Bapa ini, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24 menjawab pertanyaan orang yang tentang Ainul Mardhiah sewaktu bayinya itu masih diuji ketumbuhan pada lidahnya. Adakah dia mendedahkan Ainul kepada umum atau sebaliknya.
Akui bapa ini. ‘Kadangkala dia bawa juga Ainul keluar.’ Cuma dengan kondisi yang terlindung agar tak dapat terlihat oleh umum. Ujian Safiuddin dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 23 tak sedikit.
Saat hati terlalu rapuh dan berputus asa, pernah bapa ini mendoakan yang bukan-bukan untuk anaknya. Namun, kuasa viral mendedahkan juga ketumbuhan yang dialami Ainul Mardhiah, bayi usia 8 bulan itu kepada orang ramai. Dan kesannya luar biasa hebat.
Orang tanya dulu masa ainul ada ketumbuhan tu, duduk rumah je ke?.
Jawapan : Tak pun. Kadang-kadang keluar juga. Selalunya ainul ikut walid pergi kedai. Jaga ainul di kedai. .
Selalunya kalau bawak ainul keluar, dia akan ditutup macam dalam gambar ni. Ya. Memang kami tutup sebab tak nak bagi orang nampak.
Bukan sebab malu, tapi sebab tak nak nanti orang sedih bila tengok ainul and takut orang ramai nak tengok dia.
Kalau boleh dulu, memang tak nak cerita pada sesiapa pun pasal ainul ni terutama pada umum. Sebab pada ketika itu, walaupun kami rasa ujian ini terlalu berat, tapi kami berjaya pujuk hati kami bahawa ada orang lagi berat ujian mereka.
Kedua, kami tak mahu ainul viral. Kalau ikutkan, kami boleh je ambil kesempatan viralkan ainul ni. Tak perlu tunggu ketumbuhan tu besar untuk raih simpati.
Tapi saya rasa serba salah ketika itu sebab saya bekerja dan mempunyai pendapatan yang tak sedikit dan tak banyak. Setakat mahu ulang-alik hospital dan biaya perubatan ainul, alhamdulillah saya mampu ketika itu walaupun kadang-kadang bisnes tak ok. .
Alhamdulillah, Allah cukupkan rezeki kami sekeluarga.
Tapi kami selalu doa supaya Allah bukakan jalan dan permudahkan urusan kami.
Akhirnya, kisah ainul di viralkan oleh orang lain. Dan kesan daripada itu, Ainul sihat dan ceria pada hari ini.
Dulu, kami hampir berputus asa sehingga doa yang ” bukan bukan ” kepada Ainul.
Then bila fikir-fikirkan balik, selagi nyawa masih dikandung badan, jangan sesekali menyerah kalah. Hanya mati sahaja tiada ubatnya. Selagi badan masib bernyawa walaupun sakit, tetap ada ubatnya. .
Jangan putus asa.
Allah swt ini sangat ajaib. Pada waktu kita rasa kita dah tak mampu nak berbuat apa apa setelah berusaha, maka kena akur bahawa Allah swt itu memiliki segalanya. Minta pada DIA.
Percaya lah, DIA lebih tahu apa yang tidak kita tahu.
Ilmu dan fikiran kita terbatas, tetapi tidak bagi Allah SWT
Akhir sekali, kuat lah kita dalam apa jua cabaran yang kita sedang atau bakal lalui, DOA dan JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA!
MW : Buat mak ayah yang diuji anak sakit di luar sana. Ambil lah inspirasi dari kisah ibu bapa Ainul ini. Semoga urusan mak ayah dipermudahkanNya juga nanti.
Sumber/Foto : Ahmad Safiuddin