Benar, sebagai mak ayah bukan mudah mahu menghalang kemasukan fitnah akhir zaman ke dalam rumah sendiri. Kadangkala tanpa sedar pun, mak ayah terleka dengan smartphone di tangan. Itulah antara tanda-tandanya. Bentengi hati daripada fitnah akhir zaman dengan surah Al Kahfi.
Perkongsian daripada Ainizal Abdul Latifyang menunjukkan panduan bagaimana mahu mengawal hati anak-anak daripada tergelincir dengan kehadiran fitnah akhir zaman.
“Sedang menguji susunan dan ayat hafalan Rizqy anak Autisme saya, pada 10 ayat surah Al Kahfi” Tulisnya ketika menerangkan video ujian hafalan anaknya.
Ads
Perangkap 5S
Perjalanan homeschooling pada setiap hari jumaat di mulakan dengan ulangan bacaan, kefahaman melalui terjemahan, dan tadabbur surah Al Kahfi.
Mereka perlu difahamkan tentang akan hadirnya fitnah akhir zaman dan dajjal. Merekalah anak-anak kita yang jika di izin Allah adalah generasi yang akan melalui zaman tersebut dengan dasyat.
Kita tidak mampu menghalang keluarnya fitnah akhir zaman, namun kita sudah di peringatkan berkali-kali oleh baginda rasulullah melalui hadith sahih tentang bagaimana mahu menghalang fitnah tersebut daripada masuk ke dalam rumah.
Sungguh, jika ditadabbur barulah kita akan tahu dan faham apa kaitan surah Al Kahfi ini dengan fitnah akhir zaman dan kehadiran dajjal. Bagaimana pemuda-pemuda gua itu Allah selamatkan daripada kekufuran, begitulah kita mohon di selamatkan Allah dari fitnah ini kepada keluarga kita.
Ads
Benteng Surah Al Kahfi
Saya pernah mendengar satu ceramah (maaf lupa siapa penyampai), yang memberitahu, jika kita perhatikan, strategi fitnah akhir zaman sebenarnya telah di rancangkan melalui perangkap 5S iaitu:
1) Smoke : Rokok dan ketagihan.
2) Sport : Sukan-sukan yang banyak dipertandingkan.
3) Screen : Game, video dan filem yang tidak ditapis.
4) Song : Lagu dan hiburan yang melalaikan.
5) Sex : Eksploitasi aurat wanita dan filem porno.
Hari ini, tanpa kita sedar, semua itu sudah berjaya masuk ke dalam rumah-rumah kita, tanpa kita dan anak-anak keluar rumah mencarinya. Mereka boleh dapat semua maklumat berkaitannya di hujung jari iaitu hanya melalui gadget.
Saya sendiri mengakui tidak mampu untuk menghalang 100% perangkap ini masuk ke dalam rumah. Allahuakbar, satu dua terlepas juga di sebabkan gadget sudah menjadi keperluan untuk melakukan kerja dan komunikasi pada hari ini.
Ads
Moga Selamat Dari Seburuk-buruk Fitnah
Dalam keadaan kita tidak mampu menghalang ia masuk ke dalam rumah, siapalah yang mampu untuk menjaga kita dan mereka kalau bukan Allah, melalui amalan yang ditunjuk ajar oleh nabi.
Moga kita dan keluarga sentiasa mendapat bantuan, hidayah dan ihsan daripada Allah dalam menjaga dan memperbaiki iman supaya terselamat dari seburuk-buruk fitnah, iaitu fitnah akhir zaman.
Zaman sekarang tak kiralah anak lelaki ke perempuan, dua-dua sama peranannya ke dapur. Jadi anak lelaki mesti diajar ke dapur, bukan hanya tunggu makanan sampai ke riba. Takut besar nanti jadi raja dalam rumah tangga.
Tiada lagi alasan anak perempuan sahaja kena belajar masak, uruskan rumah tangga sebab suatu hari nanti bergelar isteri. Tanggungjawab ke dapur telah menjadi taggungjawab bersama tidak kiralah anak lelaki atau perempuan.
Dua-dua perlu ada kemahiran di dapur supaya tidak kelaparan bila ditinggalkan seorang diri kelak. Betul tak? Ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif dan fahami sebaiknya mak,ayah.
Anak lelaki mesti diajar masuk ke dapur
Tempat anak lelaki bukan di depan TV, main PS4 dan menunggu makanan sampai ke riba sahaja. Itu adalah tanda anak sudah mula nak jadi “raja” dalam rumah tangga
Tempat anak lelaki bukan bertukang semata-mata kerana memasak dan mengurus dapur juga adalah kemahiran dan Life Skills yang perlu dikuasai oleh semua orang tanpa mengira jantina.
Bila Selalu Ke Dapur Baru Faham “Renyahnya”
Anak lelaki yang selalu masuk dapur akan membesar menjadi anak yang lebih bertimbangrasa dengan pengorbanan ibu dan bakal isterinya kerana mereka tahu betapa renyahnya menguruskan makanan harian sekeluarga.
Anak lelaki yang selalu masuk dapur akan membesar menjadi suami yang cekap menguruskan keluarga ketika isteri sedang berpantang.
Barulah tidak timbul isu lelaki memaksa isteri memasak dan menguruskan dapur ketika mereka masih dalam fasa berpantang.
Anak Lelaki Belajar Tanggungjawab Bila Kerap Di Dapur
Anak lelaki yang selalu ke dapur akan membuatkan mereka ada Sense of Responsibility. Mereka akan lebih bertanggungjawab dan tidak bersifat suka lepas tangan.
Anak lelaki yang selalu ke dapur tidak akan sesekali bertukar menjadi pondan kerana tidak ada satu kajian sahih pun menujukkan lelaki yang selalu ke dapur akan bertukar pondan.
Malah lelaki yang pandai mengurus dapurlah yang sepatutnya diangkat menjadi ketua keluarga yang mithali dan penyayang kepada ahli keluarganya sendiri.
MW: Anak lelaki atau anak perempuan perlu dilayan sama rata, tidak perlu dibeza-bezakan. Barulah anak-anak membesar dengan pelbagai kemahiran dalam diri termasuklah skil memasak dan uruskan rumah.
Berita penting buat mak ayah yang sedang berkira-kira untuk menamakan anak yang baru lahir pastikan nama tersebut tidak terlalu panjang berjela-jela.
Pastikan ia tidak lebih 80 aksara, itulah panjang maksimum yang dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada ibu bapa yang hendak mendaftarkan nama anak yang baru dilahirkan.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jasri Kasim berkata selain tidak boleh memberi nama terlalu panjang, ibu bapa juga tidak digalakkan meletakkan nama-nama yang membawa maksud tidak baik.
Tidak Benarkan Nama Singkatan
Nama-nama singkatan seperti ‘Abd’ juga tidak dibenarkan dan mesti dieja penuh ‘Abdul’ atau ‘Mohd’ mesti dieja ‘Mohamad’, katanya kepada pemberita pada program Kembara Mobile JPN di sini hari ini.
“Mengikut rekod kita, nama terpanjang pada masa ini ialah 78 aksara sebanyak empat patah perkataan,” katanya.
Pada majlis itu, Jasri menyerahkan Sijil Kewarganegaraan Malaysia kepada Muniroh Tehpooyoo, 35, berketurunan Thai, isteri kepada penjawat awam Mohd Fauzi Ku Abdullah, 38, di Kampung Behor Mali, Simpang Empat.
Muniroh yang memegang visa belajar semasa menuntut di sebuah sekolah agama di sini pada 1996 dan berkahwin dengan suaminya sekarang pada 2003, mendapat status Penduduk Tetap (PR) selepas enam tahun berkahwin dan memohon taraf warganegara dua tahun lepas.
“Saya sangat bersyukur menerima Sijil Kewarganegaraan yang membolehkan saya memohon MyKad. Saya juga amat berterima kasih di atas perkhidmatan JPN yang amat baik dan lancar,” kata Muniroh.
Para pegawai JPN itu kemudian singgah di rumah warga emas Fatimah Said, 82, di Bumbung Lima, Tok Naya, Arau, untuk memproses penukaran kad pengenalan lama beliau kepada MyKad.
Jasri berkata Kembara Mobile JPN adalah inisiatif jabatan itu dengan memfokuskan golongan yang memerlukan seperti warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), pesakit terlantar dan pesakit mental.
Jadi buat mak ayah tengah pilih nama untuk anak-anak tu, pastikan ikut garis panduan yang diberikan oleh pihak Jabatan Pendaftara Negara (JPN) ini. Tak perlulah nama yang panjang-panjang yang paling penting mempunyai maksud yang baik. Kerana nama panggilan juga merupakan satu doa buat anak.
Biasanya kaum perempuan kalau dia dah kahwin dan ada anak-anak kepalanya langsung tak fikir benda lain. Asyik-asyik suami! Pendek kata, segala-galanya yang dia rasa dan lalui setiap hari kalau boleh nak kongsi dengan suaminya.
Sebab itulah dia pantang kalau suami ada di rumah tapi mata dan tangan asyik pegang phone. Sampai satu tahap dia boleh rasa ‘dimadukan’ dengan gajet! Samalah dengan kes saudara Amir Syahir ini, baru dia faham dan selami kenapa perempuan suka sangat meluah. Nak tahu lebih dekat, jemput baca perkongsian lelaki berstatus suami ini…
Dulu aku macam tak kisah sangat bila isteri aku mengadu itu ini sebab aku rasa perkara kecil macam tu pun nak mengadu. Lama-lama baru aku faham. Isteri ni memang suka mengadu dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara. Kalau kita tak beri perhatian, dia akan cari medium lain untuk meluahkan perasaan.
Lagi bahaya kalau dia cerita kat media sosial. Habis satu dunia tahu perangai kau. Habis satu dunia tahu masalah kau. Siapa yang malu? Kau nak marah isteri pun tak boleh jugak. Sebab silap kau sendiri yang taknak dengar luahan hati isteri.
Tak mustahil jika kau terlalu sibuk untuk dia, akan ada orang lain yang sanggup luang masa untuk isteri kau nanti. Kalau sayang, luang masa. Jangan duk cipta alasan.
Macam isteri aku dia suka cerita pasal anak-anak murid dia. Kadang-kadang pasal isu hot kat sekolah. Hari-hari ada je la cerita. Melalui penceritaan dia sedikit sebanyak aku dapat memahami anak-anak istimewa dan bidang pendidikan ni.
Perempuan ni bila dah kahwin, dunianya adalah suaminya, anak-anak dan keluarganya. Dah kurang masa dengan kawan-kawan. Aku tengok isteri aku pun, kalau kawan nak ajak makan lepas sekolah memang dia tak pergi. Sebab dalam kepalanya fikir nak ambil anak dan pergi makan dengan suami. Itu lebih penting buatnya.
Sebab tu lah, suami adalah sahabat baik, sahabat susah senang. Dengan cara mengadu, bercerita itu ini dapat membuatkan dia bahagia dan senang hati. Apa salahnya luangkan sedikit masa dengar apa isteri nak cakap. Simpan sekejap telefon tu. Bukan dia minta duit seribu pun.
Sekalipun kau baru balik kerja dan penat, jangan sesekali hampakan keluhan hatinya. Kau tak tahu yang dia lagi penat. Mana dengan kerja, uruskan hal anak-anak dan rumah tangga. Apa salahnya beri dia sedikit masa kau dan pinjamkan sekejap telinga kau.
Suami yang baik adalah suami yang dapat menjadi seorang pendengar yang baik. Kerana bukan senang nak jadi seorang pendengar yang baik. Jangan manjang kau duk main telefon je!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.