Setianya Mark Adam Pada Isteri. Allahu bertuahnya badan isteri kepada penyanyi Mark Adam kerana suaminya sangat setia. Perkara itu diluahkan sendiri oleh Mark ketika ditemubual di Majlis Rumah Terbuka FYP dan Indigital baru-baru ini.
Malah Mark juga sentiasa mengingati pesanan bapanya di Filipina agar tidak menyakiti isterinya Norazah Redzuan, atau Ezan. Jika Mark berbuat demikian bapanya sanggup memutus hubungan dengan anaknya itu.
Setianya Mark Adam Pada Isteri
Sememangnya isteri Mark begitu beruntung ini kerana Mark atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah memilih untuk mencintai Ezan seorang saja sejak berkahwin pada 2003.
“Masa saya pergi masjid nikah, kita kan berjanji depan imam dengan Tuhan. Jadi, saya kena pegang janji itu.
“Satu lagi kerana bapa saya. Saya tak tahu apa yang isteri cakap kerana pertama kali dia ke Filipina, dia pergi seorang. Saya tak boleh keluar (Malaysia) kerana nak dapat status bermastautin tetap.
“Jadi, bila keluarga ajak balik, dia pergi seorang. Masa dia di sana, bapa hubungi saya. Dia cakap, kalau saya sakiti isteri saya, dia suruh lupakan dia sebagai bapa saya,” ungkap Mark dalam nada serius.
Ads
Setakat ini Mark dan Ezan belum beroleh rezeki cahaya mata sepanjang dua dekad mendirikan rumah tangga. Ezan juga adalah pengurus sepenuh masa kerjaya seni suaminya.
“Saya Pilih Seorang”
Mark turut menerangkan bapanya menjadi contoh terbaik kerana hanya setia dengan seorang wanita.
“Bapa saya pun pilih seorang wanita saja dalam hidupnya iaitu ibu saya. Ini pilihan masing-masing, saya pilih seorang.
“Apa-apapun terjadi, kita sudah janji untuk bersama, dan kena pegang kuat-kuat. Nak bergaduh, bergusti, atau apa pun terjadi, kami sudah berjanji,” luahnya.
Mengusik tentang perkembangan seninya, Mark sedang cuba mencari masa yang sesuai untuk tampil dengan karya baharu dan berkongsi dengan peminat.
Ads
Malah pada tahun lalu, bintang yang pernah popular dengan lagu Pencuri itu sepatutnya mengadakan sebuah showcase istimewa sempena 10 tahun berada dalam industri.
“Saya memang rindukan dunia nyanyian dan kalau boleh nak aktif macam dulu. Cuma saya tidak boleh tamak dan kena realistik situasi saya sekarang yang lebih banyak dapat peluang dalam bidang lain.
“Apa-apa pun, InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan tampilkan single baharu. Sebelum ini saya sudah siap rakam beberapa buat lagu dan ia ada dalam simpanan.
“Sepatutnya pada tahun lalu saya buat showase sempena 10 tahun dalam industri, tetapi disebabkan kekangan masa dan beberapa faktor lain ia tidak dapat diadakan,” jelas Mark.
Disahkan hidap ADHD, Sharifah Sakinah belajar kendalikan kehidupan dengan lebih baik. Pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih dikenali dengan nama Sharifah Sakinah akui selepas disahkan menghidap ADHD dirinya berjumpa dengan beberapa pakar terapi.
Malah dia juga mula belajar mengendalikan kehidupan dengan lebih baik. Seperti mana yang diketahui ramai, Sakinah merupakan seorang wanita yang bersuara lantang di akaun media sosialnya. Setiap kali berkongsi sesuatu di Instagram miliknya, pasti akan ada isu yang berbangkit. Namun adik kepada Sharifah Shahirah ini punya cara tersendiri untuk menanganinya.
Disahkan Hidap ADHD
Masalah yang dihadapi iaitu Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) juga membuatkan Sakinah memilih untuk berjumpa dengan beberapa pakar terapi.
Malah sejak itu ibu kepada seorang nak ini belajar untuk mengendalikan kehidupan dengan lebih baik.
Dirinya akui paling penting adalah untuk menyayangi diri sendiri terlebih dahulu dan menyebarkan kebaikan pada sesiapa sahaja.
“Kalau saya pilih untuk bergaduh, masalah tidak akan selesai.
Sebab itulah baik dari sudut kehidupan atau kerja, saya pilih untuk menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.
“Kemudian kita layan semua orang sama rata. Dalam bekerja pun, saya tidak suka ada jurang antara saya dan pelakon baru.
“Saya mahu semua orang selesa dan seronok bersama saya,” kongsinya seperti mana dipetik menerusi SinarPlus.
Kongsi Ilmu Dengan Mereka Yang Alami Malah Sama
Sakinah juga menyatakan ilmu yang didapati dari pakar terapi turut dikongsi pada mereka yang mempunyai masalah yang sama dengan dirinya.
“Ilmu yang saya dapat daripada pakar terapi, saya kongsikan dengan mereka yang ada masalah sama, dan tidak berpeluang berjumpa dengan pakar yang berbeza kerana kekangan kewangan dan masa,” sambungnya.
Perhubungan Jarak Jauh
Selepas bercerai dengan Aliff Adha dan dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha, 5. Kini Sakinah bahagia dengan pernikahan terbaru bersama Michael atau nama Islamnya Mikael Hansen.
Sakinah turut menyatakan kini dia dan suami, memilih untuk melalui perhubungan jarak jauh.
“Suami ada dua anak di Sweden dan saya juga ada anak di sini. Sukar untuk saya bawa anak ke sana kerana dia masih ada ayah.
“Walaupun sukar, kami elakkan drama yang tidak perlu dan hargai masa ketika bersama.
“InsyaAllah hujung Jun nanti saya akan pulang ke Sweden untuk berehat dan bersama suami selama dua bulan,” ujarnya.
Benarlah apa yang dikatakan oleh selebriti Yatt Hamzah dimana tak terbayang lalui Ramadan tanpa terawih di Masjid.
Seperti mana yang dipetik menerusi akaun facebook HARYATI HAMZAH – YATT beliau menerusi statusnya menyatakan;
Tak Apa Tanpa Bazaar
“Tak apalah jika Ramadhan tanpa bazaar. Tapi janganlah tanpa Terawih di masjid. Tak terbayang Ramadhan tahun ini tanpa kemeriahan Tarawih di masjid2. Ya Allah rezekikanlah kami berjumpa ramadan lagi dalam keadaan selamat dan sejahtera.”
Marilah Sama-sama kita berdoa agar COVID-19 berakhir dengan segera.
Sumber Foto: facebook HARYATI HAMZAH – YATT
Hidupkan Ramadan Dari Sekarang
Yatt Hamzah juga turut mencoretkan dalam suasana hari ini marilah bersama-sama kita membuat persiapan awal Ramadan dari rumah.
“Ramadhan kurang dr 23 hari lg. Jomlah kita buat persiapan. Kita hidupkan Ramadhan tahun ini dr sekarang.. Buat persiapan awal dr rumah je ok. Menghidupkan suasana Ramadhan di rumah.
“Mood Ramadhan perlu dicari dan dibina. Jika kita bersiap- siap untuk Hari Raya dengan penuh semangat dan teliti, Ramadhan seharusnya lebih lagi.
“Kongsikan hadis-hadis atau ayat al-Quran berkaitan Ramadhan sesama isi rumah. Menceritakan isi-isi buku berkaitan Ramadhan yang dibaca. Membeli atau membasuh sejadah, pakaian solat seperti telekung dan kain pelikat bagi menaikkan semangat.
Gunakan al-Qur’an yang paling digemari. Mainkan lagu-lagu berkaitan Ramadhan dan ayat-ayat al-Quran di rumah. Buat jadi ringtone ke. Hee… Letak al-Quran dan buku-buku bertemakan Ramadhan di setiap sudut rumah iaitu kawasan-kawasan yang paling selalu diduduki. Rancang ingin berbuka dan berterawih di masjid mana nanti ketika Ramadhan nanti jika ada rezeki kita ya.. Aameen..
Setelah berpuluh tahun bekerja, sudah tentu mak, ayah ingin merasa wang pencen yang selama ini dinanti-nantikan. Rata-rata antara kita tidak lama lagi akan bersara, sudah tentu sedari awal mengatur perancangan untuk membina rumah baru atau renovasi rumah sedia ada.
Lazimnya begitulah, pencen sahaja pasti buat rumah atau renovate. Bukan calang-calang kebiasaannya, maklumlah duit pencen banyak. Tetapi sedarlah wahai pesara dan bakal pesara, wang tersebut seharusnya digunakan sebaik mungkin.
Wang Pencen
Tidak dinafikan wang pencen adalah hak anda, tetapi janganlah keterlaluan dalam berbelanja. Sebaiknya lakukan perancangan agar hidup anda terjamin hingga ke akhir usia.
Tahukah anda? Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh bakal pesara atau pesara adalah, mengeluarkan perbelanjaan yang ‘sangat tinggi’ untuk renovate rumah menggunakan ganjaran persaraan yang diterima. Ada yang sanggup tukarkan rumah setingkat kepada dua tingkat. Kos pula mencecah ratusan ribu ringgit. Apabila ditanya, kenapa Encik atau Puan sanggup belanja untuk renovate rumah sebegitu banyak kosnya? Biasanya akan dijawab, nak bagi anak cucu selesa apabila datang. Dan diharap akan kerap lah anak cucu balik ke rumah kami ni.
Tetapi Realitinya????
Anda telah bekerja berpuluh puluh tahun lamanya, akhirnya diberikan ganjaran atas segala titik peluh anda, sebaiknya jangan la belanjakannya untuk sesuatu yang kurang tinggi keperluannya.
Cukup sekadar ‘refurbish’ atau make up rumah anda seperti cat baru atau tukar peralatan yang rosak atau lama. Tidak perlulah sampai major renovation. Duit tersebut boleh digunakan untuk perkara yang lebih berkeutamaan di masa akan datang.
Walaupun itu duit dan hak anda, namun perancangan yang strategik perlu dibuat.
Renung-renungkan …. dan selamat beramal! Admin Ohsem
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat pesara dan bakal pesara. Wang pencen yang anda terima hasil titik, peluh anda sendiri seharusnya digunakan sebaiknya terutamanya untuk perbelanjaan harian dan juga kesihatan, maklum sahaja usia makin meningkat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...