Uniknya perniagaan menjual dan membekal bantal dan cadar ini kerana permintaan sentiasa ada. Bak kata pengasas ANIQMA, Mazita Md Nor, 46 “Setiap hari ada saja pasangan yang berkahwin, melahirkan anak dan membeli rumah. Jadi secara tak langsung mereka perlukan bantal dan cadar baru untuk keselesaan sewaktu tidur.”
Permintaan yang tinggi sepanjang masa ini buatkan wanita ini berani menceburinya. Malah, syarikatnya mensasarkan jualan RM500,000 sebulan.
Mazita Berjiwa Kental
Anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang lebih sinonim dengan panggilan mesra Kak Ita, mengakui, untuk berjaya dalam perniagaan perlu memiliki hati dan jiwa yang kental. Malah dalam mengharungi cabaran pula perlu ada semangat juang yang tinggi, banyakkan bersabar serta sering memaafkan orang lain disamping, perbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Pengasas produk ANIQMA yang berperwatakan lemah lembut ini juga mempunyai prinsipnya yang tersendiri.
“Sebelum memulakan sesebuah perniagaan, kita perlulah cari ilmu. Paling penting jiwa dan mental kena kental. Buang jauh-jauh sifat negatif. Yakinlah dengan apa yang anda buat dan pedulikan apa jua orang nak cakap. Jangan lupa pada yang Maha Esa. Malah banyakkan berdoa untuk jadi yang terbaik,” itulah nasihatnya yang cukup berhaga untuk dipraktikkan wanita di luar sana yang ingin berjaya dalam apa jua bidang.
Penjual Dan Pembekal Bantal Dan Cadar Atas Talian
Pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan yang juga merupakan Penjual dan Pembekal Bantal dan Cadar ANIQMA ini telah terlibat dalam bidang perniagaan atas talian sejak tahun 2009. Namun produk pertama yang dihasilkan dengan jenama yang diilhamkan sendiri bermula bulan Februari 2017 hingga kini.
“ANIQMA merupakan jenama produk yang berkualiti tinggi. Memberi jaminan kepuasan pada pelanggan. Malah semua servis dan urusan yang kami sediakan juga cepat dan mudah. Kami juga mengumpul testimoni yang sebenar daripada pengguna yang repeated order,” ungkap Mazita sambil tersenyum manis.
Modal Berniaga Lebih Kecil, Pulangannya Besar
Mazita juga sangat beruntung dalam menguruskan perniagaan, suaminya Azhar Aziz, 48, banyak membantu. Malah wanita ini juga mengakui banyak cabaran yang terpaksa dihadapi dalam menguruskan perniagaan.
“Cabaran utama saya, adalah untuk menjaga kebajikan ejen-ejen dan leader-leader kami. Persaingan yang tumbuh macam cendawan, malah kami juga berhadapan dengan cabaran untuk memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.
Ads
“Namun saya percaya keistimewaan yang ada pada ANIQMA. Kami tawarkan apa yang pesaing tidak ada. Modal yang lebih kecil tetapi mampu menjana pendapatan yang lebih besar. Sistem yang memberi untung lebih pada ahli serta pihak HQ juga lebih bersikap terbuka. Andai ada apa-apa cadangan dari ahli, kami akan cuba kaji dan laksanakan jika ianya memberikan kebaikan pada kedua-dua pihak,” luahnya lagi.
Target Jualan RM500,000 Sebulan
Mazita juga menerangkan nama ANIQMA kini semakin kukuh dan mahu mengembangkan lagi sayap perniagaan jenama ini ke luar negara.
“Sudah tentu kami ingin mengembangkan lagi perniagaan ini di seluruh Malaysia dan ke pringkat antarabangsa. Target jualan kami RM500,000 sebulan. Malah kami juga mahu membuka sebanyak mungkin peluang pekerjaan kepada masyarakat.
“Selain itu, kami juga ingin melahirkan seramai yang mungkin bakal jutawan ANIQMA dan ingin membantu dan memberi manfaat pada orang ramai. InsyaAllah ada kemungkinan kami akan menambah produk baru yang berkaitan dengan isi rumah,” kata Mazita yang tidak pernah terfikir akan berjaya mencapai jualan RM1juta dalam kehidupan.
Dalam mengharungi perniagaan yang penuh onak dan ranjau ini, Mazita juga mengakui dia pernah punya perasaan untuk berputus asa.
“Sudah tentu ada rasa putus asa. Tetapi saya kuatkan semangat untuk meneruskan perniagaan sebabnya ini adalah minat saya dari dulu. Walaupun pernah rasa down, namun saya tetap bangkit dan teruskan. Sebelum ini saya pernah mengalami kerugian dalam perniagaan menjual baju.
Ads
“Namun saya bangkit semula dan dari kegagalan itu, belajar dan cari ilmu yang betul. Saya masuk kelas Online dan Offline. Selain itu saya juga cuba praktikkan apa yang Mentor kami cadangkan,” kongsi Mazita yang tidak pernah ada erti gagal dalam kamus hidupnya.
Atur Jadual Kerja Malam Hari, Esok Pagi Tau Dah Apa Nak Buat
Ditanya bagaimana dia membahagikan masa antara perniagaan dan keluarga, Mazita akui terpaksa merancang tugas lebih awal.
“Saya sentiasa buat jadual kerja di sebelah malam, supaya pagi-pagi dah tahu apa nak buat. Sebelum akhir waktu pejabat kebiasaannya saya dan suami akan bermesyuarat mengenai perkembangan jualan dan isu-isu pelangan,” sambungnya.
Mazita juga memanjatkan rasa bersyukur kerana mendapat sokongan dan galakan daripada keluarga tercinta.
Ads
“Alhamdulillah dengan sokongan ahli keluarga, adik beradik, kawan-kawan serta saudara mara membantu menaikkan jenama ANIQMA. Paling utama doa serta restu kedua ibu bapa saya dan suami yang sering memberi semangat,” akhiri ibu kepada Aqmar Aqil Aniq, 19, Afiq Aisy Aniq, 13 dan Ariq Anaqi Aniq, 2.
Ibu dan ayah, Nor Farhana Ahmad, 27 memang orang berniaga. Dari situlah ‘darah berniaga’ mengalir dalam dirinya. Lepas tamat belajar, dia menjual dahulu pelbagai jenis produk milik orang lain selama setahun.
“Tidak mahu hanya menjual produk orang lain, saya mencari idea untuk mengeluarkan produk sendiri. Lebih kurang setahun saya membuat kajian tentang produk ini sehinggalah terhasilnya Pegaga Cocoa,” ceritanya yang merupakan Co Founder, Syarikat AF Life Water.
Dari raut wajahnya, sudah tahu dia seorang yang sangat pentingkan kesihatan dan kecantikan. Malah, Nor Farhana akuinya.
“Saya memilih perniagaan ini kerana saya seorang yang sangat sukakan kesihatan dan kecantikan. Paling penting, saya suka makan ulam daun pegaga. Jadi, tidak salah rasanya saya hasilkan produk berasaskan ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran.
“Lagi pun bahan-bahan ini mempunyai khasiat tersendiri. Terus saya gabungkan khasiat tersebut menjadi satu produk,’ katanya tentang produk keluarannya.
Walaupun baru setahun jagung dengan produk sendiri tetapi Nor Farhana tidak terkecuali menghadapi cabaran dalam perniagaan ini.
“Sebenarnya, cabaran memang banyak dan salah satunya adalah menangani pesaing dalam perniagaan yang sama. Sementelah saya masih baru berbanding dengan syarikat yang sudah lama bertapak. Jadi, saya cabar diri saya untuk berjaya sama dengan mereka yang lain,” kata Nor Farhana dengan yakin.
Apa yang boleh Nor Farhana katakan dalam memberi kepercayaan kepada pengguna adalah dengan mengguna sendiri produknya terlebih dahulu. Apabila nampak keberkesanannya, barulah dia berani untuk menjual kepada orang lain.
“Dalam sesuatu perniagaan, kita kena jujur dan jangan hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata. Apa yang menyakinkan saya adalah bahan-bahan yang saya gunakan dalam produk adalah 100 peratus semula jadi dan tiada kandungan gula, tiada kesan sampingan dan harganya lebih murah,” tambah Nor Farhana lagi.
Rezeki Tak Pernah Salah Alamat
Sudah semestinya dalam setiap peniaga akan ada rasa down terutamanya dalam menaikkan produk yang dihasilkan. Begitu juga apa yang dialami oleh Nor Farhana.
“Cara saya untuk mendapatkan kembali semangat itu dengan cara ‘bercerita’ kepadaNya. Malah, yang membuatkan saya kembali bersemangat apabila melihat wajah anak-anak. Apa yang saya buat hari ini adalah untuk mereka pada masa akan datang dan orang-orang sekeliling saya,” katanya yang mempunyai dua orang anak, Nur Afifa, Fitiya, 4 tahun dan Nur Afrina Faiha, 2 tahun, hasil perkahwinan dengan Shahazlan Ruslan, 35 tahun.
Dalam perniagaan, Nor Farhana yakin dengan rezeki yang Allah berikan atas usaha yang kita lakukan.
“Rezeki tidak pernah salah alamat, kita telah usaha dan tawakal, selebihnya ditentukan oleh Dia. Apa pun, kita kena jujur, tulus dalam mencari rezeki dan memberi manfaat kepada orang lain.
”Jangan pentingkan diri sendiri dan permudahkan urusan orang lain, akan datang Dia akan mempermudahkan urusan kita,” katanya yang merancang untuk mengeluarkan satu lagi produk selepas ini.
Produknya Dah Sampai Pasaran Brunei
Setiap usahawan tidak berhenti dan bergantung pada keuntungan semata-mata tetapi sebenarnya turut mempunyai perancangan yang lebih jauh ke hadapan. Bagi Nor Farhana, dengan mengeluarkan produk ini, dia ingin melahirkan ramai usahawan di bawah naungan produknya.
“Saya mencari wanita, suri rumah dan pelajar yang ingin menjana pendapatan sampingan. Sudi-sudilah melayari IG @pegagacocoahq,” katanya yang sudah menembusi pasaran Brunei dan mencuba untuk menembusi pasaran Singapura serta Indonesia pula.
Abaya merupakan pakaian sinonim wanita Arab kerana ia adalah persalinan harian mereka tetapi kini ia semakin menjadi pilihan wanita di negara ini kerana penampilannya yang sopan. Fesyen abaya cukup sinonim dengan wanita moden kini yang selesa menutup aurat ketika keluar mahupun menghadiri acara rasmi.
Dari sudut fesyen, jubah wanita mempunyai kelasnya yang tersendiri. Busana ini lebih cenderung dipakai Muslimah yang mendahulukan kepentingan menutup aurat berbanding penampilan atau niat untuk berfesyen.
Gaya Minimalis
Tidak hairanlah mengapa abaya menjadi persalinan tepat untuk wanita yang sukakan gaya sopan, ringkas dan selesa, namun tetap anggun menawan.
Mengusahakan abaya jenama sendiri, Bi. Albak, Najihah Mohd Shahrudin memperlihatkan koleksi abaya Bi. Albak sebagai persalinan tepat untuk beliau mewarnai dunia fesyen tanah air.
Bi. Albak membawa maksud “dalam hati awak” itu mengetengahkan konsep fesyen ‘modest by heart’ yang membawa wanita kelihatan lebih elegan dalam gaya abaya yang modest.
“Saya satukan trend fesyen semasa dalam rekaan abaya untuk menarik minat wanita mengenakan pakaian sopan, namun anggun, eksklusif dan tampak mewah,” ujar Najihah yang ditemui baru-baru ini sempena memperkenalkan koleksi abaya Bi. Albak.
Menurut Najihah lagi, pemakaian abaya lebih bersifat universal dan diterima umum meskipun abaya diperincikan dengan pelbagai potongan dan hiasan, menjadikan ia koleksi pakaian Muslimah unik dan manis dikenakan di pelbagai majlis.
“Tidak dinafikan terdapat pelbagai jenis abaya di pasaran, namun kebanyakannya begitu menyerlah dengan perincian batuan, manik dan renda yang sangat eksklusif.
“Berbeza dengan Bi. Albak yang berkonsepkan universal dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur,” jelas ibu kepada dua cahaya mata itu mengenai koleksi abaya di bawah jenamanya.
Memilih gaya abaya yang mementingkan ciri-ciri seperti keselesaan, ringkas dan boleh disuai padan dengan busana lain, Najihah turut berkongsi beberapa keistimewaan koleksi jubah adalah pakaian sinonim wanita Arab kerana ia adalah persalinan harian mereka tetapi kini ia semakin menjadi pilihan wanita di negara ini kerana penampilannya yang sopanyang mengikut trend wanita masa kini.
Warna Polos Jadi Pilihan
“Buat masa ini, rona warna tanah menjadi pilihan popular wanita dan corak yang minimalis juga semakin mendapat tempat di kalangan wanita moden. Jadi, Bi. Albak memahami citarasa wanita Malaysia yang mementingkan keselesaan dalam bergaya. Pemilihan fabrik yang tidak panas juga menjadi keutamaan dalam setiap rekaan abaya Bi. Albak ,” ujar beliau lagi.
Pada majlis memperkenalkan jenama abayanya baru-baru ini, Najihah membuktikan abaya bukanlah busana untuk Muslimah semata-mata, malah ia boleh digayakan oleh wanita Muslim, bahkan untuk semua wanita yang ingin bergaya minimalis dan sopan.
“Memahami keperluan fesyen yang pelbagai, inner baju direka agar sesuai untuk dipadankan dengan kemeja, blaus atau blazer untuk imej yang lebih moden.
“Jika abaya di pasaran kebanyakannya sehelai sahaja. Berbeza busana yang ditampilkan ini hadir dengan jubah luar, baju tanpa lengan dan juga selendang. Si pemakai bebas untuk menggayakannya mengikut fesyen masing-masing,” ujar Najihah lagi.
Siapa yang tidak mengenali jenama Gula Cakery? Terkenal sebagai salah satu perniagaan kek dan pastri tempatan, Gula Cakery telah menawan hati ramai pencinta manisan di Malaysia.
Kini, mereka meneruskan langkah besar dengan membuka cawangan ke-11, Gula Cakery Petite x Arieni’s Roti Jala, yang terletak di Elmina Lakeside Mall, Selangor.
Perniagaan yang diasaskan oleh keluarga ini bukan hanya sekadar memenuhi impian mereka, tetapi juga membuktikan bahawa kerjasama keluarga mampu menghasilkan sebuah jenama yang berjaya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Gula Cakery Petite, Arieni Ritzal, lokasi baru ini dipilih untuk memenuhi selera masyarakat setempat sambil mengembangkan jenama mereka.
Menu Istimewa Cawangan Elmina: Sentuhan Melayu yang Unik
Cawangan ini tampil istimewa dengan menyajikan hidangan Melayu yang sukar ditemui di kafe-kafe lain. Dari roti jala hingga ke hidangan seperti kicap ayam, masak lemak udang, daging dendeng, dan nasi ayam, Gula Cakery Petite x Arieni’s Roti Jala benar-benar menawarkan kelainan.
Selain itu, mereka juga menyediakan snek tradisional seperti cucur bawang dan cekodok pisang, menjadikannya tarikan bagi mereka yang mencari sentuhan rasa tempatan.
Arieni menekankan bahawa hidangan Melayu ini diperkenalkan untuk memberi lebih pilihan kepada pelanggan, memandangkan kawasan ini dipenuhi dengan pelbagai restoran makanan segera.
“Di kafe lain kami menampilkan makanan barat, tetapi di sini kami ingin memberi kelainan dengan menyajikan makanan Melayu,” jelasnya.
Lebih 60 Jenis Kek dan Dekorasi yang Memukau
Walaupun kafe ini berkonsepkan ruang kecil dan comel, ia menawarkan lebih daripada 60 jenis kek, termasuk kek dan pastri terbaru seperti soft cookies yang dipilih sendiri oleh Arieni dan chef.
Menariknya, kesemua kek yang disajikan di sini telah mendapat pengiktirafan sijil Halal, menjadikan ia pilihan terbaik untuk pelanggan Muslim.
Dari segi dekorasi, Arieni memilih tema yang segar dan memukau. Dinding kafe dihiasi dengan rona kuning lembut yang diserikan dengan motif bunga berwarna merah, mencipta suasana yang nyaman dan harmoni. Arieni, yang gemar mencipta ruang yang cantik!
“Saya memilih warna-warna yang mampu membangkitkan keserian pada bahagian dalaman kafe. Ini penting agar pelanggan dapat menikmati suasana yang menyenangkan ketika menjamu selera.”
Untuk pelanggan yang lebih suka menikmati makanan di luar, kafe ini dihiasi dengan bunga-bungaan pelbagai warna, menjadikan ia spot yang sempurna untuk bergambar.
Cabaran Mengekalkan Kualiti & Konsistensi Rasa
Arieni juga tidak menafikan cabaran besar dalam memastikan setiap cawangan mengekalkan kualiti rasa yang sama.
“Mengekalkan konsistensi rasa di setiap cawangan bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya apabila setiap cawangan menguruskan penyediaan makanan mereka sendiri,” katanya.
Beliau menekankan bahawa kesegaran makanan menjadi kunci utama dalam setiap hidangan.
“Semua makanan Melayu di sini dimasak segar oleh chef sejurus selepas pelanggan membuat tempahan, memastikan mereka menerima makanan yang panas dan berkualiti,” tambahnya.
Jenama Gula Cakery tidak asing lagi dengan dunia kek dan pastri tempatan. Dengan cawangan di pelbagai lokasi termasuk Kota Kemuning, KL East Mall, dan IOI City Mall, Gula Cakery telah berjaya mewujudkan legasi sebagai kafe kek dan pastri yang dipercayai. Dengan pembukaan cawangan terbaharu ini, mereka sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam menyediakan makanan yang berkualiti tinggi sambil mengekalkan elemen tradisi dalam setiap hidangan.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...