Rajuk ibu, mungkin ada cara dan tingkah laku anak buat mak-mak terasa hati. Dan tidak mustahil juga antara anak dengan ibu mesti sedikit sebanyak ada perselisihan faham, lebih-lebih lagi bila anak dah membesar, ada saja yang mungkin tak kena di matanya.
Tapi, rajuk ibu selama mana pun mesti akan terlerai terutamannya melihat kesungguhan anak yang tidak pernah berputus asa untuk memujuk. Anak tahu, itulah syurga dunia akhirat mereka dan keberkatan hidup yang dilalui oleh anak-anak.
Inilah kisah yang dikongsikan oleh Imi Aruz tentang persengketaan yang berlaku antara dia dan ibunya. Walaupun perselisiahan faham tapi rajuk ibu telah membawa kepada 15 tahun lamanya.
“15 tahun tak jumpa mak kerana perselisihan faham. Alhamdulillah pada awal bulan Ramadan lali, takdir Allah lembutkan dan buka hati untuk kami saling bermaafan.
“Walaupun perselisihan faham itu bukan salah saya, saya buang ego dan syukur, masih diberi kesempatan sebelum mak menutup mata.
“Sejak berbaik dengan mak, selalu dia masakkan lauk kegemaran saya dan pakai ‘grab’ untuk hantar ke tempat kerja. Walaupun lauk biasa tapi ini sudah cukup bermakna untuk saya.
“Masih ingat lagi, pada tahun ke 2 dan ke 4, saya sudah cuba untuk berbaik dengan mak tapi dia tidak beri respon. Pada tahun ke 2, adalah rezeki lebih untuk saya berikan pada mak. Saya masukkan dalam sampun dan cuba telefon dan mesej. Hampa tiada respon.
“Begitu juga pada tahun ke 4, saya ada belikan minyak wangi yang boleh tahan mahalnya, selitkan gambar anak saya, duit dan no telefon. Saya pos melalui courier. Langsung mak tak jawab. Inilah yang membuatkan saya terasa hati dan seperti tidak diterima lagi. Saya bawa diri sampai 15 tahun.
“Kiranya tahun ini, saya perlu berubah untuk jadi lebih baik. Jadi, saya perbanyakkan solat istikharah dan tahajud, mohon pada Allah, andai kebaikan dan usaha saya ini untuk jadi lebih baik, permudahkan dan beri jalan untuk buka hati dan reda mak saya.
“Saya cuba dapatkan alamat baru mak melalui sepupu saya dan nekad untuk berjumpa dengan mak. Saya tetapkan tarikh dan bersedia andai mak tak dapat terima. Sekurnagnya saya sudah berusaha sehabis baik.
“Sampai saja depan pintu, saya berpatah balik dan beitahu isteri yan danaya tak sedia dan terasa sangat asing. Alhamdulillah isteri bagi semangat untuk saya teruskan dan berserah pada Allah sebab kita dah usaha.
“Alhamdulillah, akhirnya mak terima. Tak dapat bayangkan rasa gembira, tenang dan bersyukur kerana masih diberi kesempatan. Syukur pada raya kali ini, dapatlah saya dan anak-anak berbakti. Kami anak beranak kemas rumah, cat rumah dan buatkan dia aneka kuih dan biskut raya.
“Apa yang membuatkan saya terkejut, mak sanggup belikan emas buat isteri dan anak-anak. Walaupun ditegah dan tak minta semua ini, Syukur seadanya,” katanya yang menetap di Johor.
“Antara saya mak saya tak adalah ‘gaduh besar pun, cuma diri saya selalu disalahertikan. Pernah sampai saya minta mak anggap saya sudah mati, jika saya betul-betul jahat.
‘Walaupun selepas persengketaan itu, saya tidak jumpa mak tapi saya dapat tahu perkembangan mak melalui saudara. Memang marah dan sedih bila kita sebagai anak salah ertikan dan tiada mak yang tak sayangkan anak.
“Daripada peristiwa yang saya lalui sendiri ini, saya nasihatkan pada anak-anak agar jangan terlalu mengambil hati dan belajar untik terima sifat dan perangai adik beradik dan pada mak ayah, hargailah anak sama tata. Jangan pilih kasih, marah dan doakan yang tidak baik untuk anak-anak.
“Sebagai anak kita tahu sikap mak ayah kita macam mana. Sampailah saya kahwin dan ada anak, sikap mak tetap sama. Kadang-kadang saya malu dengan isteri.Jadi, sebelum kahwin saya janji pada diri untuk ubah cara mendidik anak-anak saya.
“Antara apa yang saya didik pada anak adalah amalan meminta maaf, walaupun kita tak salah, Say sendiri tidak malu untuk minta maaf pada anak-anak, peluk cium anak. Malah, amalan meminta maaf dan terima kasih sudah jadi gaya hidup dan amalan kami sekeluarga.
“Alhamdulillah setakat hari ini, saya belum sekali tengking, pukul waima jentik anak pun tak pernah. Anak saya dah besar-besar dan mereka lebih segan dan menghormati kita sebagai mak ayah.
Kehidupan Imi Aruz sekarang ini lebih tenang dan rasa lebih dihargai. Allah sebaik-baik perencana.
“Bagi ada anak yang maih terasa hati dan berselisih faham dengan orang tua, berbaik-baiklah. Tak salah untuk kita mengalah walaupun bukan salah kita,” katanya mengakhiri perbualan.
Mingguan Wanita : Sejahat-jahat dan sebaik-baik ibu, dialah yang melahirkan kita. Keberkatan dan syurga seorang anak pada ibunya.
Sumber; Imi Aruz
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita