Siapa tak sayang anak. Kalau boleh setiap hari manjakan anak. Ikut apa yang dia nak dan tak mahu menghampakan mereka.
Tak salah pun nak manjakan tapi kalau buat silap tetap kena marah atau rotan. Kalau tak buat macam tu ‘naik minyak’ dan makin menjadi-jadi anak.
Begitulah mak-mak, selembut mana pun seorang ibu, pasti akan terkeluar juga ‘suara tarzannya’. Manjakan anak boleh tapi berpada-pada. Ada masa buat salah, anak kena marah juga.
Selalunya, kalau mak ayah marah, mulalah cakap tak sayang anak. Hakikatnya, marah dan tegas itu adalah untuk mengajar mereka tetang apa yang salah dan yang betul.
Begitu juga dengan dunia selebriti, nampak indah dan macam tiada masalah terutamanya dalam mendidik dan menjaga anak. Sedangkan dunia anak-anak sama saja dengan orang lain. Ada masa anak nakal, tak dengar kata, menangis dan sebagainya.
Sudah tentu, tahap kesabaran pun ada hadnya. Begitu jugalah yang dialami oleh selebriti tanahair, Fasha Sandha.
Kelembutan wajah dan gaya cakap yang lemah lembut itu pun boleh ‘bertukar’ kalau anak buat salah. Perkongsian dalam instagram selebriti ini yang sangat menyayangi anak-anaknya dengan cara ucapkan I Love You lebih daripada 3 kali sehari.
Melayan anak-anak yang bermacam ragam.
Saya juga seorang ibu yang tegas.
Tapi saya manjakan ketiga-tiga anak saya setiap hari dan takkan lupa dengan ayat i love you pada setiap anak lebih dari 3 kali setiap hari,
Tapiiii, kalau salah tetap akan kena juga….
Siapa macam sy? Kita gang ok.
Ads
Dalam perkongsiannya juga meunjkkan dia mencium dan memeluk 2 anaknya. Namun, apa yang menarik perhatian apabila dilihat dia mencium bibir anak lelaki sehingga ‘mengundang’ rasa tidak senang netizen.
Tetapi, selebriti ini langsung tidak melatah malah, mengucapkan terima kasih atas teguran itu.
.
Ada Hadnya!
Begitulah mak-mak, tegas dan marah macam mana sekalipun, hati ibu tetap rasa kasih dan sayang pada anak yang dikandung dan dilahirnya itu.
Tak bermakna ,sayangmak sampai tak boleh marah. Kalau dah buat silap kenalah juga.
Jangan terlalu manjakan anak, bila besar akan timbul masalah yang lebih teruk. Kita tak tahu. Usah ‘rajakan’ anak, elak anak hambakan mak ayah bila dewasa nanti. Kita tak tahu.
Mingguan Wanita : Sayang anak, tangan-tangankan. Jenuhlah kalau anak buat salah tetapi di belai-belai. Cari nahas bila dewasa nanti.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Gara-gara tak siap kerja sekolah, seorang mak sanggup mengikat dan jemur anaknya di atas bumbung. Tak boleh bayangkan bagaimana keadaan anak itu dengan bahang matahari suhu panas yang mencecah 42 darjah selsius.
Sedihnya, sanggup mak lakukan pada anak perempuan yang baru berusia 5 tahun ini. Tak siap kerja sekolah bukan bermakna anak itu malas. Mak janganlah terlalu ‘straight’ dalam mendidik anak-anak.
Memang nampak kejam, bila ‘denda’ ini dijadikan alasan sebab anak tak siap kerja sekolah. Di manakah sikap penyayang dan kasih seorang ibu pada anak. Walau bagaimana pun kejadian ini bukanlah di Malaysia tapi ia berlaku di India.
Di India, seorang ibu telah mengikat anak perempuan berusiua 5 tahun dan meninggalkannya di atas bumbung yang mana pada waktu itu, suhu panas mencecah 42 darjah selsius, gara-gara tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru anak tersebut.
Semasa kejadian itu, jirannya yang melihat telah merakam video hukuman itu dan dikongsi dalam talian dan mendapat perhatian daripada pihak polis. Keadaan ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai kerana menghukum anaknya dengan mengikat dan tinggalkan dalam keadaan panas kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
Klip video itu turut menunjukkan anak perempuan diikat dengan tali dan berbaring di atas bumbung rumah di bawah terik matahari. Kanak-kanak itu kelihatan mengeliat kesakitan apabila tangan diikat dibelakang dan kaki di ikat di buku lalo.
Malah, ibu anak-anak itu sendiri mengaku bahawa dia menghukum anaknya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Dalam pada itu, ayah kanak-kanak perempuan itu tidak terlibat dan dia sendiri mendapat panggilan daripada ayahnya yang memberitahu kejadian itu.
“Sebaik mendapat panggilan telefon, saya terus pulang ke rumah dan membebaskan anak saya,” katanya kepada Hindustan Times.
Mingguan Wanita : Sanggupnya seorang mak lakukan begitu pada anak yang masih kecil. Minta dijauhkan dari sifat sebegini.
Memotong kuku merupakan antara rutin mingguan yang ramai lakukan sebagai salah satu cara untuk menjaga kebersihan diri. Namun ia sama sekali bukan rutin bagi seorang Jururias Kuku dari Cordelia ‘Dee Dee’ Adams yang menyimpan kuku selama 30 tahun menyifatkan dia tidak menyesal menyimpan kuku sepanjang 12 inci walaupun segelintir orang ramai menanyakan soalan ‘tidak sopan’ atau ‘geli’ terhadapnya.
Simpan Kuku Sejak 1989
Laman berita Oddity Central melaporkan, Cordelia yang mula menyimpan kuku sejak tahun 1989 ketika menjadi jururias kuku menyatakan dia sudah terbiasa melakukan semua kerja seharian di rumah tanpa mematahkan kuku panjangnya itu.
“Perkara yang seronok apabila anda menjadi perhatian kerana mempunyai kuku panjang yang luar biasa,” kata Cordelia yang memberitahu Truly dan menambah perkara paling tidak disukainya apabila orang ramai menanyakan soalan ‘tidak sopan’ seperti bagaimana dia menjaga diri atau makan menggunakan kukunya.
Lakukan Kerja Harian Seperti Biasa
Wanita yang berasal dari Indiana, Amerika Syarikat (AS) menyatakan semasa mula menjaga kuku menjadi panjang seperti hari ini, dia telah melakukan semua kerja harian seperti orang lain tanpa merosakkan ‘khazanah’ pentingnya itu.
Malah, Cordelia sudah mahir belajar cara menulis, memandu kereta dan memegang barangan di tangannya meskipun sepuluh kukunya kelihatan terjurai semasa melakukan aktiviti tersebut.
“Kadang-kadang kuku menghalang pandangan mata, jadi jika saya hendak memegang sesuatu, semua yang dipegang itu seperti hilang akibat terlindung daripada kuku,” katanya.
Walaupun wanita itu boleh melakukan banyak benda seperti orang lain, dia masih perlu membiasakan diri untuk menyeret jari untuk menjawab penggilan telefon, menaip mesej dan membasuh baju demi menjadikan hidupnya lebih selesa.
Mingguan Wanita: Macam-macam hal. Bagaimanalah agaknya boleh simpan kuku yang sangat panjang dan tak pernah potong selama 30 tahun. Rasanya kerja-kerja harian pastinya terbatas, malah paling penting kebersihan diri pasti terabai.
Michelle Yeoh akui kecewa tak mampu ada zuriat sendiri, sudah usaha pelbagai cara & tiada anak punca cerai. Tidak semua perkahwinan dikurniakan anak. Dan ia merupakan kekecewaan bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat.
Sebagai bintang antarabangsa, pelakon hebat ini menempa nama ke persada dunia terutama lakonannya dalam filem seperti Mummy: Tomb of the Dragon Emperor (2008), Reign of Assassins (2010), Kung Fu Panda 2 (2011), dan The Lady (2011) dan banyak lagi.
Namun sebagai isteri, jelas ada kekecewaan di dalam hatinya kerana gagal melahirkan zuriat sendiri.
Michelle Yeoh Akui Kecewa Tak Mampu Ada Zuriat Sendiri
Dalam satu wawancara bersama BBC Radio 4’s Woman’s Hour, Tan Sri Michelle Yeoh berkongsi sisi peribadi yang jarang diceritakan iaitu kegagalan untuk memiliki anak sendiri.
Dalam wawancara tersebut, Yeoh mendedahkan bahawa usaha beliau untuk mendapatkan zuriat ketika perkahwinan pertamanya dengan ahli perniagaan Dickson Poon tidak berhasil. Ketidaksuburan menjadi pengalaman yang berat, hingga membuatkan beliau merasa dirinya kurang sebagai seorang wanita.
“Setiap bulan saya berharap, tetapi harapan itu sering kali berakhir dengan kekecewaan,” katanya.
Kegagalan itu tidak hanya menguji kekuatan emosinya tetapi turut memberi tekanan kepada hubungan rumah tangga mereka di mana akibat ketidaksuburan dirinya, ia mengakibatkan rumah tangganya bersama suami berakhir. Masa yang sama, dirinya menekankan betapa pentingnya pasangan membincangkan perancangan keluarga sejak di awal perhubungan.
Meskipun perjalanan tersebut penuh kekecewaan, bintang antarabangsa kelahiran Malaysia ini akhirnya menemui cara untuk berdamai dengan takdir.
“Saya berhenti menyalahkan diri sendiri,” katanya. Baginya, kehidupan bukan hanya soal melahirkan anak tetapi juga bagaimana seseorang mencipta momen lain bersama pasangan.
Kini dirinya bahagia selepas berkahwin dengan Jean Todt. Meskipun tidak memiliki anak kandung, namun hidupnya dimeriahkan dengan kehadiran cucu tiri serta anak angkat nya yang memberinya kebahagiaan tidak ternilai.
Jelasnya, “kita boleh mencipta kebahagiaan melalui cinta dan kasih sayang yang diberi kepada orang di sekeliling kita,” ujarnya.
Bahkan dalam wawancara itu, Tan Sri Michelle Yeoh menyeru pasangan untuk berbincang dengan mendalam bersama pasangan berkaitan anak di awal perhubungan. Jelasnya, perbincangan yang jujur dan terbuka boleh membantu pasangan memahami cabaran yang mungkin muncul di kemudian hari.
Sebagai seorang wanita yang telah mencipta nama di pentas antarabangsa, Yeoh membuktikan bahawa seorang wanita tidak harus diukur semata-mata melalui keupayaan untuk memiliki anak. Beliau telah memberikan inspirasi melalui sumbangannya kepada dunia seni, menjadi simbol keberanian, dedikasi dan semangat juang.
Di sebalik kisah peribadinya yang penuh dengan liku-liku, Michelle Yeoh kekal sebagai inspirasi, bukan sahaja kepada wanita tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang berusaha mencari kebahagiaan walau dalam kekurangan. Melalui kisahnya, beliau mengajar bahawa kebahagiaan itu boleh datang dalam pelbagai bent dan hidup harus diteruskan dengan penuh kesyukuran.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!