Tak mudah untuk setiap orang melalui ujian kehidupan dalam pandemik Covid-19 ini. Setiapnya punya cerita berbeza. Ayah ini, Eddie Dienna hampir 6 bulan berjauhan dari anak-anak dan isteri. Demi rezeki, dia perlu terus bekerja di Singapura. Anak-anak dan isteri pula di Malaysia.
Dan kerana Covid-19 juga, dia tak dapat pulang ke tanahair seperti sebelumnya. Apabila PM umumkan lanjutan PKP sehingga Disember ini, kerinduannya pada anak-anak semakin menebal.
Seorang ayah yang baik lagi bertanggungjawab, dia akan rela berkorban untuk keluarganya. Ikat perut pun tak apa, asalkan anak isteri dapat makan kenyang. Jarang sekali dengar ayah merungut. Begitulah..
Baca sini : Pasangan tinggal berasingan, suami jangan ambil mudah bila isteri mampu berdikari.
Melihat kepada perutusan YAB Perdana Menteri.
Dapat saya simpulkan.
Ini bermakna kami semua yg berada di Singapura masih belum boleh balik sehingga bulan 1 tahun depan..
Allahuakbar..
Hanya tuhan yg tahu rasa dalam hati ni rindu yg amat sangat..
Semoga virus ni cepat berakhir.
Hari terakhir tinggalkan anak kembar tahun saya, mereka baru je 3 bulan(18/03/2020)
Masih belum pandai apa-apa..
sekarang dah pandai merangkak dan diri sikit-sikit.
agaknya nanti balik dia dah boleh berlari..
Ada sebab saya tak balik Malaysia lagi.
Bukan saya mengejar wang ringgit.
Tapi ada mulut yang perlu saya suap dan mereka semua perlukan wang yg cukup untuk membesar dengan sempurna.
Ada jugak yang cakap-cakap duit boleh cari.
ye, memang duit boleh cari..
Tapi tak sama nilainya.
Tak sama jumlahnya.
Setiap orang pinggannya lain-lain..
ada yang makan pakai dulang,
ada yang makan pakai pinggan kecik.
ada yang makan pakai periuk.
begitu juga saya.
Komitmen kita semua tak sama.
Kalau saya balik,
kena bayar sendiri kos swab test dan Serve Home Notice di Singapura yang bernilai hampir SGD$2100 (3.04).. Lebih baik duit tu saya salurkan kepada anak-anak.
Lagi pun company saya betul-betul kekurangan staff sebab ramai staff yang di Malaysia masih belum masuk ke Singapura dan Company masih memerlukan khidmat kami di sini.
Ada beberapa kawan saya yang nekad balik sebelum ni semuanya tersadai sekarang ni..
Tiada pekerjaan dan tiada duit.
Takkan saya nak ulang langkah yang sama.
Cuma sebahagian yang bernasib baik mampu survive jika balik ke Malaysia.
Saya tak berani amek risiko.
Harini tuhan uji kekuatan hati, jiwa dan mental saya lagi.
Saya tahu saya mampu.
Tapi sebagai manusia biasa.
Saya tak lari dari perasaan rindu..
Korang semua ada anak kan?
Berapa lama korang boleh berpisah dengan anak korang?
ada yang cakap pergi kerja tak sampai balik kerja dah rindu.. Ada yang on the way pergi kerja je dah rindu. Ada yang ke dapur je pun dah rindu.. macamtu lah perasaan saya..
Dah hampir 6 bulan ni..
Di tambah lagi 3 bulan pulak nak sampai 31 Disember 2020??
Allahuakbar.
berikanlah kekuatan kepada kami kami semua yang masih berjuang untuk keluarga di Singapura ni.
Semalam saya sekali lagi di uji dengan dugaan yang cukup berat.
Saya lihat seorang pakcik lingkungan umur 50an sedang video call dengan anak dia di meja sebelah saya ketika saya sedang makan.
Saya senyum ke arah dia dan dia balas senyuman saya.
Terdengar perbualan dia dengan anaknya kerana meja kami terlalu hampir.
Anak dia desak mintak belikan handphone baru.
Sebab kawan-kawan sekolah dia semua dah pakai handphone baru..
Saya lihat lepas video call tu pakcik tu menangis sambil kesat air mata dia.
Saya beranikan diri tegur pakcik tu.
“Pakcik okay”
Pakcik tu jawab.
“Okay nak”
“Pakcik orang Malaysia Jugak.”
“Haah nak, dah dekat 6 bulan tersadai kat sini”
“Samalah” jawab saya.
“Takde apa, anak pakcik yg perempuan tu. Sibuk nak beli handphone baru ,kesian pulak kalau tak beli sebab dah lama dia teringin..”
Saya cuba tenangkan pakcik tu dengan berkata.
“Kalau bukan untuk kepentingan dia, takpelah pakcik. Nanti-nanti je beli”
Dengan senyuman sinis yang penuh berair mata di kelopak matanya. Dia menjawab.
“Sebagai seorang ayah. macam mana pun pakcik akan usahakan untuk membelikan apa yang termampu untuk anak-anak biar pun pakcik terpaksa tak makan kat sini, Sebab dulu masa pakcik kecik. Semua benda pakcik tak dapat rasa nak beli. Jadi sekarang pakcik usaha untuk memuaskan kehendak semua anak pakcik
Sebabtu pakcik tersadai kat sini.
Demi mereka semua.
Pakcik sanggup makan sekali sehari asalkan segala keperluan cukup pakai dekat sana.”
sambil dia lap air mata yang hampir jatuh dari kelopak matanya.
Saya pulak, sambil tahan air mata yang penuh di mata saya. Saya pun berkata..
”Syukurnya jadi anak-anak pakcik. Semoga mereka semua hargai pengorbanan pakcik kat sini yg hanya makan sekali sehari demi hantar wang ke kampung. Semoga mereka menjadi anak yg berguna dan menghargai segala usaha pakcik.”
“Amiinn”
Saya pun berlalu pergi.
Tak berani duduk lama.
Nanti drama air mata dekat situ.
Harap-harap mereka hargai pengorbanan pakcik tu..
Kepada anak-anak di luar sana.
Janganlah kita desak sesuatu yang di luar kemampuan ayah atau ibu kita.
Terkadang kamu semua tak tahu betapa peritnya pengorbanan yang harus di tempuh demi hendak membesarkan kamu dan melunaskan segala kehendak kamu.
Sumber/Foto : Eddie Dienna