“Setiap hari berdoa agar dipanggil ke tanah suci Mekah,” itulah luahan personaliti dan pempengaruh media sosial, Maryam You Narae apabila mendapat kejutan dari suami yang menghadiahkan dirinya pakej mengerjakan umrah.
Wanita yang berasal dari Korea ini baru saja lima tahun bergelar mualaf. Beruntung Maryam bakal menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Maryam bakal mengerjakan ibadah umrah kali pertama 29 Februari nanti.
“Setiap Hari Berdoa Agar Dipanggil Ke Tanah Suci Mekah”
Berkongsi kegembiraan melalui sebuah video di akaun instagramnya, Maryam sebak dan berasa teruja. Malah wanita cantik yang juga ibu kepada seorang cahaya mata ini mengalirkan air mata kegembiraan.
“Sememangnya saya tak sangka suami akan berikan kejutan pakej umrah pada pada ulang tahun kelahiran saya pada 19 Februari. Dalam setahun sebenarnya saya simpan hasrat nak pergi umrah. Setiap hari saya berdoa agar dipanggil untuk ke sana.
“Sepanjang tahun lalu saya dan Ryzal mencari masa untuk ke sana tapi tertunda sebab fikirkan anaknya dan ada kerja perlu diselesaikan,” kongsi Maryam seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Bersyukur Dengan Peluang Diberikan
Selepas mengambil keputusan berhijab dan melahirkan Rina Maryam akui hatinya sering tertanya-tanya apabila orang terdekat pergi ke umrah dan ramai yang kata rindu untuk mengerjakan lagi umrah.
Ads
“Selepas bersalin dan lihat Rina membesar dan ramai orang terdekat pergi umrah… jadi hati saya berubah.
“Hati saya rasa nak balik dan rindu… tak tahu rindu apa. Sebab sebelum ini tak faham bila orang cakap macam itu.
“Tapi tahun lepas perasaan itu ada. Itu yang buat saya nak ke sana,” luah Maryam yang turut bersyukur dengan rezeki yang datang.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Siapa Anak Kena ‘Chicken Pox’ Tolonglah Duduk Rumah Jangan ‘Selfish!,” Anzalna. Dalam perkongsian terbaru pelakon cantik Anzalna Nasir, 35 ini di Instagram ada berkongsi luahan rasa kesal kepada mak ayah yang bersikap pentingkan diri dan tetap membawa anak-anak pergi beraya meskipun anak tidak sihat dan menghidap demam campak (Chicken pox). Bukan apa, penyakit seperti demam campak ini boleh berjangkit pada orang lain pula.
Jangan Bersikap Pentingkan Diri
Ia susulan anak-anak saudaranya berjangkit penyakit demam campak ini sewaktu hari raya.
“Missing @diananasir86 sebab anak-anak dia berjangkit chicken pox! Kesian @the_angguns.”
“Siapa anak yang kena chicken pox can try dan siapa yang kena tu tolong la duduk rumah jangan selfish!” ujarnya.
Tip Hilangkan Gatal & Kesan Parut
Disamping itu, ibu kepada dua orang cahayamata ini juga ada berkongsi tip bagi mengurangkan kegatalan dan kesan parut akibat demam campak. Iaitu dengan berendam di dalam air Soda Bikarbonat.
“Tiba-tiba teringat waktu kami empat beradik (@nazirahnasir97 dalam perut mama) kena chicken pox serentak kat Canada. Doktor kat sana suruh berendam air Bicarbonate of soda dalam bathtub untuk kurangkan gatal dan tak tinggalkan kesan,” ujar pelakon ini.
Hasil perkahwinan dengan Hanif Zaki pada 2016, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang comel bernama Mohamad Eidress,4 dan Mohammad Emirhan, 11 Bulan.
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya apa yang dikongsikan oleh Anzalna ini. Jadi mak ayah jangan pentingkan diri, bawa anak-anak yang berpenyakit demam campak pergi beraya. Penyakit sebegini memang berjangkit dan boleh menjangkiti anak orang lain pula.
Alhamdulillah, merafak sembah ucapan tahniah buat pasangan diraja, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dikurniakan cucunda baru-baru ini. Hanya bersela 2 hari dikurniakan sepasang cucunda hampir serentak, putera dan puteri.
Pengkhabaran ini disiarkan dalam satu hantaran menerusi laman Instagram @Istana_Negara pada tengahari tadi.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan inayah-Nya, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dikurniakan dua cucunda baru-baru ini.
Selang 2 Hari
Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser diputerakan pada 31 Januari, manakala Tengku Aleya Norlini Binti Tengku Abu Bakar Ahmad pada 2 Februari 2022.
YM Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.
Manakala YM Tengku Aleya Norlini pula merupakan anakanda kedua YM Tengku Abu Bakar Ahmad dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran merafak sembah ucapan tahniah buat pasangan diraja ini di atas kurniaan cucunda-cucunda tersayang, sekaligus melengkapkan jumlah 5 cucunda, baginda berdua ketika ini.
Ada cara tertentu untuk memastikan ikan yang dibeli dipasar benar-benar segar. Tip memilih ikan segar ini antara ilmu dapur yang WAJIB mak-mak kuasai.Bukan apa, apabila hidangan menggunakan ikan segar ia pastinya akan mempengaruhi rasa masakan menjadikan ia bertambah sedap dan lazat.
Berikut merupakan antara tips yang boleh bantu mak-mak memilih ikan segar sebelum membelinya.
1. Perhatikan Warna Ikan
Ikan segar sedikit berkilat dan berwarna cerah berbanding ikan tidak segar, yang kelihatan lebih pucat.
2.Cium Bau Ikan
Ikan segar hanya ada bau hanyir laut , berbanding ikan lama yang berbau busuk dan sedikit masam.
3.Rasa Tekstur Ikan
Ikan segar isi keras dan pejal bila ditekan badannya. Jika lembik, bermakna ikan tersebut tidak lagi segar.
4.Lihat Mata Ikan
Lihat mata ikan elok-elok. Pastikan mata ikan jernih dan ada lendir lagi. Ikan segar matanya masih berkilat, bersinar dan tidak ke dalam. Jika mata ikan sudah bertukar merah, pudar dan termasuk ke dalam, itu tanda ikan tidak segar lagi.
5. Warna Insang Ikan
Tengok pada bahagian insang ikan yang segar kelihatan merah, berlendir dan boleh diregangkan berbanding insang ikan yang sudah lama berwarna coklat kehitaman, keras dan tidak lagi berlendir.
6.Lendir Ikan
Ikan yang masih segar biasanya kurang lendir, kalau ada pun, ia hanya sedikit, berbanding ikan lama. Ia bukan hanya berlendir tetapi juga berbau busuk.
7. Perut ikan
Ini satu lagi. Cuba tekan betul-betul di kawasan perut secara perlahan-lahan. Rasa betul-betul. Kalau lembik & bahagian ini isi perutnya sudah terkeluar,jangan beli. Ikan lama!
Ringkasnya!
Ciri-Ciri Ikan Segar Ialah:
Warna kulit terang dan cerah.
Daging ikan bila ditekan terasa keras.
Mata jernih menonjol dan cembung.
Sisik ikan segar masih kuat melekat kuat dan mengkilat, sisik masih utuh tidak banyak yang lepas.
Insang berwarna merah
Sirip kuat.
Kulit dan daging ikan tidak mudah robek, terutama pada bahagian perut.
Tidak berbau busuk.
Ciri-Ciri Ikan Tidak Segar Ialah :
Mata suram dan tenggelam.
Sisik suram dan mudah lepas.
Warna kulit suram dengan lendir tebal.
Insang berwarna kelabu dengan lendir tebal.
Dinding perut lembik.
Warna keseluruhan suram dan berbau busuk
Semoga bermanfaat!
Jadi mulai hari ini, bila mak-mak nak beli ikan dipasar, ingat tujuh perkara ini supaya ikan yang dibeli segar. Bila dimasak rasa ikan juga akan lebih sedap.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.