jumaat lepas. Fikir apa nasib abang,isteri dan anak-anak keluarga ini,tak henti henti juga saya doakan moga urusan abang ini dipermudahkan.
Sahabat. Hari ini mungkin kita mampu untuk makan 2-3 kali sehari,mampu untuk ke mana kita nak pergi. Tapi ada ramai insan diluar sana untuk makan sekali sehari pun belum tentu dapat.
“Ya Allah maafkanlah kami banyak lupa tentang insan lain”
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bersyukurlah dengan setiap rezeki yang diperolehi dan berkongsilah dengan orang lain untuk keberkatan serta saham akhirat kita kelak.
Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.
Dalam Dewan Rakyat yang bersidang pagi tadi YB Khairy Jamaluddin(KJ) ada mengusulkan cadangan agar guru pra sekolah dilatih untuk melakukan screening bagi mengesan pelajar yang mempunyai ‘development delay’
Kongsi beliau dalam facebooknya, “Pagi tadi saya mengusulkan cadangan di Dewan Rakyat supaya guru-guru pra sekolah dilatih untuk membuat screening bagi mengesan development delay (autisme, ADHD, dyslexia, dan lain-lain) yang boleh dirujuk ke pakar untuk diagnosis dan intervensi seterusnya. Ramai kanak-kanak tidak menerima diagnosis sehingga terlewat.”
Pix sekadar hiasan / Kredit foto : Sinar Harian
Screening Ini Cumalah Langkah Pertama
Ulas beliau selanjutnya, “Screening boleh dibuat dengan mudah dengan menggunakan senarai checklist yang diberi oleh pakar. Screening hanya langkah pertama sebelum dirujuk kepada doktor pakar untuk diagnosis sebenar.”
Dan apa yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Rembau itu mendapat respons yang positif daripada Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai. Yang mana usul ini dilihat sebagai satu cadangan yang baik untuk diketengahkan di bawah kementeriannya.
“Terima kasih Timbalan Menteri kerana sedia menerima cadangan ini untuk dikaji pelaksanaannya. Saya harap guru-guru taska di bawah Kementerian dan agensi lain seperti KEMAS dan Jabatan Perpaduan juga boleh dilatih bagi tujuan ini.”
Mak Ayah Perlu Kesan Masalah Anak Lebih Awal
Walaupun, secara khususnya ibu bapa lah yang seharusnya mengesan dengan lebih awal anak-anak mereka sama ada mereka ini mempunyai masalah development delay atau sebaliknya. Namun, tidak semua ibu bapa dapat mengesan kepelikan sikap anak mereka.
Ada sesetengahnya terlepas pandang sehingga anak memasuki alam persekolahan. Pastinya, cadangan ini bukan semata-mata mahu membebankan lagi tugasan guru, namun ianya memberi kemahiran baru yang lebih baik kepada guru-guru pra sekolah.
Sakit Lutut, Chef Wan Lakukan Rawatan PRP. Chef Selebriti popular dan bersuara lantang yang juga pemilik nama sebenar Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan telah menjalani prosedur rawatan Plasma Kaya Platelet (PRP).
PRP dilakukan selepas Che Wan mengalami komplikasi di bahagian lutut dan bahu.
Sakit Lutut, Chef Wan Lakukan Rawatan PRP
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Chef Wan memaklumkan prosedur itu dilakukan untuk memudahkan fungsi lututnya supaya dia dapat berjalan seperti biasa.
“Selepas ibu saya selesai menjalani pemeriksaan dan keluar dari hospital, kini giliran saya pula. Ia adalah prosedur kecil dan saya menginap selama dua malam di Hospital Gleneagle.
“Prosedur ini akan membantu kedua-dua lutut saya untuk berfungsi dengan lebih baik ketika saya berjalan.
“Sejak saya berada di Abu Dhabi, saya rasa ada sesuatu yang tak kena dan rasa tak selesa ketika berjalan atau berdiri terlalu lama.
“Dah tua pun. Segalanya dah kering kontang dalam tempurung itu, macam perigi buta! Lagi pula, kita ini kuat merayap. Jadi, kuranglah ‘pelincir’ dia, itu (sebab) dah kehausan,” tulisnya.
Nasihat Doktor
Chef Wan juga memberitahu dia menerima nasihat daripada pakar tulang supaya melakukan prosedur sama untuk bahagian bahunya yang mengalami ‘frozen shoulder’ (sendi bahu membeku).
“Sejak bahu kanan saya juga berada dalam kesakitan setiap kali saya berbaring dan menjadi ‘frozen shoulder’ (sendi bahu membeku), pakar tulang menasihatkan saya untuk melakukan rawatan PRP sekali gus.
“Bukan prosedur yang murah. Tak apa, janji boleh lari macam Tom Hanks dalam filem Forrest Gump,” kongsianya.
Puteri Sarah Mahu Bebas. Selepas melalui pelbagai episod kontroversi mengenai kisah rumah tangga, pagi ini Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk menghadiri prosiding lafaz cerai, hadhanah dan sulh.
Puteri Sarah yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu sewaktu bertemu para media memberitahu dia mahu bebas. Seperti mana luahannya, “Merpati putih yang ingin terbang bebas!”
Puteri Sarah Mahu Bebas
Hadir mengenakan pakaian serba putih, Puteri Sarah menjelaskan warna putih melambangkan kehidupan baru dalam hidupnya.
“Putih lambang untuk memulakan hidup baharu.
“Saya harap, hari ini Syamsul akan lafaz (cerai).
“Saya umpama menghadiri pertunjukan fesyen.
“Ini bukan baju nikah, tapi memang baju baharu..
“Saya rasa kalau asyik berpakaian hitam apabila ke mahkamah, rasa macam sangat murung. Saya tak sedih. Saya gembira nak mulakan hidup baharu.
“Saya rasa, kalau hari ini dia lepaskan, kehidupan saya bermula. Doakan saya sebab saya rasa tak sabar untuk terukan kehidupan,” ungkapnya seperti mana dilaporkan Harian Metro.
Harapan Semuanya Selesai Dengan Mudah
Sarah juga berharap pada hari ini semuanya akan berjalan lancar.
“Harapan saya, semoga semuanya selesai dengan baik dan dipermudahkan. Tak ada gaduh-gaduh lagi sebab banyak kerja tertangguh. Lagipun, bulan depan saya akan ke Jakarta untuk penggambaran. Jadi, kalau boleh saya nak selesaikan cepat.
“Sepanjang seminggu ini, alhamdulillah semuanya tenang. Saya harap, manis itu sampai ke hari ini. Jangan tiba-tiba dia tukar fikiran pula.
“Saya nak kebebasan. Kalau tak dilepaskan, saya akan beritahu sebabnya. Nantikan,” luahnya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...