Setiap Ibu Bersalin Ada Ujian, Cabaran Berbeza, PENAT Tapi Tak Pernah Serik, HEBAT!

Share

Seronoknya bila tengok ada perempuan yang bergelar isteri hamil. Terus rasa diri pun ingin mengandung juga. Tapi bila memikirkan tempoh mengandung dan ibu bersalin itu sangat memeritkan, terus niat itu terbatal.

Begitulah, setiap wanita yang mengandungi tidak semua sama. Ada yang sepanjang tempoh mengandung langsung tidak mengalami alahan. Tapi bila ibu bersalin, dugaannya lain pula. Ada juga yang masa mengandung alami alahan yang macam-macam tapi senang pula bersalin.

Cuma apa yang boleh dikatakan, setiap ibu bersalin ada ujian dan cabaran masing-masing. Mungkin ada yang senang dan ada susah. Namun, sepanjang tempoh berpantang itu, mesti ada cabaran yang dilalui oleh setiap ibu.

Inilah yang dikongsikan oleh Insyirah Soleha tentang cabaran yang dilalui oleh seorang isteri semasa berpantang. Setiap isteri yang bersalin ada cabaran tersendiri.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Kita Layan IBU, Begitulah LAYANAN Anak Pada Kita Nanti, Jagalah Hatinya!

Ibu Bersalin Ibarat Nak Berperang, Pergi Sihat, Balik Belum Tentu Bernyawa

Info Lebih Menarik DI SINI

Ibu Bersalin, Berpantang Dengan Selesa

Berpantang adalah PROSES PENYEMBUHAN selepas 9 bulan mengandung. Tempoh inilah isteri kena berpantang dalam keadaan selesa.

Selesa di sini bukan bermaksud mewah tapi fizikal dan emosi terjaga lebih lagi kalau anak sulung banyak perkara baru yang nak kena hadapi.

Cabaran ibu lepas bersalin:

1. Baby kuning, ibu restless ulang alik ke klinik untuk ambil darah baby. PERLU SUPPORT SYSTEM.
2. Bayi berjaga malam, kebiasaannya bayi berjaga malam dan tidur siang. Jadi waktu siang ibu kena tidur bila bayi tidur tapi kalau bayi tidur, ibu nak kena masak, nak kena urus diri sendiri, ibu makin penat dan stres. PERLU SUPPORT SYSTEM.
3. Bengkak susu, ada ibu yang sehingga demam kalau tidak dijaga dengan baik. Ada yang cukup dengan makan panadol untuk melegakan sakit, petua tuam dengan tuala suam – ais untuk redakan bengkak, ada yang berurut dan sebagainya. PERLU SUPPORT SYSTEM.
4. Sakit badan, selepas 9 bulan hamil dengan sakit betis, sakit belakang, sakit segenap inci tubuh, melalui proses bersalin. Wahnan ala wahnin, kelemahan demi kelemahan. Kesusahan demi kesusahan, maka selepas bersalin perlu waktu untuk sembuh. PERLU SUPPORT SYSTEM.
5. Rengat, rahim mengecut semasa bayi menyusu. Setiap kali bayi menyusu, semakin rasa sakit kerana rahim sedang mengecut. Ada ibu sampai menangis kerana tak tahan sakit, bahkan makan ubat tahan sakit tak mengurangkan rasa sakit. PERLU SUPPORT SYSTEM.
6. Ngempeng. Bayi suka melekat dengan ibu dan selesa bila ngempeng.
7. Ada anak lain, sangat perlu untuk menenangkan ibu yang baru bersalin. Selain menjaga emosi ibu, emosi anak yang baru mendapat adik juga terganggu. Cakaplah yang baik dan elakkan mengusik dengan perkataan yang melukakan, mereka kecil tapi ada perasaan.

Hebatnya Allah
1. Cipta para ibu, selepas melihat bayi terus merasa jatuh cinta! Subhanallah.
2. Rahim mengecut bila bayi minum susu ibu.
3. Nngempeng tu proses merangsang penghasilan susu ibu.

Makin lama ibu bonding dengan bayi, ibu akan jadi tenang dan memudahkan kelangsungan proses penyusuan. Kesemua proses ini sangat memerlukan SUPPORT SYSTEM dari sekeliling, tak kisahlah pasangan atau confinement lady atau ibu yang menemani.

Asal sahaja seorang ibu yang baru melahirkan selesa, dibantu untuk mengurus diri dan bayi, ia mengurangkan ibu menghadapi postpartum depression atau meroyan.

Tolong.
Elak membandingkan kondisi ibu lain yang ‘gagah’ berdikari tanpa bantuan dengan isteri yang mohon pertolongan dari pasangan atau orang yang mampu membantu mengharungi proses penyembuhan selepas melalui fasa kehamilan dan bersalin, setiap individu sangat berbeza ujian dan cabarannya.

Rancang kehidupan untuk ambil peperiksaan juga kita bersiap bertahun untuk score dan buat yang terbaik.

Maka, persiapan menyambut anak juga perlu dirancang; fizikal, emosi dan juga kewangan.

“Usah beritahu seorang ibu bahawa dia penat, kerana dia sudah tahu. Beritahu bahawa dia hebat, kerana tak semua ibu merasa dirinya hebat.”

MW: Tahniah buat mak-mak yang hebat. Sakit macam mana sekali pun tak pernah serik.

Ummu Amir,
Be kind. Always.

Sumber: Insyirah Soleha

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora