Sesungguhnya setiap manusia ada kisah silamnya, kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita. Sebagaimana kira menjaga aib sendiri, begitulah juga kita menjaga aib orang.
Hati-hati dalam kata-kata dan tindakan, jangan sampai membuka aib orang lain. Bimbang dalam tak sedar membuka aib orang lain, padahal orang itu telah berubah.
Cuba fahami apa yang disampaikan Firdaus Shakirin ini baik-baik:
Setiap Manusia Ada Kisah Silamnya
“Dia tu dulu bercerai sebab sibuk dengan kerja… Sebab itu laki dia tinggalkan dia…”
“Sekarang baru pakai tudung, dulu rambut merah tu…”
“Isteri dia lari bawa anak-anak sebab dia tu hisap dadah…”
Kita, bab bercerita aib orang, atau hendak bercerita keburukan orang, memang nombor 1…
Ringan saja mulut kalau kena dekat orang lain… Cuba kita join perbualan yang menceritakan tentang aib diri sendiri… Agak-agak, apa kita rasa…
Happy?
Ads
Kita Jaga Aib Orang
Setiap manusia ada titik hitamnya… Setiap manusia ada kisah silamnya…
Kita semua pendosa yang ingin ke syurga dan kita tak sempurna maka oleh sebab itulah kita ada buat salah, silap, dosa dalam hidup kita…
Tapi kita tak cerita dekat orang…
Kita tak cakap dekat orang kita pernah lari dari rumah… Kita tak cakap dekat orang yang kita tak penah sembahyang…
Kita simpan elok-elok, kita jaga dengan rapi sebab itu adalah aib kita, dosa kita, kekhilafan kita, kebodohan kita…
Allah Jaga Aib Kita
Sekarang kita sudah berubah…
Kita sudah sedar, kita dah bertaubat, kita sudah tak ulang… Tapi orang yang tahu kisah kita, dia tak macam kita… Bila-bila masa dia boleh keluarkan semula aib-aib kita untuk dijaja dan dicerita…
Ads
Asal ada yang tak kena saja, maka dengarlah nanti aib kita daripada mulut orang-oranh yang tak tahu apa-apa langsung…
Bila orang dengar, bila orang lain tahu, maka sikap mereka, persepsi mereka, pandangan mereka terhadap diri kita akan berubah…
“Ingatkan baik, rupanya tak…”
Dia nilai kita mengikut apa yang sampai ke pengetahuan dia sekarang… Walhal benda itu berlaku dulu, sudah lama…
Dosa Besar Penyebar Aib
5 tahun, 10 tahun lepas telah berlalu… Kita pun dah tak macam itu…
Dosa besar si penyebar aib ni… Dosa besar orang yang tak menyimpan aib orang lain…
Ads
Nanti Allah buka aib dia, tunjuk pada semua orang… maka masa tu baru dia tahu yang aib dia sebenarnya lebih besar dan banyak daripada aib orang yang dijajanya…
Kesan terhadap kehidupan dia lebih teruk dan dahsyat daripada kehidupan orang dijajanya…
Sebagaimana kita simpan aib sendiri, simpanlah juga aib orang lain…
Mingguan Wanita : Sebaiknya, hati-hati dalam berbicara apatah lagi perihal orang lain. Beringatlah bahawa penyebar aib berdosa besar. Tapi aib dan jenayah itu berbeza iya.
Isteri Suri Rumah Tak Menyumbang Apa-Apa Kekayaan, 20 Tahun Berkahwin Suami Rahsiakan Status Jutawan! Apabila berkahwin, pasangan suami isteri berkongsi segalanya. Perlu ada kepercayaan dalam urusan rumahtangga, harta benda dan kekayaan pula tak perlulah dirahsiakan daripada pasangan.
Gara-gara risau harta dituntut jika berlakunya perceraian, seorang suami sanggup ‘merahsiakan’ statusnya yang jutawan dan kaya raya daripada pengetahuan isteri selama 20 tahun lamanya setelah hidup bersama.Lebih-lebih lagi apabila merasakan isterinya yang hanya surirumah tak layak ‘berkongsi’ harta kerana tidak menyumbang apa-apa dalam rumahtangga.
Elak Tuntutan Penyelesaian Penceraian
Seorang wanita di Shanghai mendapati bekas suaminya seorang jutawan yang menyembunyikan harta berjumlah 100 juta yuan (RM64 juta) selama 20 tahun untuk mengelak daripada tuntutan penyelesaian perceraian, lapor portal berita VN Express hari ini.
Wanita yang dikenali dengan nama samaran Yu Hong itu berkata, dia terkejut selepas dimaklumkan oleh mahkamah bahawa bekas suaminya memiliki 18 hartanah komersial dan secara rahsia ialah seorang jutawan, demikian menurut akhbar South China Morning Post.
Sepanjang 20 tahun mereka berkahwin, dia menjadi suri rumah sepenuh masa, manakala bekas suaminya yang memiliki nama keluarga Qin itu terlibat dalam aktiviti perniagaan.
Mahkamah pada mulanya menolak permohonan cerai Hong. Apabila Hong meminta cerai buat kali kedua enam bulan selepas permohonan pertamanya, dia membongkar rahsia bekas suaminya dan mahkamah membenarkan perceraian mereka.
Serah Harta Pada Anak Perempuan
Semasa proses perceraian mereka, Qin telah menyerahkan semua asetnya kepada seorang anak perempuan hasil perkahwinannya yang terdahulu. Ia bertujuan untuk menyembunyikannya daripada Hong.
Di mahkamah, Qin berkata, dia berbuat demikian kerana Hong tidak menyumbang apa-apa kepada kekayaannya.
Pulang Semula Aset
Menjawab hujah itu, mahkamah memutuskan pemberian harta oleh jutawan tersebut kepada anak perempuannya adalah tidak sah. Pihak mahkamah mengarahkan anak lelaki itu memulangkan aset tersebut kepada Qin.
Ini adalah supaya ia akan dapat dikongsi dengan Hong kerana haknya di sisi undang-undang demi kebahagiaan bersama.
Mingguan Wanita:Bab harta benda ni tak perlulah nak berkira dan nak sembunyikan daripada isteri. Satu penghinaan juga apabila suami yang menganggap isteri suri rumah dan tidak bekerja tidak menyumbang kepada kekayaan dan ekonomi keluarga.
Limau nipis bukan saja digunakan untuk menyedapkan makanan tertentu. Tapi boleh juga untuk dijadikan bahan dalam mandian alternatif bagi membuang angin-angin dalam badan.
Jangan terkejut, limau nipis ini kalau disapukan pada badan yang luka mahunya mengelupur badan dengan rasa pedihnya. Sebab itu, ada juga yang digunakan untuk rawatan alternatif tertentu.
Bagi anda yang mengalami masalah lengih badan atau banyak angin boleh cuba gunakan mandian alternatif dengan menggunakan bahan-bahan yang disyorkan ini.
Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin turut memberi saranan dan panduan untuk anda yang mengalami masalah tertentu untuk mandi dengan menggunakan bahan ini. Ada caranya juga dan selitkan bacaan ayat Al Quran.
Bila badan penuh angin, rasa bisa, beginilah cara saya menghilangkan bisa dalam badan, lenguh sendi, sakit belakang, sakit kepala, susah tidur malam dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan gangguan makhluk halus.
Caranya mudah sahaja.
1. Beli 1 pek ais dan masukkan ke dalam baldi. Campurkan air sedikit demi sedikit dalam baldi tersebut.
2. Perahkan limau nipis atau limau purut dalam 4-5 biji dalam baldi. Sebelum mandi, baca:
a) 3 kali al Fatihah b) 3 kali al Ikhlas c) 3 kali selawat
3. Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu. Selesai baca, barulah mandi. Sebaiknya guna iar ini untuk bilasan terakhir.
4. Mandi dulu dengan air biasa dan barulah mandi air limau ini.
Selesai baca di atas, mula mandi dari kepala, lebih kan siram di belakang tengkuk dan bahu.
Sekiranya anda ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk anda..Badan, kepala akan menjadi ringan.
Sekiranya anda sedawa @ muntah selepas mandi, dinasihatkan untuk dapatkan rawatan Islam berhampiran.
Mandian ini hanya alternatif dalam merawat pesakit, buang angin bisa dalam badan. Di sarankan mandi sebaiknya waktu selepas Subuh dan selepas Maghrib.
Dengan izin Allah, insya Allah sembuh.
Mingguan Wanita : Salah satu alternatif untuk anda lakukan terutamanya yang ada masalah seperti ini. Kita sekadar berusaha.
Sebenarnya nak buat hasil goreng celup tepung yang rangup ini terpulang pada cara masakan seseorang, lain orang tipnya. Tetapi bukan senang nak mendapatkan bancuhan goreng celp tepung yang betul-betul melekat dan rangup walau dah sejuk.
Haaa… kena lah betulkan bahan-bahan yang dimasukkan dulu, barulah hasil gorengan celup tepung tadi jadinya macam yang orang jual di kedai. Nah, sila lah godek petua daripada seorang wanita yang selalu buat goreng-goreng celup tepung ni.
Rahsia Buat Goreng Celup Tepung
Kali ni Puan Achik Ita Jsd Kelantan nak bercerita pasal celup tepung. Part paling penting ialah bahan-bahan kena betul tau.
Pertama sekali tepung kena yang terbaik untuk goreng celup tepung bagi yang gemar makan cicah habuk halus banyak krup krap. Ini taste bukan goreng ala-ala KL yang tak ada habuk (serdak) tu ya.
Tepung beras? Tahu tak tepung beras ada banyak jenis dan fungsinya. Kat edai ada jual banyak cap kan, mana satu nk pilih? Ke pakai hentam je?
Ehhh… jangan. Nanti tak menjadi salahkan si pemberi resepi, padahal bahan yang tak kena.
Apa ilmu yang dapat sejak menuntut secara lisan dengan bonda, tepung terbaik untuk pisang, ikan, sotong dan udang ialah tepung beras cap 3 teratai (macam di gambar 1st). Untuk rapuh, rangup, berabuk banyak. Kalau silap tepung, ada yang jd tebal, tak berabuk halus dan lemau bila sejuk sebab fungsi pun berbeza kan.
Bahan-bahan:
500g tepung beras (kurang pun tak apa)
1bj telur
1sk garam
2-3sb gula
1sk serbuk kunyit
Secubit kapur makan
Cara Buat:
Bancuh semua dengan air biasa je agak-agak color peach gitu. Part ni ada yang kata guna ais tapi silap percaturan nanti tak pasal-pasal adunan makin cair. Ingat ais mencair bukan beku dalam tu. Tak payah guna ais pun memang rangup sangat-sangat berhabuk banyak tau.
Jadi bila semua bahan-bahan dah betul, next check pula cara-cara membuatnya. Adunan jangan pekat sangat, jangan cair sangat.
-Minyak wajib banyak, jangan kedekut(deep fried)
-Api wajib api besar (slow-slow kena tinggal)
-Jangan selam lama bahan untuk celup tepung. Nanti adunan mudah pekat
-Jangan simpan lama dalam peti adunan tu, nk repeat guna wajib bancuh lah sikit then campur dulu dengan yang sebelum tu
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!