Setiap Hari Rita Rudaini Mengaji Online, Selama 30 Minit Dengan Anak-anak

Sepanjang Ramadan ini, pelakon popular Rita Rudaini isi masa mengaji Al-Quran. Secara online dengan anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Selama setengah jam setiap hari.

Bagus sungguh cara didikan Rita ini, walaupun berada dalam tempoh kawalan pergerakan. Rita masih ada cara alternatif yang baik untuk diisi oleh anak-anaknya.

Tapi, mengaji Al-Quran ini pun perlu ada guru yang membimbing, agar bacaannya betul tajwidnya. Sekarang ini lebih mudah, kerana ada guru online yang boleh memberi bimbingan walaupun tidak perlu bersemuka.

Setiap Hari Rita Rudaini Mengaji Online, Selama 30 Minit Dengan Anak-anak

IKLAN

Bak kata Rita, “Setiap hari 1/2 jam ngaji online dengan ustaz @hjzalie ….bila ada masa terluang, tambah-tambah bulan puasa ni kul 5 petang baru sibuk di dapur kan…. apa kata kita perbetulkan bacaan dengan orang yang lebih bertauliah….lepas ni bila baca surah apa pon dah confident.

Nasihat ulama terkenal, Allahyarham Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz yang menyarankan umat Islam supaya mengambil inisiatif mempelajari tajwid bukan sahaja menjaga kemuliaan al-Quran, tapi mengelakkan daripada dosa kerana sengaja mengabai, melanggar dan meninggalkan kaedah membaca dengan betul.

Zaman sekarang ni senang, tak yah kayuh gerek pi umah tok guru… bole ngaji online dengan tok guru…sapa teringin nak blajaq bole watsap ustaz @hjzalie ….ajak satu family, suami, anak-anak perbetul bacaan kita… seronok mengaji beramai-ramai… sambil mengeratkan lagi ikatan family.”

Anak Jadi Imam Solat Tarawih – Rita Rudaini

Dalam pada itu, Rita yang membesarkan anak-anak sendirian ini juga mengambil inisiatif melakukan solat sunat tarawih di rumah. Yang mana, anak-anaklah menjadi imam untuk keluarga kecil mereka.

Imam terawikh kami malam ni ajak selfie. Alhamdulillah.. malam Ramadhan pertama untuk kita semua moga diberi keberkatan… di setiap kejadian ada hikmah… selamat berpuasa semua… jangan lupa baca niat posa.” kongsinya pada awal Ramadan lalu.

Sumber/Foto : Rita Rudaini