Air lemon memang sangat popular dari dulu. Bukan untuk melawaskan sistem penghadaman tapi turut membantu dalam menurunkan berat badan.

Sebab itulah, ada orang yang mencuba pelbagai cara untuk turunkan berat badan. Walau bagaimanapun, kalau nak kurus dan nak sihat tak perlu berhabis duit dengan membeli pelbagai jenis suplemen atau ubat kurus. Kalau tak sesuai dengan hormon badan kita, ia bukan boleh kurus tapi bertambah berisi.

Kali ini kita kongsi minuman untuk ‘cuci’ perut yang dilakukan oleh Noriza Rahman. Ringkas sahaja, cuma hanya guna air dan lemon. Siap boleh buat stok dan simpan dalam peti ais lagi.

“Bangun pagi, bancuh segelas air lemon dahulu time perut kosong ni. Bagus untuk ‘cuci’ perut.”

IKLAN

Khasiat Lemon

Lemon adalah salah satu buah sitrus yang paling popular dan serba boleh.

Popularitinya adalah kerana ia menyegarkan rasa dan aromanya banyak digunakan untuk resipi dan minyak wangi.

Selain itu, ia turut dijadikan minuman campuran untuk teh dan jus. Sebab itulah ia dikatakan sebagai superfood yang mengandungi banyak khasiatnya.

IKLAN

Setiap Pagi ‘Cuci’ Perut Dengan Air Lemon. Ubat Popular Turunkan Berat Badan

Antara 15 manfaat jus lemon yang diminum dengan air panas semasa perut kosong seawal pagi seperti yang disenaraikan oleh Pakar Pemakanan di Edison Institute of Nutrition.

IKLAN

1. Sebagai sumber vitamin C yang kaya, jus lemon melindungi tubuh daripada kekurangan sistem imun.
2. Minum jus lemon dengan air suam setiap pagi membantu dalam mengekalkan keseimbangan pH badan.
3. Dengan ciri-ciri antibakteria yang kuat, jus lemon membantu melawan jangkitan.
4. Bertindak sebagai agen detoksifikasi.
5. Membantu menjaga kesihatan pencernaan.
6. Bersama dengan vitamin C, limau juga kaya dengan sumber kalium, kalsium, fosforus, magnesium dan sebagainya.
7. Membantu melawan selesema biasa
8. Jus lemon juga merupakan ubat popular untuk pelbagai jenis masalah kulit dari jerawat, ruam dan kedutan serta blackhead
9. Jus lemon dengan air suam membantu dalam penurunan berat badan yang cepat kerana ia menggalakkan pencernaan dan meningkatkan kadar metabolisme.
10. Jus lemon juga sangat berkesan untuk membersihkan hati kerana ia menggalakkan hati untuk menghilangkan toksin
11. Ciri-ciri anti-radang Lemon membantu dalam memerangi jangkitan saluran pernafasan, sakit tekak dan keradangan tonsil.
12. Jus lemon dengan air suam membantu menjaga hidrasi badan kerana ia memberikan elektrolit kepada badan.
13. Minum jus lemon dengan air suam juga membantu mengurangkan sakit sendi dan otot.
14. Jus lemon dengan air suam juga baik untuk kesihatan pergigian anda kerana ia membantu dengan sakit gigi dan mencegah gingivitis.
15. Jus lemon dengan air suam membantu pencernaan dan dengan itu, membantu mengawal pergerakan usus semula jadi.
Jus lemon juga merupakan cara yang berkesan untuk mengurangkan berat badan kerana ia meningkatkan kadar metabolisme badan.

MW: Nanti bolehlah biasakan diri dengan sediakan jus lemon untuk minum setiap pagi. Boleh rasa perbezaannya.

Selamat mencuba!

Kredit : Noriza Rahman

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI