Setiap Kita Diberi Ujian Hidup Berbeza, Sentiasalah Bersangka Baik

Share

Setiap daripada kita mempunyai jalan cerita yang berbeza. Semuanya telah ditentukan olehNya. Ada yang bahagia, ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang kaya dan ada yang miskin. Semua itu telah diatur olehnya sebaik mungkin.

Inilah yang dikatakan ujian hidup. Namun, jangan sesekali menyesali apa yang telah berlaku. Ada kemanisan yang menanti bagi kita yang sabar. Mungkin cepat atau lambat sahaja.

Ujian hidup yang ditarrifkan oleh Isma Addi Jumbri dalam perkongsiannya.

1. Ada yang diuji dengan pasangan, hingga tak mahu lagi teruskan hubungan.
2. Ada yang diuji dengan kesihatan, hingga tak sanggup lagi rasai kesakitan.
3. Ada yang diuji dengan kematian, hingga kini tak hilang kerinduan.
4. Ada yang diuji dengan beban kewangan, hingga terasa beban uruskan tanggungan.
5. Ada yang diuji dengan kesusahan, hingga putus harap pada Tuhan.
6. Ada yang diuji hilang punca pendapatan, hingga tak sanggup hadapi kesempitan.
7. Ada yang diuji dengan perasaan, hingga tak sedar hadapi tekanan.
8. Ada yang diuji dengan kewangan, hingga tidur malam diselimuti kerunsingan.
9. Ada yang diuji dengan kesenangan, hingga terasa perit segala kenangan.
10. Ada yang diuji dengan kehidupan, hingga tak fikirkan lagi masa hadapan.
11. Wahai kawan setiap orang hadapi pelbagai ujian dan rintangan, putus harap pada Tuhan sesekali jangan.
12. Berat dan susah mana kita ditimpa dugaan, percayalah masih ramai lagi hadapi beratnya ujian.

Apa pun yang berlaku, jangan sesekali kita pernah tinggalkan perkara ini iaitu sedekah walau sempit, senyum walau sedih dan sentiasalah bersangka baik pada Allah walau dalam kesulitan.

MW: Kita didatangkan hujan lebat dan ribut petir kerana Dia ingin memberikan pelangi untuk kita. Jadi, jangan bersedih, terimalah dengan penuh kekuatan dan keredaan.

Sumber: Isma Addi Jumbri

Published by
Nora