
Setiap kali diuji, jangan mengeluh dan belajarlah untuk redha dengan takdir Allah, semua yang berlaku adalah aturan-Nya. Memang tak dinafikan sebagai hamba-Nya kita berasa lemah bila diuji apatah lagi apa yang berlaku dalam hidup kita tak seperti yang kita mahukan.
Namun percayalah apa yang berlaku, adalah atas kehendak Allah dan hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik buat mak, ayah. Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan hadam baik-baik ya:
Setiap Kali Diuji, Belajarlah Redha Dengan Takdir
Adakalanya, dalam hidup ini, kita bukan hidup atas kemahuan kita.
Tapi kita kena hidup atas kehendak Allah.
Dengan siapa kita hidup, dengan siapa kita berkawan, dengan siapa kita kena dengar cakap, dengan siapa kita berkahwin.
Adakalanya kita diletakkan dalam situasi yang kita kena hidup dan bertemu dengan orang-orang tertentu. Yang kalau kita tak nak sekali pun, dunia ini membawa kita ke arah hidup yang begitu.
Itu maksudnya Tuhan lah yang berkehendak kita ke arah itu.
Baca Juga Di sini:
Semua Yang Berlaku Adalah Aturan-Nya
Maka kita kena perlahan-lahan terima dan sedar. Waktu itu, bukan lagi kita berjalan atas kehendak kita, tapi atas jalan yang Tuhan sudah susun.
Belajar menerima. Belajar untuk kita akui yang kita cuma hamba. Kita bukan tuhan yang boleh pastikan semua benda yang kita nak berlaku.
Tidak, tidak begitu.
Kalian yang sekarang ini baru sedar, rupanya hidup ini bukan seperti yang kalian mahukan. Cubalah melihat pada satu arah yang lain.
Kebaikan Takdir Allah
Arah yang buatkan kalian bertanya pada diri sendiri;
“Apa kebaikan yang Tuhan mahukan daripada diri aku dengan semua yang Tuhan takdirkan ni?”
Iya, tukarkan arah kalian untuk tumpu cuma kepada kebaikan yang Tuhan nak hadiahkan. Bukan ujian yang Tuhan sedang berikan.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Selamat berjuang buat jiwa yang sedang diuji.
MW: Biarpun payah, belajarlah untuk melepaskan dan redha. Insyallah redha dengan Ketentuan Allah akan membuatkan hidup mak, ayah lebih tenang. Insyallah.
Sumber: Ustaz Firdaus Mokhtar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI